Khamis, 26 Mac 2009

Ji Feng


Pada zaman dahulu terdapat seorang saudagar kaya bernama Ji Feng. Beliau terkenal kerana mempunyai banyak kapal dagang serta perdagangannya berkembang ke pelusuk dunia. Ji Feng tinggal di rumah yang mewah , kehidupannya penuh dengan kemewahan dan keseronokan.

Pada satu hari dia telah pergi berlayar untuk berdagang ke kepulauan Jawa. Dalam perjalanan tersebut kapal yang dinaikinya telah dihempas oleh ombak besar menyebabkan kapalnya hancur lalu karam. Dengan izin ALLAH dia telah selamat apabila sempat berpaut pada serpihan kayu kapal.


Berhari-hari dia berada ditengah lautan. Perut mula menyanyi-nyanyi kelaparan sementara kerongkong terasa kering dan haus. Pada suatu pagi ketika Ji Feng tersedar dari tidur dia mendapati dia tidak lagi berada di lautan. Tetapi dia berada diatas sebuah katil yang keras. Di dalam sebuah bilik.

"Kamu berada dirumahku" kata seorang lelaki yang memasuki bilik tersebut apabila menyedari Ji Feng telah sedar. "Jangan takut, siapa nama kamu?" sambung lelaki itu. "Ji Feng " balasnya lemah dan pendek. "Namaku Hasan , mari kita makan , kamu terlalu lemah kerana sudah lama tidak makan, selepas makan nanti bolehlah kamu ceritakan apa yang terjadi" pelawa Hasan.

Apabila berada didepan hidangan Ji Feng berkata "Aku tidak mahu makan , makanan ini tidak sedap..berikan aku makanan yang lain." Hasan menjawab dengan tenang "Adakah kamu selalu makan makanan yang sedap?" . "Ya " jawab Ji Feng . "Adakah kamu merasa kesedapan itu lagi?" . "Tidak " jawab Ji Feng lagi. "Saudaraku ketahuilah bahawa makanan itu sedapnya hanya seketika , saat ia melepasi kerongkong kesedapan itu akan hilang, makanlah wahai saudaraku".

Ji Feng masih tidak mahu menjamah makanan . Ditenungnya ikan kering serta ulam-ulaman yang sebelum ini tidak pernah dijamahnya. Melihat keadaan itu Hasan bertanya lagi "Adakah makanan sebelum ini yang kamu makan mahal dan terkenal?" . " Makananku makanan yang berkualiti sedap dan mewah" kali ini jawapannya panjang. "Saudaraku adakah kamu kenyang apabila makan semua itu? tanya Hasan lagi. "Tentu aku kenyang" jawabnya lagi. "Maka begitu juga aku , aku juga kenyang maka dimana letaknya kemewahan itu??"

Ji Feng terdiam. Dia mula berfikir. Benar juga kata-kata orang ini. Tangannya mula menjamah makanan. Hasan tersenyum. "Sedap juga" kata Ji Feng setelah beberapa suap. Hasan tertawa. "Sedap itu bukan terletak pada harga wahai sahabatku" seloroh Hasan. Hasan makan bersama sambil mendengar cerita dan asal usul Ji Feng.

Kini Ji Feng berada di atas kapal semula. Setelah beberapa minggu di rumah Hasan dia nekad untuk mengikuti rombongan dagang balik ke negerinya. Dia bersyukur kerana ditemukan Hasan . Banyak perkara yang dipelajarinya . Dia kini sedar kemewahan bukanlah segala-galanya. Dan yang paling penting mulai saat itu dia bukan lagi Ji Feng tapi Muhammad Idris Feng.

3 ulasan:

abid abdi berkata...

cerita betu ker ni??? zaman bila??

أفيق فواز بن أحمد صالح berkata...

mantop r

Fathi Baik berkata...

takdelah ni
cerita rekaan semata2
sebagai pengajaran
dan teladan.