Isnin, 3 November 2008

Sahabatku pergi lagi

Setelah Fawwaz , Abdul Muhaimin pula berlepas ke Tanah Mesir bagi menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Bersamanya adalah Imran Mohamed abang kepada Muslim Mohamed yang turut menyambung pelajaran ke sana.Alhamdulillah sebelum Muhaimin berlepas saya bersama Radhi dan Luqman sempat melawatnya.



Dari kiri Luqman , Imran , Saya , Radhi dan Muhaimin.


Kemudian yang terbaru adalah Abdullah Luqman yang berlepas ke Sudan . Waktu hantar Albo paling meriah sekali sebab ramai yang turun. Antara yang hadir Tengku Fahmi , Najmi , Afifi , Qayyim Hamdan , 'Afif , Ihsan Zakaria , Aiman Mahzuz , Umar Muhajir , Amin Roseli , Syahmi dan tidak dilupakan Muslim . Semoga Sahabat yang belajar diluar negara sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH S.W.T.