"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya.Dan engkau tidak meminta balasan apa pun kepada mereka (terhadap seruanmu ini) , sebab (seruan) itu adalah pengajaran bagi seluruh alam.Dan berapa banyak tanda (kebesaran ALLAH) di langit dan di bumi yang mereka lalui namun mereka berpaling darinya.Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada ALLAH , bahkan mempersekutukan-NYA. Apakah mereka merasakan aman dari kedatangan siksa ALLAH yang meliputi mereka , atau kedatangan hari Kiamat kepada mereka secara mendadak , sedang mereka tidak menyedarinya? . Katakanlah (Muhammad) 'Inilah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada ALLAH dengan YAKIN , Mahasuci ALLAH dan aku tidak termasuk dalam golongan orang yang Musyrik".
(Yusuf:103-108)
Sedikit tadabbur.
Ayat-ayat ini merupakan pujukan kepada golongan pendakwah dan penyeru. Pendakwah ini bukanlah dimaksudkan mereka yang mengambil kursus sarjana atau diploma dalam bidang dakwah di kolej mahupun universiti. Juga bukanlah golongan yang telah mendapat tauliah dari badan-badan kerajaan atau jabatan agama negeri sebagai pendakwah bebas. Juga tidak terbatas kepada golongan-golongan ustaz dan ustazah sahaja.
Mungkin anda hanya pelajar biasa sahaja. Tidak menyambung pengajian dalam bidang agama. Mungkin bidang yang diceburi adalah perusahaan , undang-undang , farmasi , perubatan dan sebagainya. Atau mungkin anda hanya seorang pekerja biasa di mana-mana syarikat.
Tapi anda di beri hidayah oleh ALLAH untuk merasakan kondisi masyarakat yang semakin parah. Lalu ALLAH campakkan kesedaran di hati untuk cuba membantu melaksanakan perubahan dan pembaikan di dalam masyarakat.
Meskipun usaha anda , anda rasa kecil. Misalnya mengajak teman serumah solah berjemaah. Atau mengajak teman sekerja berpuasa sunat atau menghadiri kuliah di surau. Atau menegur perbuatan maksiat teman anda secara berhikmah. Inshaallah jika niatnya bersih kerana ALLAH dan ingin melihat lahir satu generasi yang lebih baik. Anda adalah pendakwah. Inshaallah usaha kecil itu pasti diganjari.
Jadi , ayat 103-107 ini ALLAH tujukan untuk anda. Ianya merupakan motivasi dan bekalan berharga buat anda. Kerana hati manusia mudah bersedih dan bertukar arah apabila berdepan dengan ujian. Dalam ayat-ayat ini ALLAH menekankan tugas kita hanya menyampaikan. Menyeru , memimpin dan berusaha. Sekiranya ajakan anda di tolak atau tidak berhasil , jangan bersedih kerana urusan hati adalah milik ALLAH SWT.
Di ayat 108 ALLAH mengesyorkan agar kita terus yakin akan jalan yang kita pilih ini. Sememangnya mengajak manusia kembali kepada Islam bukanlah tugas mudah.Ianya tidak semudah berkata-kata atau menulis blog . Ia memerlukan pengorbanan masa , tenaga , waktu tidur , wang ringgit dan sebagainya.Sememangnya sukar dan keyakinan adalah bekalan penting untuk memastikan kita terus kekal tanpa jemu meski berhadapan duri cubaan yang sukar ini.
Wallahualam.
insyaAllah. sama2 lah kita perbaiki diri :)
BalasPadamterima kasih akhi,
BalasPadamperkongsian yg bermakna.
InsyaAllah..
BalasPadamnasihat yg baik,
sbnrnya klu xmampu trus kpd msyrkt, boleh dimulakan dgn diri sendiri dahulu,kemudian
adik-beradik (keluarga),
seterusnya masyarakat..
jzkk fathi..^^
insyaAllah :)
BalasPadamterbaik la post ni ^^
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)
:)
Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.-kereta mayat-
BalasPadam