Khamis, 26 Mac 2009

Ji Feng


Pada zaman dahulu terdapat seorang saudagar kaya bernama Ji Feng. Beliau terkenal kerana mempunyai banyak kapal dagang serta perdagangannya berkembang ke pelusuk dunia. Ji Feng tinggal di rumah yang mewah , kehidupannya penuh dengan kemewahan dan keseronokan.

Pada satu hari dia telah pergi berlayar untuk berdagang ke kepulauan Jawa. Dalam perjalanan tersebut kapal yang dinaikinya telah dihempas oleh ombak besar menyebabkan kapalnya hancur lalu karam. Dengan izin ALLAH dia telah selamat apabila sempat berpaut pada serpihan kayu kapal.


Berhari-hari dia berada ditengah lautan. Perut mula menyanyi-nyanyi kelaparan sementara kerongkong terasa kering dan haus. Pada suatu pagi ketika Ji Feng tersedar dari tidur dia mendapati dia tidak lagi berada di lautan. Tetapi dia berada diatas sebuah katil yang keras. Di dalam sebuah bilik.

"Kamu berada dirumahku" kata seorang lelaki yang memasuki bilik tersebut apabila menyedari Ji Feng telah sedar. "Jangan takut, siapa nama kamu?" sambung lelaki itu. "Ji Feng " balasnya lemah dan pendek. "Namaku Hasan , mari kita makan , kamu terlalu lemah kerana sudah lama tidak makan, selepas makan nanti bolehlah kamu ceritakan apa yang terjadi" pelawa Hasan.

Apabila berada didepan hidangan Ji Feng berkata "Aku tidak mahu makan , makanan ini tidak sedap..berikan aku makanan yang lain." Hasan menjawab dengan tenang "Adakah kamu selalu makan makanan yang sedap?" . "Ya " jawab Ji Feng . "Adakah kamu merasa kesedapan itu lagi?" . "Tidak " jawab Ji Feng lagi. "Saudaraku ketahuilah bahawa makanan itu sedapnya hanya seketika , saat ia melepasi kerongkong kesedapan itu akan hilang, makanlah wahai saudaraku".

Ji Feng masih tidak mahu menjamah makanan . Ditenungnya ikan kering serta ulam-ulaman yang sebelum ini tidak pernah dijamahnya. Melihat keadaan itu Hasan bertanya lagi "Adakah makanan sebelum ini yang kamu makan mahal dan terkenal?" . " Makananku makanan yang berkualiti sedap dan mewah" kali ini jawapannya panjang. "Saudaraku adakah kamu kenyang apabila makan semua itu? tanya Hasan lagi. "Tentu aku kenyang" jawabnya lagi. "Maka begitu juga aku , aku juga kenyang maka dimana letaknya kemewahan itu??"

Ji Feng terdiam. Dia mula berfikir. Benar juga kata-kata orang ini. Tangannya mula menjamah makanan. Hasan tersenyum. "Sedap juga" kata Ji Feng setelah beberapa suap. Hasan tertawa. "Sedap itu bukan terletak pada harga wahai sahabatku" seloroh Hasan. Hasan makan bersama sambil mendengar cerita dan asal usul Ji Feng.

Kini Ji Feng berada di atas kapal semula. Setelah beberapa minggu di rumah Hasan dia nekad untuk mengikuti rombongan dagang balik ke negerinya. Dia bersyukur kerana ditemukan Hasan . Banyak perkara yang dipelajarinya . Dia kini sedar kemewahan bukanlah segala-galanya. Dan yang paling penting mulai saat itu dia bukan lagi Ji Feng tapi Muhammad Idris Feng.

Sabtu, 21 Mac 2009

BTN Mac 2009


Setelah hari berganti hari , minggu bertukar minggu , bulan berubah bulan dan tahun lama hilang dan muncul tahu baru tiba saatnya menempuhi kursus kenegaraan. Pada mulanya perspektif saya pada kursus ini adalah membosankan dan akan penuh dengan 'tocer' dan sebagainya.

Pendaratan kami ke Kem Bina Negara Meru pada 16 Mac disambut oleh para jurulatih yang diketuai Pak Rani dan angkatannya. Setelah diberikan taklimat bermulalah kursus kami secara rasmi. Pada awalnya kami disajikan dengan pembentangan kertas kerja yang agak membosankan namun penuh dengan maklumat dan pengetahuan. Setelah 4 kertas kerja dibentangkan fasa seterusnya adalah LDk.

Kumpulan saya telah diketuai oleh En. Zulkifli Harun sebagai fasilitator. Beliau merupakan seorang yang mahir mengendalikan LDK membuatkan kami sekumpulan tidak bosan malah bertambah gembira dan bersemangat untuk melakukan perbincangan. Ahli kumpulan yang terdiri dari kaum melayu , india , dan cina juga sangat mesra memberi kerjasama yang baik menjadikan sesi LDK bertambah lancar.

