Gambar
hiasan: Paris Commune 1871, dimana pekerja memerintah selama 2 bulan selepas
Perancis kalah kepada tentera Prussia.
|
Ramai
orang berfahaman bahawa materialisme membawa maksud kecintaan pada dunia, sifat
yang suka pada harta dan kebendaan. Namun sebenarnya definisi materialisme
bukanlah terhenti secetek itu, ia mempunyai maksud yang lebih luas.
Membaca
analisa Paul D'Amato, beliau menghuraikan maksud materialisme dari perspektif
marxis. Iaitu untuk terjadinya perubahan sosial ia memerlukan kondisi material,
bukan hanya teori abstrak atau penyebaran idea. Marx menulis "The
philosophers have only interpreted the world, in various ways. The point,
however, is to change it". Ia bukanlah seruan meninggalkan teori atau
kerangka pemikiran, tetapi pergi lebih jauh dengan amal perbuatan.
Apa
yang dimaksudkan dengan kondisi material diperlukan untuk perubahan?
Ambil
contoh, mahasiswa yang keluar dari institusi pengajian tinggi saban tahun yang
tidak dapat pekerjaan dan menganggur. Menteri mengatakan mereka tidak mempunyai
sifat keusahawan, malas, tidak mampu berdikari. Ia merupakan falasi yang
kononnya jika mahasiswa berubah menjadi rajin dan berdikari dia tiba-tiba akan
ditawarkan kerja, perubahan berlaku kononnya dengan perubahan fikiran.
Materialisme
menolak hujahan cetek ini, untuk perubahan berlaku ia memerlukan kondisi
material, contohnya pembukaan kilang, penubuhan syarikat, membawa masuk
industri dan pelaburan, material diperlukan untuk perubahan bukan sekadar
mainan minda.
Contoh
lain yang lebih mudah adalah seseorang yang terdampar di pulau yang tidak
mempunyai makanan. Dia tidak mampu hidup hanya dengan mencipta teori kenyang di
dalam minda, tetapi dia memerlukan makanan yang bersifat material seperti
beras, karipap, atau roti nan cheese.
Oleh
sebab itu, salah satu battle cry bagi Revolusi Oktober Rusia 1917 adalah roti! (1) Kerana tanpa material asas seperti makanan, slogan-slogan seperti hak sama rata
hanya membawa erti setiap rakyat akan secara sama rata mati kebuluran.
Rujukan:
1. "Keamanan, tanah, dan roti!" di dalam buku The Meaning of Marxism yang ditulis oleh Paul D'Amato di bawah tajuk Russia: The God That Failed? mukasurat 165 terbitan Haymarket Books, 2014.
Rujukan:
1. "Keamanan, tanah, dan roti!" di dalam buku The Meaning of Marxism yang ditulis oleh Paul D'Amato di bawah tajuk Russia: The God That Failed? mukasurat 165 terbitan Haymarket Books, 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan