Isnin, 19 Januari 2009

Budak itu.




Budak itu menghembuskan asap yang disedutnya . Lalu berkepul asap memenuhi ruang udara tandas mencari-cari ruang agar mereka dapat bebas ke angkasa. Kemudian gulungan ditangannya disedut lagi tapi kali ini sedutannya agak panjang menambahkan lagi kepulan asap tadi. Benda itu kemudian dilempar ke lantai dan dipijak. “uhhuk..” Aku terbatuk. “Argh..pegi tandas lain je lah” gumam hatiku.

Budak itu memecut laju. Motorsikalnya telah diubah suai agar dapat bergerak lebih pantas , body motornya juga telah di ‘make up’ agar tampak bergaya. Terus saja dia menyelit dengan laju. Ternyata dia begitu cekap. “pooonn !!” terdengar bunyi hon pemandu kereta yang terkejut dengan tindakanya. Terus saja dia mengangkat tayar hadapan motorsikalnya sebagai tindak balas terhadap pemandu tadi. “Fuhh..tak bahayakah begini..” gumam hatiku.

Budak itu berpakaian ketat. Rambutnya tidak didedahkan namun bajunya yang singkat menampakkan pusatnya. Tangannya menggenggam erat tangan teman lelakinya. LRT terus meluncur diatas rel ke destinasi seterusnya namun gelagat mereka seperti mereka berada dirumah mereka sendiri dan orang lain seperti tidak wujud. “Tak senonoh betul” bisik seorang pakcik tua disebelahku kepada isterinya. “Ish..tak malukah diorang ni..” gumam hatiku.


Setiap hari aku melihat generasi muda seusia dengan ku. Aku melihat mereka dengan harapan mereka dapat bersamaku nanti bersama membina kegemilangan. Tolehan demi tolehan aku melihat. Aku cuba melihat dari pelbagai sudut. Dari pelbagai situasi. Dari pelbagai institusi dan lokasi. Bencana apakah ini?

3 ulasan:

Fawwaz Saleh berkata...

baca mula2 ingatkan nak buat cerpen..

tapi xpa bagus2

sensitif dgn masyarakatkn antara syarat jd da'ie

Unknown berkata...

walaupun ringkas..
tapi tetap mampu membuka ruang fikiran untuk berfikir..
ahh,.!! jelesnye aku.
kurangnye aku dapat lihat masalah yang melanda masyarakat..

Muhammad Nur Khalis berkata...

wah... karya anda persis cerpen ....ayat bagaikan novel-novel cinta yg berada di pasaran......tahniah....