Author: Ryan Holiday
Publisher: Penguin Group
Year: 2012
Dunia teknologi telah mengubah cara manusia mencari dan
menerima maklumat, kita tidak lagi bergantung pada media cetak dan siaran
televisyen sebagai sumber maklumat, sebaliknya kita menerima dan mencari
maklumat melalui internet. Medium-medium seperti blog, facebook, twitter,
youtube, wikipedia dan sebagainya kini menjadi sebahagian dari kehidupan kita,
ia menjadi tempat kita melihat perkembangan semasa dan mencari maklumat.
Ryan Holiday dalam bukunya yang sangat provokatif dan
agresif ini mendedahkan bagaimana media dimanipulasi oleh pelbagai pihak.
Manipulasi ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, sama ada baik, seperti
mengutip dana untuk tujuan charity ataupun tujuan buruk seperti memanipulasi
public opinion untuk tujuan perang dan politik.
Buku ini wajib dibaca oleh pengamal media sama ada yang
profesional mahu pun amatur. Ia juga sangat bermanfaat untuk golongan yang
ingin mengetahui the dark art of marketing.
Buku ini juga menyentuh bagaimana apa yang kita terima
sebagai berita, sering kali bukan berita. Tetapi ia adalah perkara yang
disensasikan untuk tujuan-tujuan tertentu, untuk menarik perhatian masyarakat
umum kepada sesuatu perkara, atau untuk menjual produk. Bagi mereka yang ingin
mengetahui dengan lebih lanjut bagai mana untuk memanipulasi media untuk
kepentingan anda, saya sarankan anda membacanya. Trust me, I’m not lying.
Altel. Haha.
BalasPadam