Ahad, 12 Disember 2010

Bodoh sombong dan berjaya


Sebastian (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang rajin. Belajar siang malam. Pergi mana-mana bawa buku.Sebastian dengan buku boleh diumpamakan bagai pasangan yang hangat bercinta. Selalu melekat bersama. Dia juga tak pernah 'miss' kelas. Hormat guru. Memang lengkap lah. Namun dia tak pernah berdoa kepada ALLAH untuk memohon kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori satu iaitu sombong.

Lain pula kisahnya dengan Allen (juga bukan nama sebenar). Dapat masuk universiti kerana nasib baik. Di kelas Allen macam 'chipsmore' sekejap ada sekejap tiada. Kalau nak tengok Allen ni study memang satu usaha yang sia-sia. Tak pernah nak berusaha. Kerja rumah semua tiru. Boleh kata usaha memang 'zero percent' . Malas punya Allen nih bukan takat usaha , nak berdoa minta kejayaan pun malas. Kita kategorikan dia dalam kategori dua iaitu bodoh sombong.

Si Martin (nama samaran) juga berbeza kisahnya. Nak cerita alimnya Martin nih pagi berdoa , tengahari berdoa lagi , petang pon doa juga . Sebelum tidur pun Martin berdoa mengharap pertolongan dan kejayaan dari ALLAH. Tapi yang kurangnya Martin ini adalah usaha. Walaupun pagi petang siang malam Martin berdoa satu helai 'page' pun dia tak pernah baca. Macam mana nak baca sebab buku teks pun tak ada. Tak pinjam kat perpustakaan. Kita kategorikan dia dalam kategori tiga iaitu bodoh.

Yang tinggal adalah Robbie (juga nama samaran). Robbie nih kalau nak dikatakan pandai tak juga. Sebab selalu dapat markah average sahaja. Tapi jika dilihat usaha yang Robbie buat memang boleh tabik. Tumpuan dalam kelas seratus peratus. Balik hostel buat revision. Robbie juga sentiasa berdoa kepada ALLAH agar menerima segala peluh yang terhasil dari penat usahanya diterima ALLAH sebagai ibadah. Robbie juga berdoa agar dia dikurniakan kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori empat iaitu berjaya.

16 ulasan:

Tinta.Muallimah berkata...

salam. baguih ni....shukran

fakhrullah berkata...

Semoga kejayaan diberkati Allah.

ekin berkata...

salam fathi.

bagus entri ni

usaha + doa + tawakal kena seiring.

ada yg berjaya walaupun tak berdoa.
tu ujian dari Allah sbnrnya. wallahualam

cOmrade_Shooter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cOmrade_Shooter berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shazni berkata...

like :)

miya berkata...

:) nama tu tak menahan.

semua ni dah biase dengar but u did well. niceeeeeeeee :D

shazliza berkata...

nk jd cm org no 4 la..tgk thi lps ni aku berubh....ahahhahahaha

.::: mr IQ :::. berkata...

:)

...Nur iNsAn... berkata...

salam.. tjuk lgu di blog ana keredhaan-Mu by inteam... syukrn sudi ziarah...

Nana Farhanah berkata...

thumbs up! :)

Albo berkata...

ang bg la nama best sikit...

Syed Ahmad Fathi berkata...

Haha.Albo saya
tak reti menulis nih.Maaflah.

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam tuan, kena jd cth ni :)

MuNsYi SaMa berkata...

terasa diri macam si Martin. adeh..nak jadi Robbie la :)

sekudus hati berkata...

Assalamualaikum, anta apa khabar? Lama tak dengar khabar? Maaf, ana tak sempat nak menjawab 'lawatan' anta dekat blog ana.

Sekrang ni tgh praktikal, itu yang masih nak cuba biasakan diri dengan suasana sibuk ni. Doakn semoga ana sentiasa beroleh kekuatan....