Sabtu, 26 Disember 2009

Cerita Tahun Baru


Dia bangun awal hari ini. Walaupun semalam tidurnya lewat. Sambil melihat update-update di internet dia terasa lapar. "Masak air dululah" cetus hatinya. Dia segera mendapatkan kettle elektrik mengisi ar dan letak di tempat memasak air.


Sambil menunggu air masak dia melihat lihat keluar tingkap. Angin bertiup laju . Terlihat angin membawa pepejal-pepejal kecil berwarna putih terbang mengikut angin. Beberapa ekor burung gagak terbang melayang-layang di depan tingkap. "Selamat pagi" seolah-olah burung berkata kepadanya. "Terima kasih ya ALLAH" cetus hatinya lagi kerana menghiasi paginya dengan burung-burung yang ceria.

Dia mencapai semula mejanya. Menghadap skrin melayan teman-teman jauh di Malaysia sambil tersenyum . Setelah kira-kira setengah jam dia mendapatkan kettlenya semula. "Aik , tak panas pun" ujar hatinya sambil merapatkan tangan ke perut kettle. "La..patut la tak tekan suis on" hatinya berkata lagi sambil tersengih keseorangan.

Dia berfikir. Begitulah yang jadi pada azam-azamnya pada tahun-tahun lalu. Tak banyak azam-azam yang tercapai. Niat memang ada. Usaha pun turut ada. Namun usaha separuh jalan. Usaha yang tidak konsisten dan berterusan. Masakan nak tercapai jika tidak berusaha sehingga habis. Tahun baru bakal muncul. Tahun ini dia membuat dua azam. Azam kedua adalah untuk berusaha sehingga berjaya bagi melihat azam pertama menjadi kenyataan.


"Kena tunggu lagilah baru boleh minum kopi pagi ini" katanya sambil tersenyum.


9 ulasan: