Sebuah empayar besar Di Euro-Asia terbubar Dari Gorbachev takhta diberi kepada Yeltsin Begitu dunia berubah sepertiupan angin.
Di antara tahun-tahun yang berkecamuk itu Aku diberi Tuhan sebutir nyawa dari seorang ibu Di sebuah ibukota Di sebuah negara yang merdeka.
Apalah yang aku tahu perihal dunia ini Aku hanya menurut kesana kemari Membesar dengan melihat-lihat Negaraku sihat berkembang pesat.
Sembilan puluh lapan aku masih di ibukota Melihat pertiwi yang bersengketa Askar hitam berhelmet merah Dengan baton memukul marah Ada peristiwa yang menggegarkan negara Namun aku terlalu kecil untuk bertanya.
Apabila aku sudah layak Meletakkan suara di dalam kotak Aku masih melihat sengketa sama Pelakon-pelakon tua mengemudi negara Dengan drama dan segala nista.
Apabila naik mereka angkuh Mengutuk yang kalah sebagai bodoh Kerana percaya pada kemenangan tertangguh.
Namun Tuhan Punya perancangan lebih ampuh Kemenangan angkuh itu tidak utuh Akhirnya tanpa angin rebah sendiri jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan