Dalam buku bertajuk Diaspora Manusia Purba & Pensejarahan Maritim Kepulauan Asia Tenggara tulisan Ismail Ali yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah dan Cendekia pada tahun 2024, terdapat kesalahan fakta yang serius pada halaman 42 di mana ditulis "Perak Man yang dianggarkan berusia 74,000 tahun". Jika kita baca penulisan Prof. Zuraina Majid yang menjumpai Perak Man, dan juga jurnal-jurnal arkeologi, usia Perak Man dianggarkan hanya sekitar 10,000-11,000 tahun. Nilai yang dinyatakan oleh Ismail Ali sangat jauh tersasar dengan perbezaan sekitar 60,000 lebih tahun. Nama professor yang menjumpai Perak Man juga dieja dengan salah, bukan Zurina, tetapi sebenarnya Zuraina.
Jumaat, 14 Februari 2025
Kesilapan Usia Perak Man oleh Ismail Ali Dalam Buku Diaspora Manusia Purba
Dalam buku bertajuk Diaspora Manusia Purba & Pensejarahan Maritim Kepulauan Asia Tenggara tulisan Ismail Ali yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Malaysia Sabah dan Cendekia pada tahun 2024, terdapat kesalahan fakta yang serius pada halaman 42 di mana ditulis "Perak Man yang dianggarkan berusia 74,000 tahun". Jika kita baca penulisan Prof. Zuraina Majid yang menjumpai Perak Man, dan juga jurnal-jurnal arkeologi, usia Perak Man dianggarkan hanya sekitar 10,000-11,000 tahun. Nilai yang dinyatakan oleh Ismail Ali sangat jauh tersasar dengan perbezaan sekitar 60,000 lebih tahun. Nama professor yang menjumpai Perak Man juga dieja dengan salah, bukan Zurina, tetapi sebenarnya Zuraina.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan