Ahad, 7 Ogos 2016

The Pelican Brief



Penulis: John Grisham
Penerbit: Island book (1993)

*Amaran: Review ini adalah spoiler, jika anda sedang membacanya dan inginkan suspense, elakkan dari membaca review ini.

Saya bukanlah peminat novel, malah saya pernah mempunyai mental block dan meyakini bahawa semua novel tidak membawa manfaat, kerana hakikatnya ia hanyalah khayalan di dalam minda seseorang yang diterjemahkan ke dalam helaian buku. Namun setelah beberapa ketika saya mula memasukkan novel dalam senarai pembacaan ( yang pasti tidak ada novel jiwang yang menggelikan seperti suamiku cengkerik, suamiku ikan talapia dsb). Kebanyakan novel yang saya baca adalah dari recomendation dari rakan-rakan pembaca yang lain. Sebab saya bertukar fikiran adalah kerana sesetengah novel dihasilkan melalui kajian, namun dibentangkan dalam bentuk novel agar mudah dibaca. Sesetengah novel juga dapat membantu kita memahami budaya dan latar yang mana kita tidak familiar dengannya.

Novel ini menceritakan kisah pembunuhan hakim di Amerika Syarikat, pembunuhan ini di dalangi oleh ahli perniagaan yang juga merupakan financier kepada presiden negara. Kes ini menjadi perhatian seluruh negara. Seorang pelajar undang-undang telah mengkaji kes ini, dan menghasilkan sebuah laporan ringkas berkenaan teori pembunuhan ini. Laporan ini kemudian jatuh ke tangan pihak berkuasa dan sampai ke White House. Ia menyebabkan pelajar tadi menjadi target dalam konspirasi tersebut dimana dia di kejar oleh pembunuh upahan. Dia akhirnya terselamat dan bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Grisham merupakan penulis yang berjaya membangkitkan emosi pembaca saya kira. Plot disusun dengan baik dan di isi dengan thriller. Pembaca juga dapat pempelajari terma-terma juga fakta berkenaan dengan undang-undang di dalam novel ini. Juga peranan yang dimainkan oleh hakim dan peguam. Walaupun mempunyai ketebalan lebih dari 400 mukasurat, ia amat mudah dibaca dan dihabiskan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan