Sabtu, 8 Januari 2011

Agar tidak menjadi debu.


Andai engkau telah sampai ke peluh yang terakhir.
Lengkapilah titisan-titisan peluh itu dengan tawakkal dan harapan.

Andai di hujung jalanmu adalah kekecewaan.
Ketahuilah bahawa setiap peluh yang terhasil tidak sia-sia.
Andai tulus niat di permulaan.

Andai esok engkau di takdirkan gagal.
Teruskanlah usahamu pada hari lusa dan seterusnya.

Andai kata engkau merasakan putus asa.
Sedarlah semula bahawa DIA sentiasa ada.

Andai dihujung jalanmu adalah kegembiraan.
Ketahuilah bahawa ia bukan dari peluh-peluh mu itu.
Tapi dari rahmat dan kasih sayang NYA.

Andai esok engkau ditakdirkan berjaya.
Jangan engkau lupa jasa mereka yang membantumu.

Moga segala yang engkau korbankan disimpul bersama ikhlas.
Kerana tanpa simpulan ikhlas usahamu bak debu.

Moga segala keputusan dapat diterima dengan simpulan redha.
Kerana simpulan redha adalah tanda keimananmu.






14 ulasan:

dayakamsani berkata...

more inspiration. good one. thanks keep up the motivating work

muaz berkata...

perghhh..
dah macam saterawan nta nie....
camner ana nak kalahkan nta lepas nie...??

Muhammad Ramadhan Mohd Lotphi berkata...

Andai esok kau melihat ku tersungkur,
mahukah kau mengapai tangan mengangkat ku kembali?
atau cemuhan dan sindiran yang akan kau beri? :)

Syed Ahmad Fathi berkata...

Bersahabatlah dengan mereka yang berakhlak dan mengamalkan Islam.
InsyaALLAH byk tangan yang akan
menyambut dikala kita jatuh.

miya berkata...

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
al ankabut, ayat 2-3

tukang teropong berkata...

kita bersandar kepadaNya bukan hanya ketika susah tetapi juga senang.

tulisan kau bermakna,bro.

3uluwwulhimmah berkata...

nice!! like it.

~MQ~ berkata...

menarik akhi..
teruskn berkarya, moga terus tsabat di atas jalan-Nya (",)

Syed Ahmad Fathi berkata...

Aish mana ada karya.
Takde bakat la menulis nih.
Sekadar nak nasihat diri dan memujuk hati.

.::: mr IQ :::. berkata...

eleh fathi.... malu plak dia...
mantop la fathi... apsal tak buat puisi dlm bhs rusia?

Syed Ahmad Fathi berkata...

Keh keh keh abg naw labqi.
Bahasa melayu pun tak habis
belajar lg apatah lg bhs asing.

hamba berkata...

nice.. thumb up!
may Allah bless you, always..

shameel Iskandar berkata...

salam ukhwah syed fathi.


. mintak izin nak copy, kata-kata ni kat fb saya.

"Andai esok engkau di takdirkan gagal.
Teruskanlah usahamu pada hari lusa dan seterusnya.

Andai kata engkau merasakan putus asa.
Sedarlah semula bahawa DIA sentiasa ada."

Syed Ahmad Fathi berkata...

Silakan silakan abg shameel.