Khamis, 19 Mei 2011

Terdengar atau terbaca



"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring , duduk dan berdiri , tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya dia kembali (ke jalan yang sesat) , seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk bahaya yang telah menimpanya.Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan."

(Yunus:12)



Pernah anda terdengar atau terbaca? Bacalah dan fahamilah Al-Qur'an seolah-olah ia diturunkan khas buatmu.

Terkesan sampai kepada ayat ini.Kita manusia sering terlupa yang kita dahulu pernah berdoa dengan penuh harapan untuk sesuatu.Dan ALLAH yang Maha Mendengar dan Mengetahui mengabulkan doa itu atas kasih sayang dan rahmatnya.

Jadi jika sampai kepada satu saat ingin melakukan kemaksiatan ingatlah bahawa tidak malukah kita melakukan kesalahan kepada DIA yang pernah mengasihi kita dengan kasih sayang dan rahmatnya.

Pernahkah anda terdengar atau terbaca? Sekiranya anda berniat untuk melakukan kemaksiatan tangguhkanlah ia sehingga anda mungkin terlupa akannya.Tetapi jika anda ingin melakukan sesuatu amal baik maka segerakanlah ia.

11 ulasan:

  1. Apabila berusaha untuk melupakan niat untuk melakukan maksiat...itu juga merupakan jihad..~

    BalasPadam
  2. hati kena selalu muhasabah diri supaya mengawal apa jua perkara.

    BalasPadam
  3. @Hadi Betul tu jihad melawan hawa nafsu.Halangan terbesar adalah diri sendiri.Btw love your blog :D

    @Dale Betul tu.Hati perlu selalu digilap dengan peringatan terutamanya Al-Qur'an.

    BalasPadam
  4. maksud ayat tu, orang tu hanya berdoa bila ditimpa musibah then buat perkara yg sama bila dah selamat.kan?

    taubat.

    BalasPadam
  5. @naw labqi Sama la kita.

    @khairunnisa Begitulah rasanya.Kena buka tafsir untuk tafsir yang lebih jelas.

    BalasPadam
  6. sahabat sangat penting untuk mengingatkan akan hal ini.
    love U my Sahabat.

    BalasPadam
  7. @izzat I love you more than you can imagine :)

    BalasPadam
  8. salam...selalu lalai dan leka..sentiasa dalam jemaah saling ingt mengingati =)

    BalasPadam
  9. yg dicoretkan bukan sekadar keperluan berdoa, ttp konsep doa dimana meletakkan Allah pada sebelum, semasa dan selepasnya.. kalo x, jadilah mcm qorun..

    BalasPadam
  10. termenung sesaat bc entry nie..

    masyaallah..

    BalasPadam