Andai lenaku terlalu panjang hingga tak sedar mentari bersinar.
Aku mengharap ikhlas mu menggoncang tubuhku agar kembali sedar.
Andai lorong yang ku pilih menuju kelam gelita.
Harap diri mu sudi memimpin tanganku bak cahaya pelita.
Aku tahu diri ini tak gagah laksana perwira di medan perang.
Juga bukan menteri yang bijak bersuara lantang.
Cukup aku insan biasa.
Mengharap teguran setiap masa.
Jangan engkau lepaskan tanganku membiar aku terjatuh.
Saat daku degil tidak menerima nasihat kerana angkuh.
Saat aku sudah buta tak mampu berbicara.
Harap ada yang sudi membisik harapan sebagai saudara.
Ingatkan aku kecilnya nilai sejuta harta.
Andai dahi tidak melekat di tanah menyembah pencipta.
Ingatkan aku gelak tawa dan hiburan akan terhenti.
Kerna akhir kita ke kubur juga nanti.
Ku rindu dakapanmu semua erat.
Ku rindu kalian wahai sahabat.
=) cinta n sayang kt rosulullah xboleh bersempena.. semoga kite tergolong antara umatNya yg sentiasa mengamalkan sunnahNya, terutama sunnahNya yg terbesar utk melakukan dakwah n tarbiyah..
BalasPadammantop r fathi...
BalasPadam(rambut tu bujet stail la tu, hahaha)
eh eh bal mana ada rambut style.
BalasPadam