Ahad, 3 Mei 2009
Ingatan tulusku pada para Saudaraku.
Seiring dengan pemberhentian serangan besar-besaran negara haram Israel keatas penduduk Gaza seolah-olah isu Palestin telah selesai. Media juga hanya menggunakan isu Palestin sebagai bahan pelaris ketika berita mengenai serangan masih panas. Namun adakah penderitaan saudara-saudari kita di sana benar-benar telah berakhir apabila media beralih arah?
Dimanakah suara-suara lantang dahulu? Tidakkah kamu mendengar hadis Rasulullah S.A.W:
“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Kepada mereka-mereka yang membaca artikel ini diharap dapat terus menghidupkan isu Palestin yang masih belum selesai melalui forum , blog , web atau mana-mana media sebagai tanda kasih kita yang berada jauh dari mereka. Semoga ALLAH menerima segala amalan kita. WALLAHUALAM.
Sabtu, 2 Mei 2009
Hidup bebas tanpa Kongkongan!
Remaja merupakan golongan yang tidak suka dikongkong. Mereka akan memberontak apabila kebebasan dan keinginan mereka di halang. Kongkongan bagi mereka menyempitkan ruangan kehidupan. Batasan yang ditetapkan dianggap batu penghalang untuk mencapai impian.
Sejauh mana kebenaran anggapan ini. Adakah golongan muda remaja akan terdidik lalu membentuk manusia yang berguna kepada masyarakat sekiranya mereka dibiarkan bebas tanpa sebarang kawalan dan halangan? Tapi jika di kawal mereka memberontak?
Jadi yang mana betul . Mengongkong pun salah. Dibiarkan bebas pun salah. Sebenarnya pemikiran mereka yang salah. Bukan kongkongan atau peraturan yang patut dijadikan punca permasaalahan.
Lihat sahaja murid yang merasakan di sekolah mereka disekat dengan pelbagai halangan. Mereka mengganggap peraturan menbataskan pergerakan mereka. Lalu apabila tamat persekolahan mereka merasakan diri mereka bebas. Dunia ini bebas diterokai tanpa ada peraturan. Mereka mencuba perkara yang selama ini mereka ditegah dari melakukannya.
Berbeza dengan murid yang dibimbing bahawa peraturan dan kongkongan adalah untuk memelihara. Bagi menyelamatkan mereka daripada perkara-perkara yang merosakkan. Mereka menjadi remaja yang sedar bahawa peraturan melindungi bukannya penghalang kepada mereka. Tetapi peraturan dan kongkongan mana yang harus diambil?
Contohnya mudah. Seorang jurutera mencipta kamera. Maka siapa yang lebih tahu mengenai kamera tersebut. Berapa lama perlu di 'charge' batterinya? Bagaimana menyimpannya dengan selamat? Adakah ia kalis air? Apa panduan penggunaan yang perlu? Tentulah jurutera tersebut. Itu Kamera. Kita manusia lebih kompleks dan memerlukan banyak panduan. Maka tentulah Sang Pencipta yang mengetahui apa yang terbaik.
Maka DIA telah menetapkan panduan dan arahan bagi mengatur ciptaanya. Peraturan ini diwujudkan bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan 'ciptaan'NYA. DAn peraturan ini melindungi dan menjamin keamanan.
Kebebasan sebenar adalah bebas dari fahaman-fahaman merosakkan. Bebas dari peraturan yang direka bukan diturunkanNYA. Bebas dari perhambaan kepada material. Bebas dari perhambaan kepada manusia. Dan perhambaan itu hanya kepada ALLAH S.W.T. Inilah kebebasan sebenar!
Jumaat, 1 Mei 2009
What is LOVE?
Dare to Dreams
Kelihatan Elrazi dan Fahim sedang mengedit sesuatu di dalam komputer riba. Kasrul masuk ke dalam bilik. Kemudian dia mendekati mereka berdua yang khusyuk dengan kerja mereka.
"Korang buat apa ni?" tanya Kasrul.
"Kitorang tgh buat video..ala macam animasi pendek la." jawab Elrazi. Memasuki jam 2 pagi mereka masih lagi sibuk menghasilkan video mereka. Akhirnya siap. Walaupun durasi video tersebut pendek tetapi mereka puas. Jelas keseronokan terpancar di wajah mereka. Mereka lantas menaik turun hasil kerja tangan mereka ke dalam laman maya.
Keesokan harinya kawan-kawan mereka mula melihat hasil kerja mereka.
"Apa ni sampah" kata Naqiu.
"Ini nenek aku pon boleh buat" kata Syauki.
"Setakat benda ni je korang buat..tak ada apa langsung 'credit' je panjang" kata Kasrul.
"Tak ada isi ngan mesej langsung" kata Akman.
Bukan semua yang mengkritik. Ada juga yang memuji dan memberi semangat. Tetapi kebanyakannya mengkritik mereka.Begitulah respon awal yang mereka terima. Namun Elrazi dan Fahim sedikit pun tidak terjejas dengan kata2 mereka. Malah mereka terus menghasilkan animasi pendek mereka hingga ke episod ke 2.
Ketika Fahim sedang duduk-duduk di kelas. Syakuan menghampirinya. "Eh buat la animasi lagi.. nah guna enset aku tangkap gambar" kata Syakuan. Fahim mendongakkan muka. Dia setuju. Lalu menggunakan handphone Syakuan dia mula membuat beberapa 'shoot' bagi animasinya.
Malam itu ketika dia sedang mengadun animasi datang Gharib . Gharib datang membantu sambil memberi cadangan bernas.
Ketika proses mengadun suara Elrazi seperti biasa datang membantu. "Eh nanti jangan lupa masukkan nama aku" kata Kasrul yang dahulunya mengutuk hebat mereka berdua. "Aik..ko dulu mengutuk sekarang nak masukkan nama pulak? " kata Fahim. "Aku tengok ramai doh orang comment video korang" kata Kasrul.
Fahim tersedar dari lamunannya. "Im jom la cepat perasmian akan bermula 5 minit lagi" panggil Elrazi. "Ok-Ok" jawab Fahim. Hari ini studionya bersama Elrazi akan dirasmikan oleh Perdana Menteri. Dia hanya tersenyum menginggatkan segala kutukan yang mereka hadapi dahulu.
Redha
Nifaq penyakit hati
Nifaq adalah penyakit hati yang menyerang hati manusia. Orang yang mempunyai penyakit ini dipanggil munafiq. Maksud nifaq umumnya adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. Orang yang munafiq kebiasaannya menyembunyikan kejahatannya dan melakukan kebaikan di hadapan manusia.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. -Riwayat Ahmad
Nifaq terbahagi kepada dua iaitu nifaq besar iaitu nifaq dari sudut akidah dan nifaq kecil iaitu dari sudut amalan. Kedua-dua jenis nifaq ini adalah berbahaya dan harus di jauhi.Firman ALLAH:"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)." (Al-Baqarah : 10)
Orang yang munafiq dari segi akidah ini dapat dilihat dengan perbuatan mempersendakan agama dan mementingkan kerja-kerja lain selain kerja yang diperintahkan oleh ALLAH . Sementara nifaq kecil tidak boleh dianggap ringan kerana ianya boleh membawa kepada nifaq besar dengan hilangnya sifat ikhlas seiring dengan lahirnya rasa riya' dan ujub.Semoga kita dijauhkan oleh ALLAH dari penyakit nifaq.
Menurut Ustaz Cahyadi
Takariawan dalam bukunya ‘Iman dan mahabatullah’, nifaq adalah kondisi dimana keyakinan
seseorang itu berbeza dengan perbuatannya, pemilik nifaq ini pula digelar
munafik. Nifaq yang merupakan penyakit hati ini dibahagikan pada dua iaitu
I’tiqadiy (keyakinan) dan Amaliy (Amalan).
Nifaq I’tiqadiy
merupakan satu kondisi dimana seseorang itu pada batin nya tidak beriman kepada
Allah SWT, namun pada zahirnya dia menyatakan keimanan. Manusia melihatnya
sebagai seorang yang beriman namun hatinya tidak bersama keimanan. Sikap
seperti ini dihuraikan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 11 sehingga
14. Selain itu mereka yang mempunyai nifaq I’tiqadiy juga menzahirkan beberapa
sifat, antaranya menolak hukum Allah, menyeru kepada kemungkaran, mengambil
orang kafir sebagai wali serta menyatakan permusuhan terhadap orang-orang
beriman.
Sedang kondisi nifaq
amaliyyah terjadi pada orang yang secara batinnya beriman, tetapi masih
melakukan dosa. Antara ciri-ciri mereka yang diterangkan oleh junjungan besar
Rasulullah adalah berdusta ketika berbicara, mengingkari janji serta berlaku
khianat apabila dipercayai.
"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh
mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan
perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka
mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka.
Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka,
semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan
(dari kebenaran)" (Al-Munafiqun: 4)