Sabtu, 30 April 2011

Bagaimana menyentuh hati




Penerbit : Era Intermedia
Judul asal : At-Thariq ilal quluub
Penulis: Abbas As-Siisy

Buat mereka yang telah sedar. Buat mereka yang telah faham. Akan kewajipan membina semula bangunan Islam yang telah jatuh . Dengan membina semula pemuda-pemudi yang bakal menjadi batu-bata asas bangunan ini.

Maka Syeikh Abbas As-Siissy telah menulis buku indah ini sebagai bekalan , nasihat dan pengajaran kepada kita. Sarat dengan kisah-kisah yang terkesan di hati bagi menempuh jalan yang panjang ini.

Sebuah pembentangan yang menitik beratkan pentingnya kasih sayang dan cinta dalam seni membina pemuda-pemudi. Merungkai bertapa pentingnya membasahkan hati yang kering dengan siraman cinta dan kasih sayang bagi menyampaikan mesej suci.

Semoga bermanfaat.

p/s: Terima kasih Abg Zul bagi pinjam buku.Moga ALLAH redha.

3 ulasan:

Sambal Belacan Sedap berkata...

hehe.. bes2 bace buku ni.. tidak mudah menyentuh hati manusia.. tp, bila hati tu telah disentuh, iA tsiqah akan terbentuk, dakwah akan mudah disampaikan, islam akan hadir dlam diri...

Mohamadazhan hjDesa berkata...

salam tuan

macam menarik bnuku ni, insyaallah kalau ada rezeki nak cari juga =)

Syed Ahmad Fathi berkata...

@Azizan memang bukan mudah tetapi dakwah yang terkesan dihati bertahan lebih lama dan effektif.

@Azhan Wslm.Moga ALLAH temukan tuan dengan buku ini satu hari nanti.