Jumaat, 26 November 2010

Setiap saat yang berlalu


"Sedar-sedar dah pukul 5 pagi"

Mungkin itu satu dailog yang biasa bagi seseorang apabila melakukan sesuatu perkara. Atau dengan kata lain 'doing something that you enjoy'. Keadaan minda akan terasa masa berlalu dengan pantas apabila sibuk melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya ia berjalan dengan perlahan jika dihabiskan dengan tidak membuat apa-apa.Contohnya ketika menunggu sesuatu atau seseorang.Masa akan terasa panjang. Ia akan menjadi lebih panjang apabila yang ditunggu adalah sesuatu yang mendebarkan.

Namun secara realiti dan logik akal ,masa yang dirasakan lama dan pendek itu adalah sama. Jika masa menunggu sesuatu adalah 1 jam ia tetap sama 1 jam jika masa itu digunakan untuk melakukan sesuatu perkara.Tidak akan ada perubahan dari segi nilai minit dan saat yang terkandung dalam 1 jam.

Kita dapat lihat pelbagai ungkapan mengenai masa bagi mendefinisikan masa seperti "Masa adalah kehidupan" . "Time you enjoy wasting is not a wasted time". Namun dengan definisi ini kita masih belum dapat menghargai masa sebagaimana yang sepatutnya. Seperti kita tidak dapat menghargai kesihatan hingga kita jatuh sakit. Dan adakah kita akan dapat menghargai masa hanya bila kita sudah tiada masa? Dengan kata lain sudah terlambat atau dalam bahasa Inggeris "When your life is at the end , what would you feel if you were given another tomorrow?"

Isu masa sangat kritikal kerana setiap saat yang sudah terlepas mustahil dapat diraih semula.Atau dengan kata mudah "There's no second chance". Jadi pastikan ada sesuatu yang berharga dan dapat diraih seiring dengan masa yang berlalu.

"Ponder every second you have , because you'll never feel it again. You only got one shot "

13 ulasan:

Hanif Ismail berkata...

Masa berlalu dngan cepat ...pejam celik,pejam celik dah hampir 3 tahun kita tgalkan matri ya fathii

tinahamzani berkata...

there is no 2nd chance..live ur life today as there is no tomorrow..

Amin Roseli berkata...

syed boleh tak wat aku jadi admin utk bersamakitakongsi?
pastu add la writer len..

Syed Ahmad Fathi berkata...

Matnip@ huhu.matnip , boleh menangis oo kalau ingat2 balik zaman2 tuh.rindu dia tak tertahan.kadang2 aku rasa macam baru semalam je kuar dari sekolah.tak rasa pon dah tiga tahun.bila la sume boleh jumpa ramai2 lagi.hari tu reunion dah la aku miss.aduh.sedihnya.

tina@ good luck retest math!

amin@ bukan takat boleh amin.malah aku dah buat.itulah impian aku selama ni nak jadikan ramai penulis.bab jadi admin tu sapa2 nak jadi pon boleh.sama2 kongsi benda2 berguna.selamat maju jaya amin.ajak ramai2 sket.

shazliza berkata...

alaamak..liza da xde la dlm senarai yg ku cintai..liza da tkr link blog..
new one:
nursahlizamuhamatyain.blogspot.com
hahah..maaf la xde kne mengena pon ngn post kau thi..:)

miya berkata...

"Ponder every second you have , because you'll never feel it again. You only got one shot "

setiap saat yang berlalu pasti takkan kembali.
hargailah present. abadikan yang lepas.

fathi, kali ni ur post amat memerlukan pehaman tinggi. nice :)

miya berkata...

*pemahaman

Syed Ahmad Fathi berkata...

liza@ haha.maaflah liza lupa lak ko dah tukar blog.tahniah la liza dengar cite paling cemerlang retest math!

miya@ tetap taleh lawan ayat miya "hargailah present. abadikan yang lepas." mantap oh!

miya berkata...

suke perli kan? -.-"

haih

Syed Ahmad Fathi berkata...

Mana ada perli.

Haih.

.::: mr IQ :::. berkata...

Fathi yg bermulut manis...
blaja elok2!!!!

Syed Ahmad Fathi berkata...

Haha.Abg Law Nabqi.
TQ.Selamat maju jaya
buat master di UiTM!

School Of Tots berkata...

Setiap pagi kita bangun dari tidur mendekatkan setapak lagi pada titik atau garis kematian. Any action from now on should have end in mind. Hargai masa bro !!