Khamis, 30 Januari 2014
Ahad, 12 Januari 2014
Apakah itu normal?
Ramai yang mendefinisi kan normal sebagai sama dengan orang lain, atau pun dalam bahasa inggeris 'you're not opposing the surrounding'. Mungkin ayat yang lebih dekat dengan kita sekarang you go with the flow.
Walaupun sebenarnya argumen ini boleh dicabar dan tidak seratus peratus betul. Sebagai contoh pelajar melayu sering dikaitkan dengan datang lambat dan tidak punctual . Sekiranya kelas dijadualkan bermula jam 8.00 pagi, pelajar melayu yang normal akan tiba di kelas jam 8.20 pagi. Jika ada pelajar yang datang 7.50 pagi maka dia tidak normal kerana dia tak ikut flow.
Baiklah itu cerita pelajar melayu kita di peringkat pengajian tinggi.
Banyak yang berpendapat untuk kita berubah menjadi normal kita perlu mengikut arus. Contoh lain. Emilia adalah seorang wanita yang mempunyai idea yang begitu menarik. Dia selalu mencadangkan perkara-perkara baru dengan idea bernasnya. Namun kerana dia duduk dikalangan golongan yang tidak suka berfikir dan tidak mahu berubah, Jadi Emilia merasakan dirinya tidak normal dan terpinggir, dia lantas mematikan semua idea-idea nya untuk menjadi normal.
Rugi kan?
Sebenarnya ada pilihan kedua berdasarkan sebuah kata-kata "You can always move, you're not a tree" . Jadi apa yang Emilia patut lakukan untuk menjadi normal bukanlah dengan membunuh idea nya. Tetapi berpindah dari suasana/golongan orang yang tidak berfikir kepada suasana/golongan yang menghargai idea-idea baru. Dengan itu dia akan menjadi normal.
Point nya disini adalah suasana persekitaran anda mempunyai impak yang sangat besar kepada anda. Sekiranya anda ingin berubah menjadi baik, tetapi tidak mahu keluar dari lingkungan orang yang jahat, perubahan anda tidak akan berjaya.
Begitu juga sekiranya anda seorang yang bermotivasi dan optimistik, anda akan hilang motivasi dan optimistik tadi sekiranya anda duduk dalam lingkungan pesimis. Jadi sekiranya anda rasa berbeza dengan orang lain, dan yakin bahawa perbezaan itu adalah baik, bahkan ianya adalah benar. Sebenarnya bukan anda yang tidak normal tapi suasana sekeliling anda yang tidak normal.
Remember you can always move, you're not a tree.
Sebenarnya saya terkesan dengan talk yang disampaikan Scott Dinsmore.
Khamis, 25 Julai 2013
Buat adik-adik ku di St Petersburg
Alhamdulillah segala puji bagi Allah , setelah empat tahun
kini berakhir sudah pengajianku di bumi tarbiyah St. Petersburg ini. Tidak
keterlaluan jika aku katakan antara anugerah yang paling bermakna bagiku sepanjang tahun
pengajianku disini adalah adik-adik junior yang sentiasa aku sayangi. Ku
titipkan tulisan ini buat kalian sebagai tanda kasih sayang dan sebagai ucapan
perpisahan.
Adik-adik ku yang aku sayangi , jadilah insan yang berguna
untuk manusia lain. Hidup ini akan terasa singkat sekiranya kita hidup hanya
untuk diri sendiri. Dunia ini telah dipenuhi dengan manusia yang tamak dan
hanya mementingkan diri. Apa yang sangat diperlukan pada saat ini adalah
manusia yang ikhlas , beriman dan sanggup berkorban untuk orang lain.
Penyakit sekularisma , hedonisma , materialisma dan
individualisma telah melumpuhkan ummat ini. Ummat Islam yang dahulunya kuat
kini kehilangan identiti , dihina dan dipijak. Maka tidak ada jalan lain bagi
mengubati keadaan ini selain dari membangunkan semula generasi mudanya.
Kalianlah generasi yang bakal mengembalikan kegemilangan ummat ini. Maka
binalah diri kalian , rakan-rakan kalian dan adik-adik yang bersama kalian.
Persiapkanlah diri dengan keimanan , ilmu , dan kefahaman. Usahlah disibukkan
hari-hari kalian dengan perkara-perkara kecil yang tidak memberi manfaat.
Bangun dan berkerjalah!
