Akhirnya tiba waktu yang aku sangat harap ia tidak berlaku, aku perlu pergi meneruskan kehidupan ke alam baru. Selepas ini tiada lagi suasana kemeriahan, riuh rendah pelajar yang mewarnai hidup. Ramai juga pelajar yang datang berjumpa pada hari terakhir. Ada yang mahu bergambar, ada yang datang meminta maaf dan mengucapkan selamat jalan, juga yang memberi hadiah dan surat perpisahan. Namun, yang paling membekas di hati adalah apabila datang seorang pelajar menyapa.
"Cikgu" seorang pelajar memanggil. Dia menyorok disebalik pintu, seingatku aku mengajarnya ketika dia di tingkatan satu, subjek matematik.
"Saya dengar cikgu nak pindah, saya ada 50 sen sahaja. Cikgu ambil lah, hadiah dari saya" sambil menyerahkan kepingan duit syiling 50 sen kepada ku. "Terima kasih" jawabku sambil tersenyum padanya. Dalam hati saya menangis.
Sebenarnya aku telah jatuh hati dengan kerjaya pendidik. Kerjaya yang aku kira sangat mulia, mengajar di sekolah agama tidak semewah mengajar di sekolah kebangsaan, pengorbanan yang diperlukan adalah lebih besar. Masih aku ingat tahun lalu.
Aku bersiap-siap untuk pulang, sudah lewat petang,
setelah semuanya dimasukkan didalam beg, dan dikumpulkan buku untuk
dibawa pulang, aku ke pejabat untuk menghantar claim bulan itu. Waktu itu aku masih lagi
guru sementara, gaji dibayar mengikut hari.
Semasa di pejabat untuk menghantar dan mengisi claim, datang seorang pelajar.
"Cikgu saya ada soalan add math nak tanya". Aku melihat jam, sudah hampir jam 6 petang.
"Mana
soalan?" jawab ku berseloroh. Terus dia hilang kemudian membawa
kertas masuk pejabat. Hati ku sayu, tak sampai hati untuk berkata "
Nanti kita bincang dalam kelas". Aku pun
berkata padanya " Kamu duduk di kelas mana? Lepas habis urusan pejabat
cikgu datang". Dia lantas memberitahu dan kembali ke kelasnya.
Petang itu aku pulang lewat. Hati ku sayu semula.
Mereka
disini beberapa kali bertukar guru. Ada ketika beberapa bulan berlalu
tanpa guru. SPM pula tinggal beberapa minggu. Maklumlah sekolah agama
rakyat tidak mendapat bantuan kerajaan. Gaji kecil sahaja untuk guru. Jadi, guru selalu sahaja
berhenti.
Tapi petang itu hati ku sayu,
pelajar seperti ini gagal bukan kerana mereka malas. Mereka dinafikan
hak untuk mendapatkan guru. Guru yang mampu setia mengajar dengan gaji
yang rendah. Guru yang mampu berkorban. Air
mata ku menitis dalam kereta petang itu. Aku
juga keluaran sekolah agama rakyat. Guru ku dahulu juga gajinya
rendah, tetapi anak muridnya dapat masuk universiti di luar negara
dengan biasiswa. Sekarang tiba giliran ku pula, menangis. Aku
mahu melihat anak-anak dalam rahim tarbiyyah ini terjaga akademiknya.
Tidak merasa lekeh dan rendah diri bila keluar sekolah nanti.
Bagi ku mengajar merupakan satu kepuasan bukan sekadar pekerjaan. Mereka bukan aku lihat sebagai pelajar, tetapi sebagai anak-anak sendiri. Pernah juga ketika dalam satu kelas lewat petang seorang pelajar bertanya kepada ku.
"Cikgu dah lewat petang ni, cikgu tak nak balik ke? Cikgu tak sayang kat baby cikgu?"
Sebenarnya dia mahu balik awal dan tidak mahu menyiapkan latihan. Aku ketika itu baru beberapa hari mendapat anak sulung. Aku menjawab. "Kamu pun anak cikgu". Dia tersipu malu dan kembali membuat latihan.

Di ketika lain seorang pelajar datang berkata "Cikgu, saya dari dulu lagi fail Fizik, cikgu tak berputus asa ke dengan saya?" Aku menganggap kalian ibarat anak sendiri. Bagaimana seorang ayah mampu berputus asa dari berusaha untuk melihat anaknya berjaya?
Sesiapa yang menjadi guru matematik tambahan, ayat yang anda akan sentiasa dengar dari para pelajar adalah "Cikgu, saya nak drop addmath" Tugas guru bukan hanya perlu mengajar, guru juga perlu memberi motivasi kepada anak-anak didik agar berjiwa kental dan berani menyahut cabaran. Tidak kalah sebelum berjuang. Andai ada peluang, aku ingin menjadi pendidik lagi.

Cikguuuuu.. sebak cikgu... sebakkkk... huhuhuu
BalasPadamSori la cikgu kalau saya ni byk sgt kerenah dlm kelas...
Btw, ni ex ibrah... permaisuri kelas fizik.