Ahad, 22 Februari 2009
Perkuatkan diri dan terus melangkah
Hidup ini dijadikan ALLAH begitu indah. Ada fasa2nya. Bermula dari fasa rahim, bayi, kanak2 dan seterusnya hingga takdir ALLAH menjemputnya pulang.Dan kehidupan tidak berhenti setelah nyawa ditarik tetapi memasuki satu lagi fasa baru iaitu kehidupan setelah mati. Dan inilah yang sering manusia lupakan bahawa dia akan dihidupkan semula setelah mati membawa amalan2nya.
Perubahan berlaku dengan pantas dalam kehidupan. Semua orang akan berubah. Jika seseorang mengatakan bahawa dia tidak suka akan perubahan sebenarnya dia tidak tahu bahawa dia sendiri sedang berubah.Yang remaja tidak selamanya remaja . Usia semestinya tidak akan sama dan berubah setiap saat. Akan terus meningkat.
Dan seharusnya kita meningkat seiring dengan setiap saat perubahan umur. Mereka yang diberikan cuti , cutinya juga akan habis dan semoga ketika dia bercuti dia dapat menambah kefahaman dan pengalaman dalam menempuhi semester atau pembelajaran baru.Seharusnya dia memanfaatkan masa cutinya sebaiknya agar lebih bersedia dan tidak menyesal apabila cuti berakhir.
Ada juga mereka yang akan berubah dari belajar di dalam negara bertukar ke luar negara. Semoga hati mereka ditetapkan ALLAH dalam keadaan beriman . Dan dapat menempuhi alam pembelajaran dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.
Dalam kita melalui proses2 perubahan dalam kehidupan ini kita seharusnya sedar bahawa tiada yang kekal melainkan ALLAH . Dan tahap2 perubahan ini haruslah kita lalui dengan berbekalkan contoh dari Rasulullah. Semoga perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita akan menguatkan lagi diri kita bagi menghadapi kehidupan di dunia dan yang lebih penting agar kita dapat ikhlas beramal agar kehidupan selepas mati kita mendapat pengakhiran yang baik dengan hati yang sejahtera dan amal soleh yang diterima. InsyaALLAH.
Selasa, 17 Februari 2009
Semoga kamu faham
Farah menela'ah nota fiziknya sambil dia duduk membaca diatas katil disebelahnya Naimah sedang sibuk berbalas 'massage' dengan temannya. Kebiaasan bagi mereka katil dirapatkan bagi menjimatkan ruang billik hostel yang sempit. Dihujung katil terletak dua buah meja 'study'.
Farah bercadang menghabiskan malam itu dengan menyelesaikan 'assignment' fiziknya. "Kreet.."bunyi pintu dikuak dan kelihatan Khadijah masuk dan duduk dimejanya yang terletak di hujung katil.Farah meneruskan bacaan. "Ko dah siap kerja bahasa ke?" tanya Naimah kepada Khadijah. "Argh..!! Malas aku fikir!!" jawab Khadijah dengan nada marah." "Eh marah betul Khadijah ni mungkin dia tengah 'bad mood'" desis hati Farah. Niatnya untuk mengusik Khadijah pada malam itu dimatikan.
Mata Farah kian layu. Akhirnya dia tewas dengan perasaan mengantuk dan mengambil keputusan untuk tidur. Keesokan harinya dia meneruskan harinya seperti biasa kuliah fiziknya bermula seawal jam 8 pagi. Selepas tamat kuliah dia mengambil keputusan untuk balik ke hostel bagi mengambil buku2 bahasanya untuk sesi kelas bahasa German. Setibanya di bilik kelihatan Khadijah sedang sibuk mengemas buku untuk ke kuliah . Mereka saling berpandangan. Namun Farah mengalihkan muka dan terus mengemas bukunya seperti biasa , teringatkan kejadian semalam dia takut untuk menegur Khadijah yang mungkin masih lagi 'bad mood'.
"Eh ko marah kat aku ke?" tanya Khadijah sambil memegang tangan Farah pada sesi rehat tengah hari. "Eh mana ada" balas Farah. "Ko macam merajuk kat aku je? Tengok aku pon tak tegur buat muka seposen je"asak Khadijah lagi. "Tak ade lah aku ok ja engkau ni yang fikir bukan2 kot" balas Farah dan terus berlalu ke surau. Petang dan malam itu Khadijah masih bertanya soalan yang sama . Farah semakin meluat dan malas menjawab soalannya tapi atas dasar persahabatan dan tidak mahu berlaku sebarang ketegangan dia tetap menjawab seikhlas hati bahawa dia tidak pernah marah atau merajuk.
Pagi baru menjelma dan Khadijah yang merupakan 'roomate'nya masih lagi mengasaknya dengan persoalan yang sama. Kali ini Farah sudah tidak tahan tetapi dia cuba juga menjawab secara baik "Ish ko ni tak faham la aku , aku mana ada merajuk ke marah ke , ko yang fikir bukan2 kadang2 aku tak ada apa nak di bualkan aku diam je la , mungkin muka aku nampak menyakitkan hati muka merajuk ke tapi sebenarnya aku ok je , ko yang hari tu macam beremosi je jadi aku tak jadi la nak tegur takut ko marah" ujar Farah. Di hatinya dia berharap agar sahabatnya faham maksudnya dan dia berdoa agar ukhuwwah yang dibina kerana ALLAH ini akan terus kekal.
Sejak hari tu hubungan mereka semakin baik dan Khadijah tidak lagi bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali. "Alhamdulillah , faham jugak sahabat aku sorang ni" ujar Farah di dalam hati penuh kegirangan.
Insan, Ingatlah ! -Sebuah panduan menuju hati yang tenang
Karya: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Nufair Street SDN BHD
Alhamdulillah saya telah menghabiskan pembacaan saya dalam buku yang teramat istimewa ini.Pada mulanya saya membaca buku ini setelah meminjam daripada seorang kawan. Tapi pada pembacaan pertama saya hanya sempat membaca separuh sahaja buku ini.Alhamdulillah beliau mengizinkan saya meminjam buku ini buat kali ke-2 dan dapat lah saya membacanya diwaktu cuti. Buku ini sangat menyentuh hati dan saya kira wajar dibaca oleh golongan2 remaja seusia dengan saya.
Gaya bahasa yang digunakan juga mudah difahami dan sesuai dengan remaja2 melayu kini.Tidak dapat saya huraikan semua kandungannya melainkan anda mendapatkannya sendiri.
Tapi yang pasti buku ini menyedarkan saya mengenai diri dan keperluan membaiki diri yang tidak terlepas dari dosa.Apa yang diperkatakan juga sangan relevan serta disertai dengan contoh yang tepat.
Antara perkara yang beliau utarakan didalam buku ini didalam bab akhir adalah perlumbaan manusia mencari kemenangan dan kesenangan di dunia. Tentu sahaja ada yang tewas dan tidak mendapat kejayaan.Contohnya didalam lumba lari hadiah hanya diberi kepada pemenang pertama kedua dan ketiga manakala peserta lain tentunya kalah.
Tetapi dalam perlumbaan mengejar peluang yang ALLAH berikan bagi hambanya bertaubat adalah peluang yang terbuka kepada kepada semua yang menyertai untuk menang. Tetapi syarat taubat tersebutlah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Semoga kita semua dapat memanfaatkan masa yang dikurniakan ALLAH dalam perkara yang berfaedah dan menambahkan ilmu. Membaca adalah salah satu cara bagi menambahkan ilmu. Selamat membaca!
Isnin, 16 Februari 2009
Himpunan Pertahan Kerajaan Perak 15 Febuari 2009
"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya (mereka berkata) Ya Tuhan kami , kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan kebajikan . Sungguh kami adalah orang2 yang yakin" (As-Sajadah:12)
Ayat Al-Qur'an ini menjadi pemula bicara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Himpunan Pertahan Kerajaan Perak pada 15 Febuari 2009 di Markas Pas Pusat Taman Melewar. Hadir sama dalam majlis ini Saudara Misbahul Munir , SU MB Perak serta YB Salahudin Ayub , Ketua Pemuda Pas Pusat.
Bukanlah saya hendak meyebarkan fahaman politik atau mengutuk mana2 pihak. Cuma saya tertarik dengan ucapan Tuan Guru yang begitu menarik , terlihat digaris2 wajahya sinar keikhlasan dalam memperjuangkan ISLAM sebagai agama yang syumul di negara ini.
Beliau menekankan bahawa bertapa ISLAM seharusnya menjadi tunjang dalam kehidpan sama ada berkerja mahu pun berpolitik. Tidak perlu menimbulkan kekecohan derhaka kepada Raja sedangkan ramai pemimpin yang menderhaka kepada ALLAH. Menolak sistem ISLAM. Tidak kira golongan Raja atau Rakyat wajib patuh kepada ALLAH.Solah wajib keatas Raja juga wajib keatas rakyat.
Antara kata2 beliau yang amat menyentuh hati adalah beliau berkata 'Sebodoh-bodoh rakyat di negerinya mereka masih mengenal halal haram , masih tahu syurga neraka , dan masih dapat membezakan dosa pahala sedangkan sesetengah pemimpin langsung membelakangkan soal halal haram dalam urusan hidup. Apa guna kaya di dunia sedangkan di akhirat nanti papa kedana.'
Dan dalam kehidupan masyarakat majmuk. Mengapa perlu dibezakan bangsa Tiong Hua dan India sedangkan contoh kita yang agung tidak membezakan manusia melalui perbezaan bangsa dan warna. Rasulullah membahagikan rakyat kepada orang2 Islam , orang2 kafir dan orang2 munafik.Islam agama yang universal melangkaui batasan bangsa dan warna.
Dan di akhir ucapannya beliau berdoa agar ISLAM dimenangkan oleh ALLAH di Malaysia , Palestin , Iraq dan diseluruh dunia.Semoga doa ini di terima oleh ALLAH S.W.T dan kegemilangan ISLAM akan kembali semula. InsyaALLAH.
Sabtu, 14 Februari 2009
Gagal tak bererti kalah
"Argh..bodoh betul dia ni!!" itu kata2 yang terpacul dari mulut Malik sebaik sahaja keluar dari bilik lecturer. "Abis ko lulus tak? tanya Fendi. "Tak lulus ar kene repeat sekali lagi ntah apa dia tak puas hati lagi" balas Malik sambil menyumpah seranah lecturer itu. Astaghfirullahalazim gumam hati Fendi. Kini tiba pula gilirannya meniti takdir di dalam office lecturernya sama ada lulus atau tidak dalam ujian kefahaman subjek fizik.
"Oit camne korang?" sapa Kamarul. "Sama la kita tak lulus" balas Malik dan Fendi. "Jom ar g makan kat luar " pelawa Kamarul dengan muka stress. Fendi dan Malik tidak membantah mereka pun sama2 menuju ke kereta kancil Kamarul. Kereta Kamarul meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti lalu menyelusuri jalan kampung yang senget benget macam cacing kepanasan. "OOooii...slow sket aku tak kawin lagi..tau la stress" tegur Fendi sambil berjenaka apabila Kamarul hampir hilang kawalan kerana pemanduan yang laju. "Kita makan kat restoran Village la" cadang Malik.
Sesampai di restoran mereka pon berborak-borak. Masing-masing menyumpah lecturer fizik yang tidak melepaskan mereka dalam ujian kefahaman. "Ko tak stress ke Fendi?" tanya Malik.
Fendi membuka bicara "Entah la aku tak de la stress sangat..aku pon tak salahkan dia ..aku yang tak prepare betul2..lagipun aku malas nak salahkan orang yang ajar walaupun dia ajar macam tak nak ajar je..tapi aku rasa aku nampak la dia bersusah payah cuba nak terangkan..mungkin dia baru jadi lecturer jadi pengalaman kurang..tak adil la kalau nak samakan dengan doktor yang ajar kita math..dia dah lama jadi lecturer..dah la jangan fikir la yang sudah..lagi pun bukan fail terus..masih boleh repeat."
Mereka terus menjamu selera dan berbual panjang. Setelah selesai mereka terus pulang ke kampus. Dalam perjalanan balik Fendi tercongak-congak mencari punca kegagalannya. Dia berazam untuk berusaha lebih gigih lagi dimasa yang akan datang.
Takkan walau sesaat..
Hari ini Salman cuti. Dia sudah pun menghabiskan peperiksaan di semester dua di universiti , dalam kepalanya cuti ini mahu dihabiskan bersama keluarga sahaja. Walaupun peperiksaannya semalam sgt sukar dia hanya bertawakkal kpd ALLAH tentang keputusannya.
Petang itu ayahnya mengajaknya ke supermaket berdekatan , dia menurut sahaja kerana dia pun mahu membeli buku nota. Sewaktu dalam perjalanan kepalanya menoleh kepada sebuah bas di bahu jalan. Ada sesuatu menarik perhatiannya. 'Hidup ini memang...,tapi esok masih ada'
"Astaghfirullahalazim" terdetik dihatinya. Hatinya bermonolog "Siapa yang buat iklan ni?
Orang Yahudi ke? Atau kristian?"
Dia mula terfikir. Perkara2 seperti inilah yang merosakkan generasi muda seusia dengannya.Media memainkan peranan penting dalam menghancurkan akhlak dan budi pekerti remaja. Iklan seperti inilah yang menjauhkan remaja dari mengingati mati sedangkan mati itu pasti. Hidup pada hari esok itu belum pasti , bahkan hidup sejam lagi pun tidak pasti.
Tidakkah mereka merenung ayat ALLAH yang mafhumnya:
Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sungguh, dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang memperdayakan. (Ali Imran:185)
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati ini janji ALLAH. Dan ALLAH memanggil hamba2nya bukan hanya apabila seseorang itu telah tua. Mati tidak mengenal usia. Mati tidak mengenal tempat. Apabila sudah sampai ketentuan ALLAH tidak kira bila atau dimana seseorang itu akan mengadap ALLAH. Sama ada dia sudah bersedia atau tidak.
Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam menara-menara yang dibangunkan. Jika yang baik menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada Allah"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka berkata, "Ini daripada kamu." Katakanlah, "Semuanya daripada Allah."Bagaimanakah dengan kaum ini? Mereka hampir-hampir tidak memahami sebarang hadis. (An- Nisa':78)
Sepatutnya golongan muda perlu mendalami ilmu ISLAM jangan terlalu optimis kita akan mencecah usia tua. Jangan tangguhkan perubahan kearah kebaikan kerana tidak pasti kita diberikan masa pada hari akan datang untuk berubah . Saat inilah perubahan bukan esok atau nanti tetapi sekarang dan hari ini. Kerana ketahuilah kematian tak akan terlewat walaupun sesaat.

Jumaat, 13 Februari 2009
Renungan Minggu Ini
Minggu2 akhir semester ini memang sibuk dan penuh dengan ujian. Akhirnya tamat juga final exam . Berserah kepada ALLAH la keputusannya nanti. Sepanjang mengharungi minggu yang sibuk ni , inilah antara kata2 yang menjadi peransang dan dorongan..
1. Firman ALLAH : "Dan tinggalkanlah dosa yang terlihat ataupun tersembunyi. Sungguh orang yang berbuat dosa kelak akan diberi balasan sesuai dengan apa yang mereka kerjakan.." (Al- An'am : 120).
2. Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi , sekukuh apa pun cabaran yang harus kita jalani, sebesar mana pun kegagalan yang kita rasai , sejenuh mana pun hari2 yang kita lalui , jangan pernah berhenti berharap kepada RABB kerana harapan adalah sumber kekuatan , kerana doa adalah senjata orang yang beriman.
3.Ujian adalah tanda ALLAH mencintai seseorang. Rasulullah ada bersabda mafhumnya "Sesiapa yang dikehendaki ALLAH baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepadanya"
HR Bukhari.
4. Bukan kemiskinan yang aku khawatirkan pada kalian , tapi aku khawatirkan dunia diberikan secara luas , sebagaimana dulu diberikan kepada umat2 sebelum kalian. Lalu kalian bersaing merebutnya persis seperti mereka. Akibatnya dunia membinasakan kalian seperti dulu membinasakan mereka. (Muttafaqun Alaih)
5. "sesungguhnya KAMI telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasanbaginya, agar Kami menguji mereka siapakah diantara mereka yang terbaik perbuatannya.." (Al-Kahfi :7)
6. Sabda Rasulullah S.A.W : Keadaan orang mukmin itu sangat menakjubkan, kerana segala urusan yangmenimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang beriman iaitu apabila mendapat kesenangan dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar, kerana itu lebih baik untuknya.
7.Imam Al-Ghazali berkata " Carilah hatimu pada 3 tempat . Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Qr'an. Jika kamu tidak ketemui , carilah hatimu ketika kamu mengerjakan solat. Jika kamu tidak temui , carilah hatimu ketika duduk bertafakkur mengingati mati. Jika tidak temui juga berdoalah kepada ALLAH , pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati".
8.Ibn Mas'ud berkata " Perkara yang paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku meningkat tetapi amalanku tidak meningkat"
Renung-renungkanlah...