Sentiasalah bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu. Jadi lah
insan yang sentiasa dahagakan ilmu. Janganlah dihabiskan malam-malam kalian
bermain dan menonton perkara yang tidak berfaedah yang menyebabkan kalian lesu
untuk bangun ke kelas. Kuasai lah setiap mata pelajaran tidak kira Sosiologi,
Fizkultura, Matematik, Teormekh, Sapromat dan lain-lain. Tiada subjek yang
tidak penting!
Lihatlah bagaimana generasi Islam sebelum kita membina ketamadunan
dengan ilmu. Tidakkah kita berasa malu bahawa generasi Islam kita hari ini
merupakan generasi yang ketinggalan dalam bidang keilmuan? Mari lah kita bersama-sama memikul tugas ini.
Ummat ini tidak memerlukan insan-insan yang malas belajar, yang akhirnya
memburukkan lagi imej Islam. Berubah lah, mari menjadi bangsa yang kaya dengan
ilmu. Ya, menuntut ilmu bukan satu tugas mudah, hayatilah pesan Imam Syafi’e :
“Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan
menangung peritnya kebodohan”
Adik-adikku yang sangat aku cintai, dekatkan lah diri kalian
dengan Al-Qur’an. Hidupkan hari-hari kalian dengan tilawah. Bacalah
terjemahannya setiap hari atau secara mingguan. Berusahalah melancarkan bacaan.
Sekiranya kalian mengatakan kalian tidak punya masa mempelajari Al-Qur’an, maka
aku dan kalian serba tahu itu tidak benar, kerana kita di SMTU mempunyai masa
yang berlebihan. Adalah tidak logik jika kita mampu menonton siri-siri drama
dan filem hampir dua jam sehari dan tiada masa untuk membaca sehelai dua
Al-Qur’an yang hanya mengambil masa 10 minit!
Ingatlah pesanan kekasih kita yang sangat kita cintai,
Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya
selagi berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah
RasulNya" (HR Muslim)
Maka oleh itu, marilah kita berpegang
dengan Al-Qur’an. Ketahuilah Al-Qur’an bukan diturunkan untuk digantung ayatnya
di dinding-dinding, bukan juga tujuan di turunkan Al-Qur’an untuk dibacakan
kepada air kemudian diminum. Bukan juga untuk dilagukan dan dipertandingkan
sahaja. Tetapi ALLAH menurunkan nya untuk kita fahami dan amalkan dalam
kehidupan kita, seperti dalam firman nya Surah Al-Baqarah ayat 185:
“Dia menurunkan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan, sebagai petunjuk bagi
manusia, dan penjelasan-penjelasan kepada petunjuk itu dan pembeza antara yang
haq dan batil”
Hayatilah kehidupan para sahabat yang mengamalkan Al-Qur’an dalam hidup
mereka. Mereka menjadi satu generasi yang unik, Al-Qur’an mengubah mereka
menjadi insan-insan yang sangat dikagumi dalam sejarah peradaban manusia.
Itulah formula nya jika kita hendak membangunkan semula generasi ini. Kita
perlu menghidupkan Al-Qur’an dalam hidup kita.
Khas buat adik-adikku yang perempuan, sungguh aku berbangga dengan
kalian yang terus istiqamah mengenakan hijab dan menjaga kehormatan walaupun
berada di negara sekular ini. Kalian menonjolkan Islam tanpa perlu berbicara
dan berkata-kata. Oleh kerana kalian berbeza dan berada dalam masyarakat yang
tidak memahami tuntutan Islam, sentiasa lah menjaga diri. Elakkan diri berjalan
berseorangan walaupun mungkin ke tempat yang dekat dan elakkan melalui jalan
yang sunyi. Semoga Allah juga yang menganjari segala amal baik kalian dan
sentiasa melindungi kalian.
Adik-adikku ketahuilah bahawa hidup ini adalah satu persinggahan. Kita
akan meninggalkan nya satu hari nanti sama ada kita mahu atau tidak. Oleh itu
berbekal lah secukupnya. Kejarlah dunia kalian namun jangan dilupakan akhirat.
Kejarlah harta kekayaan, Islam tidak menyuruh penganutnya menjadi miskin.
Kejarlah pangkat dan kedudukan, Islam tidak menyuruh penganutnya hanya menjadi
khadam dan budak suruhan. Kejarlah ijazah dan ilmu, Islam tidak menyuruh
penganutnya menjadi bodoh. Namun ingatlah bahawa dunia ini bukan matlamat,
ianya hanya alat bantuan agar kita sampai ke destinasi akhir kita dengan
selamat.
