Jumaat, 26 Jun 2009

Ku Bermonolog


Sudah melepasi 12.00 a.m maksudnya mengikut kiraan jam sudah masuk hari Jumaat. Dan hari Jumaat bermakna esok jika umurku masih ada aku akan memasuki hari Sabtu.Dan pada hari Sabtu jika umurku masih ada aku akan menaiki 'flight' ke luar negara bagi menyambung pelajaran.

Banyak perkara bermain di kotak fikiranku. Kadang-kadang terasa macam tak mahu ke sana. Dan kadang-kadang terasa teruja mahu melihat negeri orang.

Tidak kurang juga banyak perasaan takut dalam diriku. Takut tidak dapat menjaga iman , takut tidak dapat belajar dengan baik , dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sering menenangkan hatiku bahawa tarikh untuk ku pergi masih lambat. Namun ternyata masa pantas berlalu meninggalkanku.

Persediaanku biasa sahaja barangan yang dibawa pun cukup ala kadar sekadar yang perlu.Namun persediaan rohaniku terasa masih belum begitu kuat. Dengan suasana baru yang masih tidak aku ketahui. Aku bermohon kepada ALLAH yang maha perkasa untuk memberiku kekuatan. Tapi dengan kemudahan internet rasanya tidak sukar untuk mencari pengisian.

Banyak nasihat yang aku terima. Ibu Bapa , Saudara Mara , Sahabat Handai, Guru dan juga Ustaz-Ustaz. Teringat pesanan Ustaz Hadi semasa aku melawat sekolah buat kali terakhir sebelum aku berangkat " Kita yakin bahawa dunia akan berakhir dengan ISLAM mendapat kemenangan dan kita berharap kita akan tergolong dalam golongan orang yang memperjuangkan ISLAM pada ketika itu." Ustaz juga berpesan agar aku sentiasa menjaga Al-Qur'an dan sentiasa mendampingi sahabat-sahabat yang soleh.Pesan ustaz solat Jumaat adalah wajib meskipun hanya terdapat 5 orang. InsyaALLAH Ustaz segala pesanan akan ku simpan sebagai panduan menyuluh jalan kehidupanku.

Ibuku merupakan orang yang paling banyak memberi nasihat. Sampai di dalam kereta pun Ibu masih menasihatiku dengan panjang lebar. Dari nasihatnya aku tahu bertapa besarnya kasih ibu. Ku berdoa agar ibuku di beri kesihatan selalu sepanjang pemergian ku nanti. Antara nasihat ibuku adalah pentingnya menjaga kejernihan fikrah. Pesan ibu masalah jangan dipendamkan dan selalu meminta bantuan dari pakcik-pakcik atau sahabat-sahabat sekiranya terdapat sebarang kesulitan. Dalam banyak-banyak pesanan yang ku terima pesanan dari ibulah yang aku rasa paling menusuk hati. Semoga aku dapat kekal tabah nanti berkat doa ibuku.

Pening juga aku memikirkan tentang bagaimana hendak menentukan waktu solat sepanjang perjalanan nanti. Pantas ayah menunjukkan cara menentukan waktu solat. Aku melihat bagaimana ayah mengira-ngira masa kerana masa di setiap negara tidak sama. Alhamdulillah ALLAH beri sedikit kefahaman kepadaku berkat usaha ayah mengajarku.

Beberapa hari lepas sewaktu aku tidur ditengah hari aku ada menerima bungkusan pos laju dari sahabatku. Terkejut juga mula-mula. Rupa-rupanya Radhi yang mengirim buku kepadaku. Seingat aku tajuknya 'Taujih Ruhiyah'. Selepas aku menerimanya terus saja aku memasukkan didalam beg tidak sempat hendak membaca segera. Terima kasih Radhi insyaALLAH usaha ikhlas anta akan diganjari pahala besar. Membaca surat yang dikepilkan bersama hati ku tertawa. Teringat zaman-zaman sewaktu bersekolah bersama.

Hatiku sedikit tenang setelah menerima panggilan dari Jordan . Pada mulanya tak cam suara. Setelah memperkenalkan diri barulah aku tahu bahawa Sang Penulis Muda yang menalifonku. Hatiku terasa begitu selesa setelah berbual dengannya.Lama rasanya sudah tidak bebual dengan Hilal. Banyak juga nasihat-nasihat dari Hilal kepadaku. InsyaALLAH aku akan ingat. Terasa begitu bertuah ALLAH mengurniakan sahabat yang begitu perihatin seperti Hilal. InsyaALLAH ana tak akan segan bincang dengan anta kalau ana ada masaalah dengan kaum Hawa nanti Hilal!

Dalam masa yang sama banyak juga 'messages' yang aku terima dari pakcik , makcik , guru dan sahabat yang memberi motivasi dorongan dan sokongan. Antaranya:

"Semoga menjadi mujahid di mana kita berada" -Abg Hairey

"Selamat berjuang sahabatku" -Iqbal Harun

"Semoga Selamat pergi dan pulang dengan ilmu untuk membangun UMMAH" -Cikgu Asmah

"Selamat bermusafir sabilillaha , ingati ALLAH di waktu ramai dan keseorangan insyaALLAH DIA akan memelihara kita di masa susah dan senang ketika di perantauan" -Cikgu Rahman

"Semoga di berkati ALLAH banyakkan berdoa kerana doa orang bermusafir ALLAH kabulkan, Selamat berjuang wahai Syabab!" - Ibu kepada Abu Asri

"Semoga penerbangan yang dirahmati ALLAH. Jaga Hati , jaga diri , dan jaga peribadi sewaktu di perantauan. Semoga berjaya." -Makcik Supini

"Cikgu sekeluarga mendoakan kesejahteraan anta di dunia dan akhirat . Penuhi jiwa dengan bekalan iman dan takwa untuk teruskan jihad di medan ilmu. Maafkan kami disini" - Cikgu Norizan

"Makcik mendoakan Fathi sentiasa kerana kita adalah sesama Islam dan lebih lebih lagi Fathi adalah sahabat baik Anas. Semoga ALLAH memberkati Fathi dan memudahkan segala urusan" - Ibu kepada Anas Norkefli

"Semoga dalam pemeliharaan ALLAH dan diberi Jiddiyah untuk membina kepakaran bagi menguatkan Islam" -Pakcik Rosdi Baharom

"Semoga ALLAH permudah dan berkati semua urusan" -Cikgu Azmi Bahari

"Moga beroleh ilmu yang berguna untuk Islam" -Ustaz Mahadzir

"Ang belajaq rajin-rajin na , jaga diri leklok " -Astaibillah

Baru-baru ini juga aku menerima panggilan dari sahabat baikku dari Syria. Muhammad Rijaluddin. Katanya dia ada mengirim buah tangan dari Syria yang dikirim melalui Abu Bakr. Aku masih tidak berkesempatan mengambil buah tangannya moga ALLAH permudahkan.
Buah tangan dari Hanif Ismail kepadaku juga masih belum berbuka. Cuma kopiah yang diberinya sekembali dari umrah telah ku pakai beberapa kali.

Tidak pernah lagi rasanya aku menulis post yang panjang lebar. Kerana aku adalah golongan yang tidak suka membaca post yang panjang. Jadi post-post ku dibiarkan tiga ke empat perenggan sahaja. Tapi kali ini biarlah. Sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Ya ALLAH selamatkanlah aku dalam perjalananku nanti , aku memohon pertolongan dari ENGKAU bagi menjaga kebersihan niatku agar ia dapat kekal bersih dan jauh dari penyakit-penyakit seperti riya' , ujub dan takabbur. Engkau terimalah perjalanan ku ini sebagai jihad bagi menguatkan agamaMU. ENGKAU lindunglah aku dari kemurkaanMU dan dari segala ujian yang tidak dapat aku tanggungi. ENGKAU berikanlah aku hati yang bersih , lembut serta dipenuhi cahaya hidayahmu. Engkau kurniakanlah aku petunjuk andai aku sesat atau jauh dariMU. Andai aku mati nanti ENGKAU masukkanlah aku kedalam golongan hambaMU yang mendapat keampunan dan nikmatMU yang tidak putus-putus."

Selasa, 16 Jun 2009

Hidup satu Assignment


Persoalan hidup merupakan sesuatu yang besar dan manusia sering kali mencari-cari siapa diri mereka yang sebenar. Mereka mencari identiti. Manusia mencari asal usul. Manusia juga mencari apa yang perlu dilakukan dalam hidup ini.Hidup ini boleh di ibaratkan seperti satu Assignment oleh ALLAH S.W.T .

Buku Teks
bagi menyelesaikan assignment ini adalah Al-Qur'an Al-Karim. Al-Qur'an merupakan sumber ilmu yang menjadi panduan dan rujukan bagaimana hendak menyelesaikan assignment tersebut. Atau dengan kata lain Al-Qur'an adalah panduan bagi mengatur dan menjalani kehidupan.Ibnu Mas'ud ada berkata "Apabila kamu inginkan ilmu pengetahuan maka selidikilah Al-Qur'an, kerana didalamnya ada ilmu orang terdahulu dan orang kemudian". Perkara ini dijelaskan dengan terang oleh ALLAH S.W.T:

Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)

Lecturer atau penunjuk cara bagi menyelesaikan assignment ini pula adalah junjungan besar Rasulullah S.A.W. Baginda merupakan contoh paling ideal bagi kita untuk melaksanakan assignment hidup. ALLAH S.W.T menerangkan dalam firmannya:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Al-Ahzab: 21)



Examination yang akan kita tempuhi pula adalah di hari akhirat nanti. Hari akhirat adalah pasti dan ianya merupakan rukun iman yang ke-5.Peperiksaan ini sangat kritis dan kita sama sekali tidak boleh gagal. Kerana ia bukanlah seperti peperiksaan biasa yang mana calon boleh mengulang semula peperiksaan. Kegagalan di waktu peperiksaan ini akan membawa manusia ke neraka ALLAH.Oleh itu kita harus melaksanakan assignment sebaik-baiknya berpandukan Al-Qur'an dan bercontohkan Rasulullah S.A.W.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
(Assajdah : 12)

Isnin, 15 Jun 2009

Mencari kasih yang hilang


Saya mulakan dengan sebuah cerita. Disebuah kampung terdapat seorang tua bernama Pak Min. Dia mempunyai 10 orang anak dan kesemuanya merupakan anak lelaki. Dek kerana usianya yang telah tua Pak Min selalu jatuh sakit. Pada suatu hari Pak Min telah diserang sakit kuat dan terlantar dirumahnya. Terdetik dihati kecilnya untuk menasihati anak-anaknya kerana merasakan masanya akan tiba tidak lama lagi. Pak Min mengumpulkan anaknya dan berkata "Anak-anakku yang ku kasihi kerana ALLAH pergilah kamu setiap seorang mencari dua batang ranting dan datanglah semula ke mari". Anak-anaknya pun keluar pergi mencari ranting ada yang pergi ke hutan , ke kebun , ke atas bukit dan ada juga yang ke kedai ubat mencari ranting herba. Setelah pulang semula Pak Min berkata "Patahkanlah satu ranting yang kalian pegang itu" . Maka anak-anaknya dengan mudah mematahkan ranting yang mereka cari itu. Lalu Pak Min menyambung lagi "Ikatlah ranting-ranting kalian yang masih ada dan patahkanlah ia". Maka mereka pun mengikat 10 ranting berbaki dan cuba mematahkannya. Masing-masing tidak berjaya dari anak yang sulung sehingga anak bongsu. Si Ayah berpesan " Sepeninggalanku nanti bersatulah kalian seperti ikatan kayu ini agar kamu tidak mudah dipatah-patahkan oleh pihak musuh. Janganlah kamu berbalah dan berpecah kerana itu membuatkan kamu lemah".

Ummah Islam hari ini dilihat sangat kritikal keadaannya. Mereka berpecah belah dan sangat mudah di laga-lagakan. Tidak ada penyatuan yang dapat membawa kepada kekuatan. Masing-masing dengan semangat nasionalis sehingga saudara mereka dibiarkan sahaja diserang. Kita dapat lihat bagaimana Islam diserang di Iraq , Afghanistan , Pattani dan yang terkejam dan paling lama sejarahnya adalah Palestin.

Dimanakah kekuatan Ummah? Kekuatan Ummah perlu lahir dari semangat Ukhuwwah Islamiyah. Kekuatan ukhuwwah atau kesatuan ini merupakan kekuatan kedua selepas kekuatan Iman. Imam Hasan Al Banna ada menyebut yang dinamakan ukhuwwah itu adalah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan akidah.



Maka muda-mudi Islam harus sensitif dengan keadaan ummah hari ini dan bersatu dibawah naungan ukhuwwah Islamiyah. Asasnya perlu jelas iaitu akidah dan bukannya asas yang lain. Golongan pemuda yang bakal mencorak ummah di masa hadapan perlu mencari semangat ukhuwwah yang kian pudar di hati ummah ini bagi membina ummah yang kuat dan perkasa.
Renungilah firman ALLAH S.W.T dalam Surah Al-Anfal ayat 62-63:

"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Jumaat, 5 Jun 2009

Simple things that warm others


Peperiksaan semester tiga memang memenatkan . Faris bersyukur akhirnya dia dapat juga merasai cuti. Hari ini dia ingin keluar dengan kawan sekolahnya. Setelah 'graduate' dari sekolah rendah dulu , telah lama rasanya tidak bersua dan berborak dengan Azim.

Sewaktu dia dalam perjalanan ke rumah Azim , Faris terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sewaktu menunggu di persimpangan kereta terlalu banyak membuatkan dia menunggu lama . Setelah lama menunggu mujur ada kereta yang di pandu oleh seorang pakcik yang prihatin lalu memberhentikan kenderaannya dan memberi laluan kepadanya. Faris mengangkat tangan sebagai isyarat terima kasih kepada pakcik tersebut. Orang itu tersenyum.

Setelah sampai ke rumah Azim mereka mula mencari warung di sekitar Selayang. Nampaknya tidak banyak yang buka malam itu. Di dalam kereta mereka saling bertanya khabar dan berborak-borak mengenai masa lalu. Cerita2 sekolah rendah. Cikgu2 lama . Kawan2 yang dah 'lost contact' . Perkembangan terbaru masing2.

Akhirnya mereka memilih untuk makan diwarung kecil di tepi jalan sahaja. Walaupun warung itu nampak 'simple' sahaja namun bilangan 'customer' memang memberangsangkan. Kehadiran mereka disambut dengan senyuman oleh pekerja gerai . Faris memesan nasi goreng thai dan 'fresh oren' manakala Azim meng'oder' nasi goreng cili padi dan teh o ais. Sambil makan mereka berborak lagi.

Selesai makan mereka ke kaunter bagi membayar makanan yang dipesan. Pada mulanya Azim mengeluarkan duit tetapi Faris segera membayar dahulu. Azim mengucapkan terima kasih. Setelah menerima bayaran dari Faris pekerja gerai itu mengucapkan terima kasih tanda penghargaan kerana memilih warungnya sambil tersenyum. Faris juga turut tersenyum.

Dalam perjalanan pulang mereka mengambil keputusan untuk pergi ke 'uptown' dahulu. Lama tidak bersua . Apa salahnya meluangkan masa bersama. Bazar larut malam itu sesak. Sedang mereka berjalan-jalan tiba-tiba ada seseorang memberi salam . Mereka menjawab salam . Mereka tersenyum.

Rupa-rupanya Kamal juga berada disitu. Mereka bertiga satu sekolah rendah. Lama juga mereka berborak bersama. Seolah-olah malam itu mereka mengadakan 'reunion'. Akhirnya Kamal meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat. Ibunya risau katanya. Mereka bersalaman sebelum berpisah. Kamal tersenyum.


Faris dan Azim turut mengambil keputusan untuk pulang. Faris menghantar semula Azim dirumahnya . Sebelum berpisah mereka bersalaman . Faris mengucapkan terima kasih kepada Azim kerana sudi menemaninya makan pada malam itu. Azim tersenyum.

Dalam perjalanan pulang Faris tersenyum. Banyak perkara yang menjadi punca kegembiraannya malam itu selain dapat berjumpa sahabat2 lama. "Banyak perkara2 kecil dan mudah yang dapat menggembirakan hati orang lain" gumam hatinya.

Khamis, 4 Jun 2009

Tamat Sesi Persediaan di Unikl-MIAT 2008-2009


Alhamdulillah . Setelah setahun berkampung di Unikl-MIAT kini para pelajar Foundation Pre-Russian telah selamat menamatkan kursus persediaan. Bermula Julai 2008 . Dari saling tidak mengenali hingga menjadi rapat dan saling mengambil berat. Penghargaan kepada semua rakan2 yang banyak membantu dan memberi sokongan:

> Abdul Rahim a.k.a Senyum
>Akmal a.k.a Ustaz
>Ifwat a.k.a Unknown
>A'rifuddin a.k.a Abe
>Daim a.k.a Akira
>Ghalib a.k.a Diablo
>Haziq a.k.a Jikun
>Fakhrul a.k.a Fido
>Khairul a.k.a Ah Se
>Farizul a.k.a Pejo
>Izwan a.k.a Wan Chop
>EL Haickal a.k.a Asimo
>Syamil a.k.a Unknown
>Syamim a.k.a Unknown
>Fahmi a.k.a John
>Muzamel a.k.a Mujuz
>Syukram a.k.a Boh
>Shahruzzani a.k.a Soy Lek
>Syazwan a.k.a Wanwan
>Faiz a.k.a Gerard
>Faris a.k.a Adik
>Hafiz a.k.a Mamu
>Hafiz a.k.a Bourne
>Nazrin a.k.a Rain
>Khalis a.k.a Jaiho
>Safwan a.k.a Gengster
>Termidzi a.k.a Kopi
>Isamuddin a.k.a Brat
>Asyraf a.k.a Unknown
>Syazwan a.k.a Wangem
>Raja Farhan a.k.a Kanang
>Nor Muhamad a.k.a Mat Kok

Juga penghargaan kepada pelajar perempuan yang banyak mem'photostat' kertas latihan dan nota. Fatinah , Atikah , Atiqah dan Liza. Juga tidak dilupakan para pendidik yang berjasa dan para staff yang banyak memudahkan proses pembelajaran:

- En. Ab. Bassit
- Puan Suhaila
- Cik Amatullah
- Kak Azura
- Ustaz Tengku Saipulizan
- Ustaz Wan Tarmizi
- Prof. Danial
- Dr. Rustem
- Madam Natalia Ivanovna
- Madam Anna Vladimirovna
- Madam Tatiana Lebovna
- Miss Svetlana Goryacheva


Terima kasih semua. All the Best. May ALLAH bless you.