Maksud & Konsep Ideologi
Ideologi
adalah sistem pemikiran atau kepercayaan (belief system) yang mana dengan
sistem ini seseorang melihat dunia ataupun kita panggil worldview. Dengan
ideologi seseorang itu mentafsirkan aspek-aspek kehidupan seperti agama,
politik, ekonomi, susun atur sosial dan lain-lain.
Sebagai
contoh dalam aspek ekonomi. Seorang yang berideologi free-market capitalism
akan mencorak ekonomi dengan menghapuskan halangan-halangan dalam ekonomi
seperti tariff, melonggarkan peraturan, dan sebagainya. Ideologi komunis pula
mungkin menghapuskan pegangan harta, dan ekonomi ditadbir dan diurus oleh
central-planning. Ideologi sosialis pula mungkin akan menetapkan polisi-polisi
untuk mengurangkan jurang pendapatan, menaikkan cukai orang kaya untuk diagih
kepada golongan miskin, apa yang disebut sebagai welfare state. Ideologi Islam
pula mungkin cuba membina ekonomi tanpa riba, memperkasa sistem zakat sebagai
sistem pengagihan harta.
Begitu
juga dalam politik, contohnya di Malaysia kita ada parti-parti politik yang
berasaskan ideologi. Ada yang ideologi partinya secularisme, ada yang
berdasarkan sosialisme, ada nasionalisme, ada juga parti-parti Islam. Mungkin
parti Islam di Malaysia kita boleh pecahkan lagi kepada yang ideologinya progresif, dan ada juga yang lebih konservatif.
Walaupun
liberal di Malaysia sering dipandang dalam konotasi negatif. Maksud liberal
secara umum adalah kebebasan dari perkataan liberty. Dalam Islam sendiri ada
nilai-nilai kebebasan, contohnya Islam membebaskan perhambaan sesama manusia
kepada perhambaan pada tuhan, ini adalah nilai liberal. Dalam sejarah juga
Islam menjadi asas pembebasan dari penjajah, membebaskan manusia dari sifat
jahiliyah kepada masyarakat ilmu. Ini semua adalah nilai liberal. Jadi setiap
orang mungkin mempunyai definisi liberal yang berbeza.
Liberalisme boleh kita definisikan sebagai ideologi yang berteraskan nilai-nilai seperti
hak-hak sivil, demokrasi, sekularisma, kesamaan gender, kesamaan kaum,
internasionalisma, kebebasan bersuara, kebebasan agama, dan pasaran terbuka.
Tak kesemua nilai-nilai ini bertentangan dengan Islam.
Kesamaan
kaum sebagai contoh, tidak bertentangan dengan Islam. Islam datang dan
menghapuskan amalan assobiyah kaum kepada kesaksamaan dalam Islam, yang membezakan
manusia adalah taqwa. Ada juga nilai yang bertentangan, contohnya kesaksamaan
gender. Islam tidak beri kesamaan gender seperti definisi liberal, tetapi Islam
memberi keadilan gender yang mana setiap gender ada hak dan tanggungjawab
masing-masing yang diiktiraf.
Ideologi
tidak bersifat material, jadi melawan ideologi perlu dengan ideologi. Antara
buku yang sangat baik dalam membahaskan isu Islam Liberal ini adalah buku
tulisan Dr. Ugi Suharto dari UIAM yang bertajuk Pemikiran Islam Liberal – Perbahasan Isu-isu Sentral terbitan Dewan
Pustaka Fajar.
Usaha mengawal perkembangan Islam liberal
Malaysia
adalah satu negara yang unik, dimana Islam diiktiraf dalam perlembagaan secara
khusus dan terang. Perkara ini sangat penting kerana Islam boleh wujud dalam
bentuk institusi, kita ada Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Islam, Mufti,
bahkan Menteri khusus untuk agama Islam. Jadi sebarang usaha untuk mengubah
Malaysia sebagai negara sekular perlu melepasi halangan besar pertama ini.
Dengan
Islam wujud dalam bentuk institusi, Islam dapat dipelihara dengan
penguatkuasaan dan ada legal standing,
ini berbeza dengan negara jiran kita yang mana Islam tidak disebut secara jelas
dalam perlembagaan. Indonesia sebagai contoh dalam perlembagaannya iaitu
Undang-Undang Dasar 1945 (1) tidak menyebut Islam dengan jelas. Ada frasa “dengan kewajiban menjalankan syariat Islam
bagi pemeluk-pemeluknya” dalam preamble asal, tapi kemudiannya dibuang (2). Di
Indonesia ada Majlis Ulama Indonesia (MUI), yang boleh mengeluarkan fatwa
(ruling) tetapi tidak legally binding.
Jadi
dengan adanya pengiktirafan rasmi dalam perlembagaan dalam Perkara 3 yang
menyebut “Islam ialah agama persekutuan” (3), institusi-institusi agama Islam di Malaysia boleh mengawal penyebaran
fahaman-fahaman yang bertentangan termasuk fahaman Islam liberal. Majlis Agama
Islam Selangor sebagai contoh melalui kerajaan negeri Selangor mewartakan pada
tahun 2014 bahawa fahaman liberalisme dan pluralisme adalah sesat dan menyeleweng
dari ajaran Islam (4), fatwa ini turut mengishtiharkan bahawa Sisters in Islam
(SIS) sebagai sesat, yang mana kemudian SIS mencabar MAIS di mahkamah agar
fatwa ini dibatalkan (5).
Selain
penguatkuasaan institusi agama, di Malaysia juga kita ada pelbagai gerakan
Islam yang menentang pemikiran ini menerusi pendidikan, wacana, diskusi dan
pelbagai medium lain. Juga institusi pengajian tinggi, universiti, juga
memainkan peranan dalam memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan dengan
kefahaman Islam yang sebenar.
Nota: