Ahad, 7 Ogos 2016

The Pelican Brief



Penulis: John Grisham
Penerbit: Island book (1993)

*Amaran: Review ini adalah spoiler, jika anda sedang membacanya dan inginkan suspense, elakkan dari membaca review ini.

Saya bukanlah peminat novel, malah saya pernah mempunyai mental block dan meyakini bahawa semua novel tidak membawa manfaat, kerana hakikatnya ia hanyalah khayalan di dalam minda seseorang yang diterjemahkan ke dalam helaian buku. Namun setelah beberapa ketika saya mula memasukkan novel dalam senarai pembacaan ( yang pasti tidak ada novel jiwang yang menggelikan seperti suamiku cengkerik, suamiku ikan talapia dsb). Kebanyakan novel yang saya baca adalah dari recomendation dari rakan-rakan pembaca yang lain. Sebab saya bertukar fikiran adalah kerana sesetengah novel dihasilkan melalui kajian, namun dibentangkan dalam bentuk novel agar mudah dibaca. Sesetengah novel juga dapat membantu kita memahami budaya dan latar yang mana kita tidak familiar dengannya.

Novel ini menceritakan kisah pembunuhan hakim di Amerika Syarikat, pembunuhan ini di dalangi oleh ahli perniagaan yang juga merupakan financier kepada presiden negara. Kes ini menjadi perhatian seluruh negara. Seorang pelajar undang-undang telah mengkaji kes ini, dan menghasilkan sebuah laporan ringkas berkenaan teori pembunuhan ini. Laporan ini kemudian jatuh ke tangan pihak berkuasa dan sampai ke White House. Ia menyebabkan pelajar tadi menjadi target dalam konspirasi tersebut dimana dia di kejar oleh pembunuh upahan. Dia akhirnya terselamat dan bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelesaikan kes tersebut.

Grisham merupakan penulis yang berjaya membangkitkan emosi pembaca saya kira. Plot disusun dengan baik dan di isi dengan thriller. Pembaca juga dapat pempelajari terma-terma juga fakta berkenaan dengan undang-undang di dalam novel ini. Juga peranan yang dimainkan oleh hakim dan peguam. Walaupun mempunyai ketebalan lebih dari 400 mukasurat, ia amat mudah dibaca dan dihabiskan.


Rabu, 27 Julai 2016

Wajarkah kita menyokong Amanah?



“Ironis nya orang yang takut malaysia tergadai kerana 1MDB tapi tidak mahu bersama/bersatu mempercepatkan kejatuhan orang yang akan menyebabkan kejatuhan negara itu. Share pasal tu bukan main banyak. Tup tup. Puak dia sendiri tak menyelesaikan masalah. Kesian. Kemudian cari salah dalaman puak lain. Hummm.”

Ini merupakan contoh komentar rakyat muda marhaen yang peduli akan nasib politik negara dan bersama dengan agenda PAN. Harus dipuji, sebagai orang muda saya fikir kita perlu celik politik, tidak kira warna apa yang kita pilih. Bagi saya setiap individu berhak memilih mengikut perspektif pemikiran mereka, mereka juga berhak mengkritik dan memperbetulkan perspektif pemikiran yang berlawanan dari mereka.

Ironisnya, di dalam komentar  tersebut beliau menggunakan perkataan ‘bersama/bersatu’. Kita semua tahu bagaimana beberapa pemimpin didalam PAS yang tidak terpilih semasa pemilihan keluar parti, berpecah dan menubuhkan parti baru. Dalam pada itu PR berpecah, hasil tangan-tangan pimpinan DAP mencatur pengeluaran PAS dari PR yang merupakan antara blok terbesar dalam PR. PAS juga merupakan sebahagian dari kerajaan Selangor yang dimandatkan oleh rakyat semasa PRU13. Perpecahan ini kemudian melahirkan pakatan baru, dengan memasukkan PAN dan mengeluarkan PAS. Dalam perkembangan ini saya gagal melihat perkataan ‘bersama/bersatu’. Yang saya nampak adalah perpecahan, jika ia adalah strategi, saya melihat ia strategi yang menguntungkan beberapa pemimpin yang tidak terpilih, kerana mereka kini boleh menjadi presiden parti baru mereka. Tetapi untuk rakyat, ia strategi perpecahan yang merugikan.

