Isnin, 19 Januari 2009

Budak itu.




Budak itu menghembuskan asap yang disedutnya . Lalu berkepul asap memenuhi ruang udara tandas mencari-cari ruang agar mereka dapat bebas ke angkasa. Kemudian gulungan ditangannya disedut lagi tapi kali ini sedutannya agak panjang menambahkan lagi kepulan asap tadi. Benda itu kemudian dilempar ke lantai dan dipijak. “uhhuk..” Aku terbatuk. “Argh..pegi tandas lain je lah” gumam hatiku.

Budak itu memecut laju. Motorsikalnya telah diubah suai agar dapat bergerak lebih pantas , body motornya juga telah di ‘make up’ agar tampak bergaya. Terus saja dia menyelit dengan laju. Ternyata dia begitu cekap. “pooonn !!” terdengar bunyi hon pemandu kereta yang terkejut dengan tindakanya. Terus saja dia mengangkat tayar hadapan motorsikalnya sebagai tindak balas terhadap pemandu tadi. “Fuhh..tak bahayakah begini..” gumam hatiku.

Budak itu berpakaian ketat. Rambutnya tidak didedahkan namun bajunya yang singkat menampakkan pusatnya. Tangannya menggenggam erat tangan teman lelakinya. LRT terus meluncur diatas rel ke destinasi seterusnya namun gelagat mereka seperti mereka berada dirumah mereka sendiri dan orang lain seperti tidak wujud. “Tak senonoh betul” bisik seorang pakcik tua disebelahku kepada isterinya. “Ish..tak malukah diorang ni..” gumam hatiku.


Setiap hari aku melihat generasi muda seusia dengan ku. Aku melihat mereka dengan harapan mereka dapat bersamaku nanti bersama membina kegemilangan. Tolehan demi tolehan aku melihat. Aku cuba melihat dari pelbagai sudut. Dari pelbagai situasi. Dari pelbagai institusi dan lokasi. Bencana apakah ini?

Words to share



Frankly I want to share many things with all my readers. But my time is very limited and I have to deal with many more commitments. This is some words that I got from one occasion that I attend. Although it is very tiny and small hope it will give a little gain to you.


“Mistakes or Success, which is the best teacher?” -For sure mistakes will teach you, learning from them will bring you to the next level.


“Speak from you heart” –Always be sincere.


“Your smiles will melt peoples heart” - So smiles always!

Sabtu, 10 Januari 2009

Rapat Umum Selamatkan Gaza 10 Januari 2009

Rapat Umum yang diadakan di Stadium Melawati , Shah Alam ini menunjukkan semangat dan sifat perpaduan rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Laknatullah ke atas penduduk bumi gaza.



Penaklukan dan pendudukan haram ini merupakan antara jenayah kemanusiaan terbesar dalam sejarah. Keadaan bertambah buruk apabila pemimpin2 boneka di negara arab bukan sahaja tidak membantu perjuangan Hamas bahkan memberi bantuan kepada Yahudi laknatullah
melakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka bukan sahaja mengkhianati penduduk
gaza dengan tidak memberi tahu lebih awal rancangan serangan bahkan menutup pintu sempadan negara bagi menghalang bantuan makanan dan ubat-ubatan sampai ke Gaza.




Setelah sekian lama mereka membekalkan air bersih dan gas asli ke Negara haram Israel. Mereka tetap menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan negara bukan Islam seperti Venuesvela telah menghalau kedutaan Israel. Tidakkah mereka berasa malu??




Rapat umum kali ini disertai persatuan-persatuan Islam dan parti politik antaranya Haluan, Abim , Isma , Umno , Pas dan Pkr. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Maslis diakhiri dengan doa oleh imam besar Masjid Shah Alam.

Perarakan Bantahan Kekejaman Israel 9 Januari 2009




Alhamdulillah pada 9 Januari 2009 saya sempat bersama rakyat malaysia berarak di Jalan Tun Razak bagi menyatakan bantahan kepada kekejaman zionis terhadap saudara2 kami di palestin.Walaupun usaha ini hanya usaha kecil dan mungkin dianggap tidak memberi kesan.
Namun inilah sekadar apa yang termampu dan mungkin lebih baik dari orang2 yang hanya
berkata2 tapi langsung tidak melakukan apa2.



Pada demonstrasi ini juga dilancarkan kempen memboikot barangan USA dan Yahudi bagi menandakan sokongan rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan barisan Mujahid Hamas di sana.Walaupun bilangan yang membanjiri Jalan Tun Razak tidaklah begitu ramai tetapi golongan yang hadir merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan mahasiswa dan mahasiswi yang turut perihatin terhadap saudara seakidah mereka.Semoga ALLAH menerima usaha kecil ini sebagai ibadah dan memberi kemenangan kepada sahabat Hamas yang sedang berjuang..Ameen.

Rabu, 7 Januari 2009

Maafkan Aku Palestina


Aku hanya mampu menangis disini
Sambil mengirim doa
Sedang kalian menangis disana
Bersama darah dan nyawa
..
Mereka membunuh tak terkira kanak-kanak
Orang awam juga mereka tembak
Dan Amerika menuduh kamu memberontak
..
Sedang yahudi itu terus membedil
Dan membinasakan tempat tinggal
Peluru dan roket mereka tidak kenal rumah dan hospital
..
Darah yang mereka tumpahkan bukan setitik
Nyawa yang melayang bukan seorang
Namun aku yakin kalian tidak akan pernah berhenti berjuang
..
Kebodohan kini melanda dunia
Mahkamah dunia juga bisu tak bersuara
Pemimpin dunia pula memekakkan telinga
..
Hatiku sebak tiap kali menatap berita
Tidak tertahan rasanya linangan air mata
..
Dimanakah pemimpin-pemimpin negara Islam?
Yang mana minyak dunia mereka genggam
Dimana pula pemimpin-pemimpin arab?
Yang selama ini kononnya boleh diharap
..
Ya ALLAH turunkanlah pemimpin-pemimpin yang bodoh ini
Yang menjadi boneka yahudi
Yang menjual nyawa Muslim untuk duniawi
..
Keluarkanlah Salahuddin Al-Ayubi sebagai pengganti mereka
Atau Umar yang berani laksana singa
Bagi membela saudaraku disana
..
Maafkanku saudaraku
Aku tak bisa ke sana
Hatiku resah memikirkanmu disana
..
Tapi yakinlah saudaraku
Sesungguhnya ALLAH maha mendengar dan tahu
Bersabarlah
Dia pasti akan menghancurkan yahudi itu!

Khamis, 11 Disember 2008

My inbox is full


Disebabkan message storage dalam handphone yang kecil
saya perlu delete banyak message yang kawan2 dan ahli keluarga hantar.
My handphone can only store about 120 messages ,
disebabkan saya tak suka delete message
...inbox selalu full dan message tak boleh masuk .
So , nak tak nak kena delete jugaklah. Banyak jugak massage yang best2
jadi sebelum di delete saya nak share some of it:



From : Tengku Fahmi ~26 May 2008
Massage:
"Ya ALLAH, kiranya RasulMU hidup bersahabat
kurniakan jua aku sahabat, biarlah sahabat dari lorong2 yang membenarkanMU seperti kebenaran As-Sidiq. Biarlah sahabat2 dari pintu2 ilmuMU seperti Ali. Ya ALLAH, kiranya semua itu tak layak buatku, Aku bersyukur dipertemukan sahabat yang satu ini...mungkin padanya letaknya apa yang aku impikan selama ini..Tapi , jika aku seorang sahabat yang tidak menghargai, KAU ampunkan dosaku..dan KAU kurniakan kegembiraan kepada sahabatku."

From : Imran Mohamed~27 May 2008
Message:
"Kemanisan persahabatan akan terpancar daripada manisnya IMAN . Bukan kerna aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. Saling menegur kearah kebaikan kerana tak mahu berpisah di hari PEMBALASAN"

From : Fazril Akmal~28 May 2008
Message:
"Nafsu, kau ibarat singa yang mengganas , tidak pernah berputus asa untuk mencapai hasratmu. Imanku kau robek, akalku kau tunggangi. Mencari 1000 dalih bagi membenarkan perbuatanmu. Wahai imanku perkuatkanlah dirimu dengan zikir dan taubat, supaya kau tak dirobek oleh nafsu yang mengganas. Jadilah kau panglima yang cekal dalam melawan nafsu supaya ia dapat ditundukkan"

From : Izzat Ibrahim~3 July 2008
Massage:
"Saidina Ali Abi Talib : Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."

From : Ibuku Sayang~18 July 2008
Message:
"Tazkkerah: 'Dan apabila hambaKU bertanya kepada engkau tentang halKU, maka sesungguhnya AKU hampir. AKU memperkenankan doa orang yang meminta kepadaKU, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKU , serta beriman kepadaKU, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk' (2:186) "

From: Afiq Fawwaz~25 July 2008
Message:
"Bersahabat dengan ahli ibadah kadang2 membuat diriku terasa hina, bersahabat dengan ahli maksiat kadang2 membuatkan diriku menjadi hina, namun jika aku menjauhi ahli ibadah maka jauhlah aku dari dakwahnya, dan jika aku menjauhi ahli maksiat maka jauhlah aku untuk berdakwah kepadanya. Kerana itu aku perlu sentiasa menjadi hamba yang hina dihadapannya"

From : Tarmizi~12 August 2008
Message:
"Dalam kita melangkah terkadang kita diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menyulam kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan . Semoga kita tabah dan ditetapkan iman."

From : Akmal Sabri~16 August 2008
Message:
"Hatim Al Asham berkata ' Barangsiapa mengakui 4 hal tanpa ada 4 hal yang lain maka pengakuannya adalah dusta (1)Mengaku cinta ALLAH tapi tidak berhenti dari maksiat dan hal2 yang diharamkan ALLAH maka itu dusta (2)mengaku cinta Rasul tapi benci kaum fakir miskin maka itu dusta (3)mengaku cinta syurga tapi tidak mahu bersedekah maka itu dusta (4)mengaku takut siksa neraka tapi tidak berhenti berbuat dosa maka itu dusta'. Wahai sahabatku yang aku sayangi renungkan diri kita ini setakat mana. Sekian dari sahabatmu yang hina ini"

From : Radhi Abdul Rahman~17 September 2008
Message:
"Barang siapa AKHIRAT menjadi obsesinya , ALLAH menjadikan hatinya kaya, melancarkan semua urusannya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan barangsiapa DUNIA menjadi obsesinya , ALLAH menjadikannya miskin , mengacaukan semua urusannnya dan dunia datang kepadanya seperti ditakdirkan untuknya..(Riwayat At-Tarmizi). Jadi yakinlah . Pesanan ana untuk diri ana dan anta sebagai sahabat."

From : Khairul Izhar~10 Oktober 2008
Message:
"Renungkanlah wahai sahabatku . Dalam hati ibu berkata ' Pergilah anakku, belajarlah bersungguh-sungguh , jangan engkau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan , ibu tidak menghantar kamu ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu kerana kamu anak ibu.'
Dalam jiwa ayah pula berbisik 'Anakku..ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tak pernah lupa nama yang kamu bawa dihujung namamu , hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan..Anakku SELAMAT BERJUANG!' Kenangilah mereka dalam setiap yang akan kita lakukan wahai sahabat. Kata ibu dan ayah ' Namun andai kata kejayaan yang diharapkan tak mampu kamu capai, walau kamu telah berusaha bersungguh-sungguh..tak mengapa anakku , keperibadian syahsiah kamu yang lebih utama. Serta tidak melupakan jasa kami. Andai kata kami tiada lagi di dunia ini, engkaulah yang kami harapkan . Doa dan amal jariah untuk kami , jagalah maruahmu anakku , sesungguhnya syurga kamu terletak diatas keredhaan kami dan ALLAH..amiin"


Semoga bermanfaat kepada semua.

Sabtu, 6 Disember 2008

Temanku Semuer

Teringat waktu mula bersamer
Saling malu bertegur saper
Selepas lima tahun bersamer
Rasa macam ahli keluarger

Sekarang jarak memisahkan kiter
Setelah sekian lama tidak berjumper
Walau tidak nampak dimater
Harap kalian sihat sejahterer

Gurauan perlu bagi kiter
Mengekalkan kemesraan yang sedia ader
Selagi batasan islam kita jager
Harap ALLAH meredhai kiter

Sudah lama x bersuer
Ada yang tinggal di lain benuer
Walau dimana korang berader
Harap doa tidak diluper

Tegur menegur tiada salahnyer
Malah berguna bagi manusier
Apa gune hidup didunier
Kalau diakhirat kita meraner

Dalam kiter mengejar dunier
Masa depan akhirat jangan kita luper
Pandai2 lah bahagi maser
Pesan sayer kepada semuer.

Buat salah pun kiter bersamer
Dimarah guru perkara biaser
Kepada sume member member
Harap kalian jadi orang yang berguner.

Ingatlah sahabatku semuer
Hidup didunia sekejap jer
Gunekanlah maser sebaiknyer
Agar tidak menyesal disaner

Kini tinggal kenangan semue nyer
Waktu indah kita bersamer
Saat meniti usia remajer
MATRI menggamit memori kiter

Kita bersamer hidup di dunier
Harap diakhirat pun boleh bersamer
MATRI memang kenangan bahagia kita bersamer
Saya mmg rindu sangat kat kalian sumer.

Ahad, 30 November 2008

Paint My Life

Once I lived in a small dark world
There is no light
Only pain and loneliness
Then I saw a small white light
As I get closer a few hands hold me
They bring me to a new life
Life colored by lough and smiles
Full of sound and meanings
They are my family and friends
With them I know who I am
I know who my God
And I know what my life value for.

Kembali melihat diri.

Setelah meninggalkan alam persekolahan kini tiba masanya kita melayari kehidupan tanpa kongkongan dari guru2, pengawas, warden mahupun ibubapa. Di mana kita sendiri yang perlu mengatur waktu tanpa ada laungan siren dan jeritan warden , menyusun program bagi memenuhi waktu2 senggang dan berusaha mencapai impian dengan jalan yang kita sendiri pilih.







Persoalannya , sepanjang langkah yang kita ambil selepas meninggalkan alam persekolahan sejauh mana tahap keimanan kita?? Adakah berbaloi hidup kita yang sebentar ini dihabiskan dengan mengejar diploma?? Ijazah?? Adakah masa depan akhirat berbaloi digadai dengan semua ini??Atau dihabiskan dengan keseronokan?? Kemanakah semua panduan dan pedoman yang selama ini diberikan??


Di sinilah sebenarnya kita harus bertanya kepada diri sendiri. Bertanya dengan ikhlas kepada sudut hati kita yang paling dalam sejauh mana kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH S.W.T? Bagaimana kita ingin berhubung dengan manusia sekiranya hubungan dengan ALLAH S.W.T tidak kita jaga? Bagaimana kualiti solat kita??





Sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Tetapi sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan adalah orang2 yang bertaubat. Ayuh kita berkira-kira semula dalam 24 jam yang ALLAH berikan berapa banyak yang kita peruntukkan bagi membeli masa depan kita di akhirat.



Tidakkah kita malu kepada ALLAH yang memberikan kita nikmat penglihatan dan kita menggunakannya bagi memuaskan hawa nafsu. Kesihatan yang dikurniakan digunakan untuk memuaskan nafsu. Masa yang diberikan diwaktu muda tidak digunakan bagi bagi membela agama. Lidah yang dikurniakan tidak basah dengan zikir dan kelu membaca firman2NYA.



Kita bersungguh-sungguh bangun awal menyiapkan diri untuk menghadiri kuliah. Tapi subuh kita dimana?? Dimanakah keberkatan ilmu sekiranya fardhu tidak dijaga?? Adakah solah berseorangan sama nilainya dengan nilai memenuhkan saff disurau?? Ketahuilah salah satu kumpulan yang akan mendapat naungan ALLAH dimana hari yang tiada naungan selain naunganNYA adalah pemuda yang hatinya terikat dengan masjid.







Marilah kita nilai kembali hari2 yang kita lalui di IPT. Marilah kita atur semula kehidupan kita ,ayuh kita jadualkan semula tilawah Al-Qur'an kita menyusun semula langkah ke surau yang selama ini tidak konsisten. Marilah kita beristiqamah dalam menjaga hubungan kita dengan Al-Khaliq agar seluruh kehidupan kita diredhai dan semoga kita akan mendapat janji syurga ALLAH di akhirat nanti. Ketahuilah bahawa ALLAH tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Isnin, 3 November 2008

Sahabatku pergi lagi

Setelah Fawwaz , Abdul Muhaimin pula berlepas ke Tanah Mesir bagi menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Bersamanya adalah Imran Mohamed abang kepada Muslim Mohamed yang turut menyambung pelajaran ke sana.Alhamdulillah sebelum Muhaimin berlepas saya bersama Radhi dan Luqman sempat melawatnya.

Dari kiri Luqman , Imran , Saya , Radhi dan Muhaimin. Kemudian yang terbaru adalah Abdullah Luqman yang berlepas ke Sudan . Waktu hantar Albo paling meriah sekali sebab ramai yang turun. Antara yang hadir Tengku Fahmi , Najmi , Afifi , Qayyim Hamdan , 'Afif , Ihsan Zakaria , Aiman Mahzuz , Umar Muhajir , Amin Roseli , Syahmi dan tidak dilupakan Muslim . Semoga Sahabat yang belajar diluar negara sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH S.W.T.

Sabtu, 30 Ogos 2008

ALLAH tahu apa yang terbaik buatmu.


Fitrah manusia menyukai dan membenci sesuatu. Kadang2 kita mempunyai sesuatu yang amat kita sayangi. Mungkin ia merupakan gambar bersama teman2 yang tidak mungkin masa dapat berputar semula bagi kita memberhentikan saat itu didalam sekeping gambar.


Kita akan merasa sungguh sedih apabila benda yang disayangi itu hilang dari tangan kita. Pada waktu itulah kita akan merasa sangat sedih. Namun yakinlah dengan ALLAH S.W.T kerana DIA MAHA MENGETAHUI. Mungkin apa yang kita sayangi itu tidak baik untuk kita.


Allah SWT berfirman mafhumnya:”…. dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)


Oleh itu jangan lah kecewa dan sedih apabila kehilangan sesuatu. Redhalah dengan Qada' dan Qadar. InsyaALLAH kita akan mendapat apa yang tidak kita jangkakan berkat dari kesabaran kita , sesungguhnya ALLAH MAHA PEMURAH dan MAHA PENYAYANG. Yakinlah dengan ALLAH kerana DIA mengetahui apa yang terbaik buatmu.-Wallahualam.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Semoga Perantauan Kalian Diredhai ALLAH

Alhamdulillah setakat ini dah 6 orang sahabat telah melanjutkan pelajaran ke Luar negara dan telah sampai ke destinasi Masing2. Bermula dengan Rijal , Hamdi , Syafiy dan Rahimi bertolak ke Syria. Kemudian diikuti oleh Saudara Annas bin Norkefli pada 2 August 2008 ke Mesir. Dan yang baru menyusul ialah Saudara Afiq Fawwaz yang melanjutkan pelajaran ke Jordan pada 26 August 2008 dibawah tajaan JPA.

Anas Norkefli




Rahimi, Hamdi , Syafiy dan Rijal di Jame'k Muawi


Tetapi semasa menghantar Fawwaz x sempat nak bersalaman kerana dibatasi kelas pada sebelah petang.Namun, Alhamdulillah sempat juga melihatnya dan mengucapkan selamat jalan.




Ucapan Selamat Jalan





Fawwaz tiba di destinasi.




Apa2 pun semoga kalian dirahmati ALLAH selalu dan walau apa pun bidang yang anda ceburi semoga dipermudahkan dan diberi kejayaan oleh ALLAH swt.

Selasa, 26 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak


Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

Sabtu, 23 Ogos 2008

Have a Go0d Start.


Untuk mendapatkan hari yang cemerlang dan optimum permulaannya juga perlulah cemerlang. Mulakan lah hari anda dengan bangun diawal pagi. Puji lah ALLAH dengan berdoa dan bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang bagi beribadah.


Bersihkanlah diri dan tunaikanlah solat sunat. Bagi menjadikan hari anda diberkati solahlah Subuh secara berjemmah dan bacalah beberapa pot0ng ayat Al-Qur'an bagi menenangkan hati dan mententeramkan jiwa.
Berdoalah kepada ALLAH agar hari itu menjadi hari yang cemerlang dan diterima sebagai hari yang akan memberatkan timbangan kebaikan dia Akhirat nanti.

Dan jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi! Semoga Anda diberkati ALLAH sepanjang hari.

Ahad, 10 Ogos 2008

Jangan biarkan kepedihan memadamkan impianmu!!


Setiap manusia mempunyai impian..malah jika ditanya kepada anak kecil mengenai cita2nya

tentu saja dia petah menyebut profesion2 yang begitu glamour seperti askar,pilot,doktor dan sebagainya walaupun sebenarnya anak itu tidak pun mengerti apa skop tugas profession tersebut.


Bukan mudah untuk meriealisasikan sebuah impian..ia memerlukan pengorbanan dari pelbagai aspek meliputi masa tenaga mahupun keseronokan hidup.Namun jika kita seorang muslim yang sedar akan tanggungjawab yang di pikul maka segala kepahitan itu akan terasa begitu manis..dan lebih manis lagi jika ALLAH mengira pengorbanan kita sebagai amal soleh.Oleh itu perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah mengikhlaskan niat sebelum berusaha.DAN usaha yang kita lakukan perlulah disertakan dengan tawakkal kepada ALLAH S.W.T.


Tidak salah untuk bercita2 tinggi. Neil Armstrong sendiri tidak pernah terfikir bahawa dia akan menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan. Lebih2 lagi kita sebagai orang Islam perlu memiliki impian kerana kegemilangan ISLAM telah terpadam. Ketahuilah bahawa kitalah yang akan menyinari semula dunia ini dengan cahaya ISALAM dengan usaha kita.


Jadi walau dimana pun medan kita walau dimana ALLAH mentakdirkan kita berada jangan lah mudah perputus asa. Sentiasalah mengingatkan diri bahawa segala usaha ikhlas kita ini akan diganjari ALLAH diakhirat kelak.


Perlu juga diingat bahawa impian kita tidak boleh berhenti hanya didunia. Sesungguhnya dunia ini tidak kekal. Jadikanlah dunia ini sebagai ladang menyemai benih2 amalan , bajailah ia dengan keikhlasan dan siramilah ia dengan istiqamah yang mana hasil tanaman ini akan dipetik diakhirat nanti. Janganlah kita menjadi 0rang2 yang rugi yang menjual akhirat dengan dunia.


Riak dan ujub juga perlu dijauhkan dalam berusaha mengejar impian. Gantilah perasaan ini dengan merasakan kekerdilan kita berbanding ALLAH yang MAHA AGUNG .


Akhir kalam semoga segala impian kita akan tercapai dengan izin ALLAH . Kita juga berharap agar usaha2 kita ini dapat membawa sinar kegemilangan ISLAM yang telah lama terpadam. Jangan biarkan kepedihan dan kepahitan memadamkan impian dan cita2mu. -WALLAHUALAM.