Apa yang tidak dapat dilupakan semasa sesi LDK adalah ketika sesi pengenalan dan personaliti diri. Apabila megetahui saya berasal dari sekolah agama En. Zul bertanya sekiranya saya digoda oleh perempuan di luar negara. Saya menjawab bahawa kita sebagai warga Malaysia yang beragama Islam harus mempertahankan maruah diri , agama dan negara..perlu mempunyai 'stand' dan pegangan kukuh sesuai dengan objektif kursus BTN. Suasana menjadi gamat seketika kemudian beliau mula bertanya kepada ahli kumpulan mengenai pandangan mereka. Ahli kumpulan perempuan kebanyakannya menyatakan mereka hanya percaya 30% , 40% dan 50%
. Manakala kebanyakan peserta lelaki menyatakan keyakinan mereka terhadap pendirian saya. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun saya berdoa agar ALLAH memberi kekuatan dan perlindungan kepada saya jika berjaya melanjutkan pelajaran nanti.

Saya merasakan Kursus ini sangat berguna dan bermakna . Dan sepatutnya seluruh rakyat Malaysia mengikutinya. Bagi saya ia telah memperjelaskan mengenai perlembagaan , kontrak sosial , perkara 153 , perkara disebalik Tragedi 13 Mei dan sejarah pembinaan Malaysia. Seterusnya dapat mengelakkan salah tafsir serta mewujudkan persefahaman dan keharmonian antara kaum.

Apa pun saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan jurulatih Pak Rani , Pak Meon , Pak Ja'far dan Kak Aisyah kerana sentiasa bersabar melayan kerenah kami serta tak dilupakan Tuan Syukri Adnan yang banyak memberi bimbingan dan dorongan semoga usaha Kalian dirahmati ALLAH. Begitu juga fasilitator saya En. Zul yang memberi penerangan yang mantap sepanjang sesi LDK. Ucapan terima kasih juga kepada semua ahli kumpulan satu yang begitu baik dan berkerjasama Syafiq , Loqman , Muzamel , Farhan , Spoobalan , Cheing Loo , Filzah , Khadijah , Fasihah dan Nurus sehingga berjaya meraih tempat kedua dalam pertandingan lagu patriotik. Tahniah diucapkan.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan2 di intec yang mengambil jurusan kedoktoran dan arkitek . Semoga selamat sampai ke Ireland dan UK dan semoga berjaya mencapai impian masing2. Kepada rakan2 di MIAT isnin ni kelas math selamat belajar semula.

Jumaat, 6 Mac 2009

Menunggu hujan berhenti..


"Tik..tik..tik.." ya ALLAH hujan dah turun gumam hati Faizal. Dia telah pun lengkap memakai pakaian sukan . "Ahh..hujan sekejap je ni.." desis hatinya sambil menguak pintu menuju ke bilik2 rakannya untuk mengajak mereka bermain. Setelah tension satu hari belajar Faizal bertekad melepaskan tension bermain futsal.


Pintu bilik Ikhwan dibuka. "Wan jom main futsal.." Ikhwan yang sedang menonton televisyen didepan katilnya melihat keluar tingkap dan menjawab "Ko ni dah gila ke..hujan punyalah lebat kat luar tu". "Alah sekejap je ni nanti berhenti la..kalau ko nak nanti aku mopkan padang futsal tu" balasnya tidak berputus asa. "Hahahaha.. esok je lah" balas Ikhwan.

Faizal kembali kebiliknya. Tingkap bilik dibuka sambil melihat kawasan kampus yang disirami hujan lebat. " Bilalah hujan nak berhenti.." desis hatinya dengan harapan petang itu dapatlah dia beriadah. Akhirnya dia merebahkan diri ke lantai sambil melayang-layangkan fikiran. Dia nekad mahu beriadah petang itu.

Faizal masih tak berputus asa lalu beralih kepada bilik Khasrul. Kelihatan khasrul sedang bermain message diatas katil. "Khas..jom main futsal" pelawa Faizal. "Hujan dow.." balas Khasrul tanpa mengalihkan pandangannya dari talifon bimbit.Faizal tak berputus asa. Dia mencuba pula ke bilik Marwan. Usahanya kali ini berjaya.

Akhirnya Khasrun bersetuju juga untuk menyertai melihat Marwan yang bersemangat mahu bermain. Sebelum bergerak ke padang futsal mereka singgah dibilik Kamal. Kamal juga bersetuju untuk menyertai. Hujan mula beransur reda dan dari lebat berubah renyai2. Petang itu mereka berempat bermain bersama. "Inilah masanya untuk menghabiskan sisa2 masa bermain bersama ..sebelum masing2 membawa diri.." monolog hatinya lagi.