Sabtu, 29 November 2014

Erti hidup


Ada manusia saya lihat sering ke gym membina badan. Badan jadi sihat, segak dan kuat. Tapi kemana digunakan kekuatan itu?

Ada manusia saya lihat kuat usaha dan mengejar karier. Siang malam usaha ditumpukan untuk kerja mengumpul harta. Tapi kemana harta itu dibelanjakan?

Ada manusia saya lihat hebat ilmunya. Sebelum nama nya ada gelaran Professor. Tapi di mana ilmu itu diamalkan?

Ada manusia saya lihat mempunyai kehidupan. Tetapi untuk apa kehidupan itu dihabiskan?

Ahad, 9 November 2014

Islam dan Jihad: Prasangka atau Kenyataan





Penulis: Abdul Gafoor Noorani
Tajuk asal: Islam and Jihad Prejudice versus Reality
Penerbit: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Tahun: 2007

Buku ini ditulis sebagai respon balas kepada sentimen Islamofobia yang meningkat di eropah terutamanya selepas terjadinya serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat. Ia merupakan salah satu usaha bagi memperbetulkan salah tanggap terhadap konsep jihad di dalam Islam secara khusus, juga salah tanggap terhadap Islam secara umum.

Namun, penulis yang merupakan seorang peguam ini tidak hanya berhenti pada membicarakan topik jihad sahaja. Beliau turut memberi pandangan mengenai topik sejarah, golongan fundamentalis dalam Islam, fatwa dalam Islam, hak asasi dan demokrasi dalam Islam, dan juga persoalan ijtihad dan kepentingannya di era moden.

Saya berfikiran bahawa penulisan ini merupakan satu perbentangan yang baik, terutamanya dalam menerangkan konsep jihad yang sebenar dan membersihkan nama Islam dari fitnah-fitnah jahat oleh musuh Islam. Dengan mengetengahkan asas-asas demokrasi yang telah wujud dalam kalangan masyarakat juga membuktikan bahawa Islam bukan ketinggalan dalam sudut politik.

Walaubagaimana pun, beberapa analisis dari penulis pada pemikiran saya tidak tepat. Terutamanya penolakan terhadap konsep negara Islam. Noorani berhujah bahawa tidak ada ayat Qur’an yang memberi penjelasan yang detail berkenaan dengan perlunya ditubuhkan negara Islam, kosep-konsep negara Islam dan perlaksanaannya. Beliau berpendapat bahawa Islam merupakan agama untuk membentuk manusia bukan negara.

Saya berpendapat bahawa Al-Qur’an menetapkan prinsip bagi sesebuah negara Islam. Manakala sudut praktikal dan perlaksanaannya perlu di lihat melalui sunnah Rasulullah dan para sahabat. Sunnah ini perlu ditafsir mengikut konteks dan dimurnikan dengan suasana semasa.

Beliau juga mengkritik keras pemikiran Syed Qutb dan Maududi dan menganggap mereka sebagai fundamentalis yang memperjuangkan tafsiran Islam yang salah. Baginya tafsiran Syed Qutb dalam bukunya Fi Zilail merupakan tafsir yang menyeleweng, terutamanya pada tafsiran berkenaan negara Islam.

Banyak lagi pemikiran penulis yang saya kira merupakan analisis yang tidak menyeluruh dan komprehensif. Apa pun saya kira setiap orang mempunyai pemikiran dan pendapatnya sendiri sesuai dengan kefahaman dan ilmu yang diberi Allah kepadanya. Perbezaan kadang kala merupakan keperluan, ia merupakan anugerah Allah agar manusia dapat berfikir. Namun kita seharusnya mengakui bahawa pemikiran manusia mempunyai batas, oleh itu perlu kepada kita agar sentiasa berpegang pada Al-Qur’an dan hadith. Juga pandangan ulama muktabar dan para alim dan fuqaha’.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.  

Sabtu, 18 Oktober 2014

Iman dan Mahabatullah

Judul : Seri Materi Tarbiah Iman dan Mahabbatullah
Penulis : Cahyadi Takariawan, Wahid Ahmadi, Abdullah Sunono
Penerbit : Era Intermedia 2003

Seringkali mungkin bagi naqib-naqib baru yang mula membawa halaqah atau usrah kebingungan mencari bahan apa yang sesuai digunakan di peringkat permulaan. Diantara objekti-objektif awal halaqah adalah membangunkan iman dikalangan ahli, jadi saya ingin mencadangkan buku kecil ini.

Dipersembahkan dalam bentuk-bentuk poin yang mudah difahami serta ulasan yang ringkas dan tidak terlalu panjang, sangat sesuai sebagai bahan tarbiyah bagi peringkat permulaan, yang ingin mengisi halaqah dengan bahan yang membangun iman dan tidak terlalu panjang lebar.

Selain membahaskan berkenaan dengan iman, tuntutannya, tanda hati yang beriman, janji Allah kepada orang yang beriman, dan perkara yang membatalkan iman. Buku kecil ini turut membahaskan tema-tema percintaan, tanda-tanda cinta, motivasi cinta, tingkatan-tingkatan cinta serta cinta yang utama iaitu cinta kepada Allah (Mahabatullah).

Semoga kita dapat memperbanyakkan pembacaan berkenaan dengan iman. Kerana iman bukanlah jaminan, ia perlukan penjagaan, peningkatan, dan peringatan. Agar kita mampu istiqamah bersama iman hingga kita menghembuskan oksigen yang terakhir.

Saya kongsikan satu quotes dari buku ini:

Allah tidak hanya bersama linangan air mata di kesunyian malam, tetapi juga turut bersama dalam peluh keletihan di medan juang.

Salam perjuangan.

Jumaat, 17 Oktober 2014

To who ever who might feel that this is for them


You know that we live only once? Jadi setiap masa adalah berharga, setiap masa yang kita habis kan untuk seseorang adalah kehidupan yang kita gunakan, dan setiap manusia memilih untuk apa dan dengan siapa masa itu dihabiskan.

Dan dalam kehidupan kita memerlukan kawan, sahabat, teman apa sahaja yang manusia panggil, supaya mereka tidak merasakan bahawa mereka keseorangan. Tapi tahu kah anda bahawa kawan adalah bukan hubungan satu hala? 

Jika kamu mencari kawan ketika kamu memerlukan sesuatu, ketika kamu perlukan pertolongan, when you need a lift, and then you never care about them when they in need, then you are a friend with benefit. I don't write this because I need anything from you, it just that, I have a feeling that after all this years you just using other people to satisfy your own need.

It seems to me that you just live for your own life, and that is perfectly fine. It was what ordinary people will do. But if you received tarbiyyah dan anda mempunyai kefahaman, tetapi you choose to live for your own life, never a second in your life you want to help anybody else, then you should'nt expect people to be there for you all the time. And I don't want to have any part in your life, because it is just a waste of my time.

I want to live by doing dakwah, spreading tarbiyyah, although I know that I'm not perfect, and I will never be. So when the time come when I need to choose between you and other potential people that can help this deen, I will obviously will not choose you. You said that you are also mad'u, which I found it very offensive that you use that term just to get your personal gain.

I choose a life of giving, even I know I will receive nothing back. But I rather give to people who will give to others, not the people who only think about their life. Yeah, sure that you have problems, thats why it is called life, if you have no problem it means that your dead. But don't expect people to help you all the time.

Just so you know.

Isnin, 6 Oktober 2014

Men are from Mars, Women are from Venus



Judul : Men are from Mars, Women are from Venus
Penulis: John Gray
Penerbit : HarperElement 2002


Secara jujur, Saya tidak begitu meminati bahan bacaan berbentuk motivasi, psikologi dan hubungan antara manusia. Kali terakhir saya membaca buku dengan tema seperti ini mungkin buku karya Leil Lowndes yang bertajuk ‘How to talk to anyone’, dan sebelum itu mungkin buku tulisan Abbas As-Sisi yang bertajuk ‘Bagaimana menyentuh hati’. Buat masa ini saya lebih tertarik dengan bacaan bersifat pemikiran, politik Islam, pilitik dunia dan perkembangan semasa. Tapi saya terpaksa akui, tulisan John Gray dalam buku ini begitu luar biasa walaupun ditulis 20 tahun lalu. Gray berjaya membawa topik hubungan lelaki dan wanita dengan cara yang menarik dan mengutarakan teori yang bernas.

Buku ini mendalami bagaimana lelaki dan wanita diciptakan dengan sangat berbeza. Perbezaan ini amat ketara, terutamanya dalam memproses maklumat, menyalurkan emosi, reaksi terhadap perkara yang berlaku seharian dalam hidup, seolah-olah mereka dari dua planet yang berbeza. Dengan pemahaman terhadap perbezaan ini suami atau isteri dapat bertindak balas dengan lebih bijaksana, serta dapat mengelakkan pertelingkahan. Proses memahami perbezaan ini sangat penting bagi melahirkan komunikasi berkesan.

Saya setuju dengan kebanyakan teori yang dikemukakan oleh Gray tentang lelaki, seolah-olah dia sedang berkata tentang saya. Sifat penciptaan seorang lelaki saya kira memang begitu, apabila dia meletakkan komitmen terhadap sesuatu perkara, akan tiba satu masa dia menarik diri, bersembunyi, mengambil masa untuk dirinya. Begitu juga dengan konsep cinta yang bersifat bermusim dan memerlukan usaha untuk mengekalkannya, ia dapat membantu pasangan baru untuk lebih bersedia secara mental dan emosional.

Saya mencadangkan bacaan ini untuk pasangan baru yang ingin membina rumah tangga, yang mana ia dapat memberikan mereka persepsi yang realistik berkenaan bertapa berbezanya lelaki dan wanita. Juga kepada pasangan yang telah lama berkahwin, agar mereka dapat mencari punca berlakunya masalah dalam hubungan mereka.

Khamis, 11 September 2014

No God But God



Judul buku: No God But God - The Origins, Evolution and Future of Islam
Penulis: Reza Aslan
Penerbit: Arrow Books
Tahun: 2011

Penulisan dari penulis yang berketurunan Iran dan menetap di Amerika Syarikat ini saya kira merupakan satu penulisan yang baik. Ia banyak mempersoalkan semula beberapa isu kontroversi dalam Islam dari sudut pandang perdebatan akademik. Saya kira kita perlu bersikap terbuka dalam isu-isu ini dan berhujah dengan fakta dan tidak bermain dengan permainan kafir mengkafir atau permainan melabel, hujah akal perlu dipatahkan dengan akal saya kira.

Oleh itu, saya berpendapat buku ini elok dibaca oleh orang Islam yang sudah mempunyai kefahaman Islam yang sempurna. Antara isu yang dibangkitkan seperti hukuman kepada penzina dan fatwa kewajiban hijab, yang mana Reza Aslan berhujah bahawa arahan berhijab ini hanya dituju khas kepada isteri-isteri nabi dan bukan selainnya. Manakala kajian-kajian beliau berkenaan seerah dan perkembangan awal Islam tidaklah membawa kepada naratif baru, tetapi berpegang kepada fahaman seerah mainstream ummat Islam.

Namun saya kagum dengan kebolehan penulis yang menghujahkan isu poligami Rasulullah secara adil dan jujur. Ia memberi gambaran yang jelas, dalam masa yang sama menolak pandangan-pandangan yang cuba memburukkan Islam seperti Nabi Muhammad seorang yang gila seks dan sebagainya. Dalam isu perkembangan agama Syiah juga, Reza Aslan pada pandangan saya memberikan satu analisa yang adil dan tepat dari sudut akademiknya. Ia memberi gambaran jelas bagaimana perpecahan pemahaman politik dalam masyarakat Islam akhirnya melahirkan ritual-ritual baru, dan berevolusi menjadi agama dan fahaman teologi yang baru.

Antara pemikiran yang dibawa oleh Reza Aslan adalah 'Tuhan itu satu, tetapi Islam tidak satu'. Hal ini kerana wujudnya banyak tafsiran dalam memahami teks Al-Qur'an dan Hadith. Beliau juga cenderung kepada fahaman bahawa 'Manusia lah yang mencipta undang-undang, bukan tuhan". Beliau berhujah sekalipun hukum itu dinyatakan dalam wahyu, ianya masih lagi terdedah kepada penafsiran manusia.

Perbahasan yang menarik minat saya adalah yang berkaitan dengan politik Islam. Reza Aslan berpendapat bahawa 'fungsi Ulama dalam demokrasi Islam bukan lah sebagai pemerintah, tetapi ulama berfungsi sebagai penjaga kepada moral sesebuah negara'. Beliau seolah-olah menolak model pemerintahan theocracy yang diamalkan oleh Iran. Namun pada pendapat saya, kajian beliau terhadap lanskap politik Islam tidak menyeluruh dan seolah-olah mengabaikan negara-negara Islam yang progressif seperti Turki dan Malaysia.

Saya tidak mencadangkan buku ini untuk bacaan umum, kerana pada perkiraan saya masyarakat umum kita masih kurang membaca dan tidak mempunyai kefahaman prinsip yang kuat serta mungkin ada sesetengah pemikiran dan perbahasan yang dibawa boleh mengelirukan. Tetapi kepada golongan pengkaji atau ahli agamawan, saya kira buku ini merupakan satu buku yang baik untuk menjana pemikiran dan melontarkan pandangan-pandangan hukum, selagi mana ia didalam ruang kajian ilmiah dan bukan bertujuan untuk mengkafirkan mana-mana pihak.


Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta'alim



Oleh: Muhammad 'Abdullah Al-Khatib
Terjemahan: Mohd. Nizam bin Mohd. Ali
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar 2008

"Bekerja dan tunggulah detik kemenangan dengan penuh penantian. Kepada Allah lah Yang Maha Berkuasa mengatur segala urusan sebelum dan selepasnya. Pada hari itu kelak kaum Mu'minin bergembira dengan pertolongan Allah kepada siapa yang Dia berikan. Dan Dia lah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang"

Begitulah baris-baris akhir dalam Risalah Ta'lim yang dinukilkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Apa itu fikrah?

Pernah ketika didalam usrah kami seorang ahli bertanyakan soalan ini. Ketika itu saya juga berfikir apakah definisi terbaik yang boleh diberikan bagi fikrah Islam.

Dari sudut bahasa fikrah adalah pemikiran, secara simplistiknya Islam adalah satu cara hidup. Namun disana terdapat pelbagai pemikiran berkenaan dengan cara hidup ini, dan kadangkala terdapat perbezaan, yang jika tidak diurus boleh menimbulkan fitnah yang berpanjangan.

Oleh kerana merasakan pentingnya memurnikan kefahaman mengenai fikrah Islam ini Imam Hassan Al-Banna telah menulis satu risalah yang sangat berharga agar ummat Islam dapat mencapai kesatuan fikrah. Dengan kesatuan ini, ummat Islam dapat meninggalkan perpecahan, saling tuduh menuduh kafir antara satu sama lain, perdebatan yang tidak berkesudahan, perasaan saling membenci dan mampu membangunkan semula kegemilangan ummat.

Penjelasan Imam Hasan Al-Banna dalam isu takfir sangat jelas. Bagi saya ia merupakan satu prinsip yang paling tepat untuk dipegang bagi setiap Muslim, ia kekal relevan sehingga sekarang, di mana pada zaman ini terlalu banyak individu yang menggunakan takfir bagi mematikan hujjah atau pendirian selain mereka. Ia membawa kepada pemikiran statik dan tidak mencambahkan perbincangan sihat dan ilmiah. Namun, kita juga tidak seharusnya bersenang-senang dan mengabaikan individu yang secara jelas meninggalkan Islam. Pendekatan ini adalah paling sesuai terutamanya di zaman ini.
 
Risalah ini sangat berharga terutamanya kepada mana-mana manusia yang mengaku diri sebagai da'ei, ia memberi gambaran asas berkenaan pemikiran Islam sesuai dengan keperluan kontemporari. Risalah ini antara lain menyentuh kepentingan kefahaman yang sahih, keperluan kepada amal, bentuk-bentuk penyelewengan,  serta usaha untuk menyatukan kefahaman ummat Islam dan membendung perbuatan bid'ah.
 
Risalah ini juga mengumpulkan 10 rukun bai'ah yang perlu difahami oleh pekerja Islam. Rukun ini bertujuan untuk menjelaskan kepada setiap pendakwah, dakwah yang bagaimana yang perlu kita bawa dan bagaimana kita bersifat dengan dakwah ini. 10 rukun ini merangkumi:
  1.  Faham
  2. Ikhlas
  3. Amal
  4. Jihad
  5. Pengorbanan
  6. Ketaatan
  7. Thabat
  8. Tajarrud
  9. Ukhuwwah 
  10. Tsiqah
Bagi menjelaskan lagi pemahaman terhadap pemikiran ini, rukun pertama iaitu 'Faham' dihuraikan dengan lebih detail melalui Usul 20, yang merupakan kerangka/asas bagi membentuk aliran pemikiran Islam yang sama serta bertepatan dengan sunnah Rasulullah. Akhir sekali risalah ini, membincangkan beberapa masalah di dalam Fatwa Al-Manar, yang menyentuh isu-isu sensetif seperti ayat sifat, tawassul, pemahaman politik serta peringatan mengenai isu bid'ah.