Sabtu, 2 Mei 2009
Hidup bebas tanpa Kongkongan!
Remaja merupakan golongan yang tidak suka dikongkong. Mereka akan memberontak apabila kebebasan dan keinginan mereka di halang. Kongkongan bagi mereka menyempitkan ruangan kehidupan. Batasan yang ditetapkan dianggap batu penghalang untuk mencapai impian.
Sejauh mana kebenaran anggapan ini. Adakah golongan muda remaja akan terdidik lalu membentuk manusia yang berguna kepada masyarakat sekiranya mereka dibiarkan bebas tanpa sebarang kawalan dan halangan? Tapi jika di kawal mereka memberontak?
Jadi yang mana betul . Mengongkong pun salah. Dibiarkan bebas pun salah. Sebenarnya pemikiran mereka yang salah. Bukan kongkongan atau peraturan yang patut dijadikan punca permasaalahan.
Lihat sahaja murid yang merasakan di sekolah mereka disekat dengan pelbagai halangan. Mereka mengganggap peraturan menbataskan pergerakan mereka. Lalu apabila tamat persekolahan mereka merasakan diri mereka bebas. Dunia ini bebas diterokai tanpa ada peraturan. Mereka mencuba perkara yang selama ini mereka ditegah dari melakukannya.
Berbeza dengan murid yang dibimbing bahawa peraturan dan kongkongan adalah untuk memelihara. Bagi menyelamatkan mereka daripada perkara-perkara yang merosakkan. Mereka menjadi remaja yang sedar bahawa peraturan melindungi bukannya penghalang kepada mereka. Tetapi peraturan dan kongkongan mana yang harus diambil?
Contohnya mudah. Seorang jurutera mencipta kamera. Maka siapa yang lebih tahu mengenai kamera tersebut. Berapa lama perlu di 'charge' batterinya? Bagaimana menyimpannya dengan selamat? Adakah ia kalis air? Apa panduan penggunaan yang perlu? Tentulah jurutera tersebut. Itu Kamera. Kita manusia lebih kompleks dan memerlukan banyak panduan. Maka tentulah Sang Pencipta yang mengetahui apa yang terbaik.
Maka DIA telah menetapkan panduan dan arahan bagi mengatur ciptaanya. Peraturan ini diwujudkan bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan 'ciptaan'NYA. DAn peraturan ini melindungi dan menjamin keamanan.
Kebebasan sebenar adalah bebas dari fahaman-fahaman merosakkan. Bebas dari peraturan yang direka bukan diturunkanNYA. Bebas dari perhambaan kepada material. Bebas dari perhambaan kepada manusia. Dan perhambaan itu hanya kepada ALLAH S.W.T. Inilah kebebasan sebenar!
yup,
BalasPadambetul tuh...