Sabtu, 21 Ogos 2010

Nak pergi mana?


Toleh sana toleh sini.
Yang kelihatan pemuda-pemudi yang hilang akhlaknya. Sedikit sahaja rasa hormat.

Baca sana baca sini.
Yang didapati reputnya sikap amanah pemimpin. Yang dikejar dua tiga juta harta dunia tanpa dikira segala amanat.

Pergi sana pergi sini.
Yang dijumpai hanya hiburan. Cinta tanpa penghayatan. Rosak sistem keluarga dan masyarakat.

Dengar sana dengar sini.
Di radio dengar bayi dijumpai. Di televisyen bayi sudah jadi mayat.


Apakah ini insan-insan yang ada pendidikan?

Adakah ini masyarakat yang bertamadun?

Adakah ini negara yang moden?

Apa pula nilai pendidikan tanpa akhlak?

Apa pula maksud ketamadunan ?

Apa itu kemodenan?



6 ulasan:

miya berkata...

love sana love sini :P

jalln penyelesaian yg tbaik :
semua peringkat masyarakat, dr sbesar2 kerajaan hingga ke sekecil2 bayi, kembali mendalami dan mengaplikasikan ajaran Al-Qur'an.

Syed Ahmad Fathi berkata...

Itulah yang sepatutnya dan sebaiknya.

ukur kira berkata...

Apakah definisi sebenar tmadun dan negara islam dari kaca mata mereka?

Dunia hari ini dah huru-hara.Manusia hilang punca.

Nak kata tak berpendidikan,tak juga.Graduan university2.

Selagi tak kembali kpd cara hidup yg digariskan oleh Allah,maka selagi itulah manusia terus sesat...

Wallahu'alam.

*Ana suka style nta.Pendek,ringkas tapi padat.

Syed Ahmad Fathi berkata...

Ana belajar dari anta la abg nabil :D

ekin berkata...

sentiasa terfikir...

Syed Ahmad Fathi berkata...

teruskan berfikir ekin :D