Ahad, 10 April 2011

Tak salah menegur yang salah mungkin caranya


Mempunyai rakan, sahabat , kawan dan teman merupakan satu nikmat yang tidak ternilai besarnya. Ia merupakan sesuatu yang manis dan berharga lebih-lebih lagi jika dasar persahabatan itu adalah keterikatan dua hati yang ikhlas dan jujur bersahabat hanya untuk mencari redha ALLAH SWT.

Sebagai rakan semestinya kita ingin melihat sahabat kita sentiasa bahagia dan gembira. Bertapa bahagianya kita jika senyuman yang diukir sahabat kita itu adalah hasil usaha kita.Kitalah yang meletakkan senyuman itu di wajahnya.

Sebagai rakan juga kita harus menegur perbuatannya jika ia lari dari landasan Islam. Sebagai tanda kasih sayang ingin bercinta hingga ke syurga. Namun teguran ini haruslah kita salurkan dengan baik , tidak terburu-buru dan berhati-hati agar persahabatan yang dibina terpelihara.

Tidak wajar kita menegur sahabat kita secara terbuka sehingga mengaibkannya di hadapan orang ramai. Begitu juga tidak wajar kita menjadikan teguran itu bahan lawak dan ejekan. Seharusnya ia di selitkan dengan berhati-hati agar ia lebih berkesan dan mudah diterima.

Hayatilah bingkisan sirah bagaimana cucu kepada Rasulullah SAW ingin membetulkan wudu' seorang lelaki tua. Beliau tidak terburu-buru menyatakan kesalahan lelaki tua tersebut tetapi meminta izin lelaki tua itu memeriksa wudu'nya. Dengan itu lelaki tua tersebut dapat mengetahui cara wudu' yang sebenar tanpa ada perasaan diperkecilkan. Inilah seni memberi nasihat yang kita harus dalami.

Jika niat untuk menegur itu sudah betul maka caranya juga harus betul. Semoga kita sama-sama dapat terus merasakan kemanisan ukhuwwah.

7 ulasan:

Akmal Sabri berkata...

Semoga kita sama-sama dapat terus merasakan kemanisan ukhuwwah.

cloud9 berkata...

na tego pon kne ade cara :)

Hanif Ismail berkata...

Bersahabat kerana ALLAH,InsyaAllah hubungan akan sentiasa terjaga..:)

.::: mr IQ :::. berkata...

susahkan nak berdakwah....

~ mQ ~ berkata...

salam akhi,
nasihat yg bermanfaat,
tgk tajuk pun sudah menarik perhatian..
terima kasih. =)

~ mQ ~ berkata...

salam akhi,
nasihat yg bermanfaat,
tgk tajuk pun sudah menarik perhatian..
terima kasih. =)

albanaT berkata...

setiap orang ada cara tegurannya. dan itulah cara paling berhikmah dia mampu buat.

sebaik-baik contoh RASULULLAH s.a.w.

bnyk lagi yg kita tak tahu...T_T