“Dunia adalah tempat kesenangan yang
sementara, sedangkan kampung akhirat adalah tempat kesenangan dan kebahagiaan
yang kekal” (Surah Ankabut : 64 )
Di kesempatan ini juga aku ingin
memohon maaf atas segala kekurangan ku sepanjang 3 tahun , 2 tahun , 1 tahun
dan 1 bulan kita bersama. Aku memohon maaf andai ada berbahasa kasar atau ada membuat lawak-lawak hambar yang mengguris hati . Aku sangat mengharapkan sekiranya ada kebaikan yang aku lakukan
kalian dapat mencontohinya, agar aku dapat berkongsi pahalanya dan sekiranya
ada keburukan yang aku lakukan kalian dapat memaafkan ku dan meninggalkannya,
agar aku tidak mewarisi dosanya.
Terima kasih atas semua memori
bersama. Aku akan merindui futsal bersama, main bola petang-petang, pergi gym, usrah-usrah kita, shoping di galeriya,
snowboard di ohta park, BBQ, sambut birthday bersama, tengok bola bersama. Aku
akan merindui kalian. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang memberi hadiah
dan surat perpisahan. Ia sangat menyentuh hati dan aku menghargainya.
Jazakallah. Moga Allah pertemukan kita lagi. Selamat tinggal.
Abangmu dalam Islam,
Syed Ahmad Fathi bin Syed Mohd Khair
Saint Petersburg 16 Ramadhan 1434H.
Sabtu, 27 April 2013
Rabu, 30 Januari 2013
Merindui sebuah permulaan
Sekarang sudah hampir 6 tahun aku meningalkan kampung tarbiyah . Tempat membesar dan belajar , tempat yang bagiku lebih dari sekadar sekolah. Jika pulang melawat pun mungkin tempatnya tidak lagi sama seperti dulu , dahulu lebih sederhana sekarang mungkin lebih moden. Tapi yang penting isi yang diberi dan hasil yang keluar , jika bangunan sahaja moden tapi mengeluarkan graduan berhati kosong dan berjiwa miskin , tetap tak dapat memberi kesan pada masyarakat.
Seingat dulu , aku di sekolah bukan jenis yang ambil kisah sangat tentang tarbiyah , tak faham sangat pun. Malah rasanya dulu lebih cenderung kepada pelajar yang bermasalah. Teringat lagi kata-kata seorang ustaz dahulu semasa di tingkatan 3. Ketika ditahan kerana melakukan kesalahan , ustaz itu ingin menampar muka tapi kemudian entah kenapa tak jadi , katanya " Kalau macam ni perangai anta , ana tak yakin Allah akan tolong anta". Maksud tolong itu tolong dalam peperiksaan PMR.
Tapi dalam banyak-banyak cikgu dan guru yang sudah putus harapan . Ada juga cikgu yang tak pernah berputus asa. Pernah seorang cikgu perempuan panggil ketika buat kesalahan . "Kamu ni pelajar pandai , tapi kenapa la kawan dengan orang-orang bodoh tu " katanya dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang memberi harapan . Melihat keikhlasan cikgu tersebut sedikit sebanyak memadamkan api 'rebel' dalam dada.
Bila ingat-ingat balik semuanya 'Alhamdulillah' terkesan juga sebenarnya suasana sebegitu kepada hati yang keras ini. Sekarang sudah takde siapa nak beri nasihat , dah takde siapa nak tampar. Tinggal seorang diri di tempat asing , dengan bahasa asing dan orang asing (bukan alien). Sebenarnya walaupun tiada siapa yang menasihati , Allah sentiasa ada menasihati kita. Bukalah Al-Qur'an dan perhatikan maknanya. Cuba menung-menungkan maksudnya dan halakan pada diri. Inshallah ada 'effect'.Cumanya terpulang pada kita mahu dinasihati atau tidak.
Terlintas pada ayat ini hari ini :
"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun." (Al-Kahfi : 49)
Bila di menung-menungkan , diulang-ulang 'Alhamdulillah' masih bergetar hati yang keras dan gelap ini. Semakin lama bila di amati membuatkan iman rasa terbangkit dan menimbulkan rasa takut di hati. Alangkah takutnya , bagaimana nasib kita nanti disana. Sekecil-kecil dosa juga akan terzahir , bagaimana mahu menghadap Allah nanti.
Rabu, 29 Ogos 2012
Musibah apakah ini
Aku melihat manusia yang tengelam mencari dunia ibarat orang yang mabuk. Mereka mencari kepuasan pada sumber yang tidak pernah akan memuaskan. Sibuk mencari dunia yang akhirnya tidak membawa apa-apa erti , mahu pun melahirkan bahagia di hati.
Golongan muda pula telah hampir hancur tidak ada lagi jati diri dan tidak mampu bangun lagi. Hilang identiti , tidak lagi mengenal siapa mereka dan ke arah mana hidup hendak dibawa. Hidup dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Perkara yang membuang masa dan tidak langsung memberi apa-apa faedah kepada diri apatah lagi ummat ini.
Yang bermain game komputer sibuk dengan dunia mereka. Dari terbit fajar hingga ke larut malam dihabiskan dengan permainan yang sia-sia.
Yang sibuk bercinta diluar nikah pula semakin menjadi-jadi menayangkan aurat di facebook . Tidak lagi merasa malu berdua-duaan . Tidak perlu menunggu Jakim membuat serbuan untuk membuat pendedahan , mereka dahulu telah menayangkan maksiat mereka kepada umum dengan gambar dan status yang menjijikkan.
Ada juga yang cuba mencari bahagia menghilangkan kebosanan dengan gelak ketawa dan begembira dengan budaya pop yang dijaja dari merata dunia. Dari Korea , Jepun , hingga ke Amerika semuanya dicuba. Namun setelah habis ketawa mereka merasakan kekosongan masih tetap berada di dalam jiwa.
Kadang-kadang aku bertanya kepada diri. Apakah pengertian iman bagi mereka? Aku juga tertanya tanya apakah mereka percaya akan hari kebangkitan? Apakah yang akan mereka persembahkan dihadapan Rabb ketika disoal mengenai masa dan usia ke pada mana dihabiskan?
Apakah mereka akan menjawab " Wahai Rabb sesungguhnya usia yang Engkau beri kepadaku aku habiskan dengan bermain game komputer dari pagi hingga ke larut malam , usia mudaku aku habiskan dengan gelak ketawa menonton rancangan realiti TV di depan komputer , usia mudaku aku habiskan dengan menceritakan kisah cinta romantik luar nikah ku kepada umum! Maka terimalah aku ya ALLAH masukkanlah aku ke dalam syurga MU"
Apakah cukup jawapan ini nanti untuk membeli syurga?
Semakin lama aku memerhati semakin sakit aku memikirkannya. Mereka berada dalam keadaan yang lemah , rugi dan hina tetapi mereka bergembira. Musibah apakah yang telah menimpa ummat ini?
Sabtu, 28 Julai 2012
Esok masih belum terlambat
Begitu tekun Fitri membetulkan cermin ditandas. Sibuk dan tekun dia menebuk lubang di dinding untuk memasang pemegang cermin . Muncul Yusuf yang kebetulan lalu di koridor. Yusuf berhenti sebentar dan memerhati , wajahnya menampakkan riak kehairanan.
"Eh kau bukan tinggal lagi setahun aje ke? Kenapa semangat sangat pasang cermin tandas nih?" soal Yusuf.
Fitri membalas soalan adik juniornya dengan senyuman.
" Haha , saje tinggalkan jasa sikit , tahun depan berjasa kat tempat lain plak" tambah Fitri berseloroh.
............................................................
Ada hadis yang berbunyi begini :
"Sekiranya
di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku
kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat
berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Hadis ini jelas memberikan motivasi yang besar kepada kita untuk melakukan kebaikan walaupun kita tahu esok adalah hari yang tidak lagi kita dapat beramal . Jangan berhenti dari melakukan amal hanya kerana kita tak dapat melihat kesannya.
Sekecil-kecil amal seperti menanam benih pun tidak boleh ditinggalkan walau tidak nampak hasilnya inikan pula amal-amal besar seperti dakwah sebagai contoh. Walau pun kadang kala kita tidak nampak ajakan kita disambut , bosan mengajak benda yang sama , nasihat berulang kali namun tiada perubahan. Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha.
Terlalu tua untuk berubah? Ada sesetengah orang berpendapat dia sudah begitu sebati dengan maksiat yang dilakukan. "Dari dulu dah memang macam tu". Ermm tidak logik. Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Hari ini ketika saya bersama seorang Ustaz dari Uzbekistan di Masjid datang seorang lelaki dalam lingkungan 30-an . Lelaki tersebut belajar 'Alif Ba Ta' , baru hendak mengenal huruf Al-Qur'an di usia 30-an! Dia berazam mahu belajar membaca Al-Qur'an. Hati saya menangis gembira melihat kesungguhannya. Sungguh perubahan tidak mengenal usia!
Langgan:
Catatan (Atom)