Saya tidak pernah merasakan pandangan saya betul. Ini adalah perspektif saya, dan saya tidak memaksanya kepada sesiapa. Setiap orang boleh membina perspektif mereka sendiri mengikut fahaman dan ilmu yang mereka ada.

Ironis seterusnya adalah frasa ‘mempercepatkan kejatuhan orang yang akan menyebabkan kejatuhan negara itu’. Saya sedar saya berfikiran jumud, saya tidak progresif seperti penyokong tegar PAN. Saya gagal memahami bagaimana dengan berpecah belah dapat mempercepatkan ‘kejatuhan orang yang menyebabkan kejatuhan negara’. Adakah dengan berpecah dan membuat parti baru kita akan lebih cepat menewaskan parti yang korup? Apakah rakyat akan sokong pakatan yang berpecah belah, saling bergaduh sesama sendiri? Ini adalah logik orang yang tidak jumud. Saya kekal hairan.

Sekali lagi saya ulang, ini pandangan saya, ia boleh jadi salah. Ruang perbincangan dan berfikir harus sentiasa dibuka. Tiada siapa berhak menutup ruang untuk berfikir.

Alasan yang digunakan untuk mengeluarkan PAS adalah kerana kesungguhan PAS untuk mengetengahkan RUU yang memartabatkan mahkamah syariah. Dalam isu ini, saya tak terkejut jika rakan-rakan DAP tidak bersetuju. DAP mempunyai ideologi mereka sendiri, kita dapat faham sekiranya mereka menolak perlaksanaan polisi pro-Islam. Jika saya dilahirkan sebagai seorang bukan Islam di Malaysia saya juga mungkin mengambil pendirian yang sama. Saya boleh menerima penolakan ini. Tetapi untuk mengeluarkan PAS dari pakatan, adalah sesuatu yang diluar pemahaman saya, ia menunjukkan seolah-olah, DAP ingin berkuasa untuk menentukan halatuju pakatan mengikut cara mereka. Saya hormati pendirian PAS untuk tidak tunduk dengan tekanan ini.

Jika kita ingin mengatakan bahawa DAP tidak tahu berkenaan dengan pendirian ideologi PAS. Ini bukan kali pertama DAP bersatu dan berpisah dengan PAS. DAP pernah duduk sekali dengan PAS dalam barisan Alternatif (BA) bermula tahun 1999 dan berpecah kerana PAS teguh dengan prinsip mewujudkan negara Islam pada 2001. Pada 2008 mereka bergabung sekali lagi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan berakhir pada 2015. DAP teguh dengan cita-cita Malaysia yang sekular dan PAS teguh dengan cita-cita negara Islam. Kita dapati rakyat menyambut baik pakatan yang bertahan selama 7 tahun itu, ia tidak sempurna tapi ia adalah peluang terbaik untuk menggantikan parti korup yang telah lama berkuasa. Saya tidak menyokong mana-mana parti, saya anti perpecahan.

Menggunakan terma ‘puak sendiri’ adalah salah. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti. Saya juga tidak menyokong mana-mana parti secara tegar dan membuta tuli. Dalam bahasa mudah, anda boleh label saya sebagai lalang. Saya tidak berpaksikan parti politik tapi paksi saya adalah kepentingan rakyat. Apabila parti memilih untuk bermain politik fitnah untuk menukar MB Selangor sebagai contoh, kerana MB mengutamakan rakyat melebihi parti, saya tidak buta untuk menyokong fitnah ini. Bagi saya moral corruption perlu ditentang sama seperti material corruption. PAS juga tidak suci dan sempurna. Ia dikendalikan manusia yang tidak maksum, mereka juga berhak di kritik.

Pendirian saya mengikut value (dengan izin tuan speaker) bukan mengikut parti. Jadi mungkin sesetengah orang merasa ironi jika saya mengkritik skandal 1MDB dalam masa yang sama mengkritik perbalahan dalam parti pembangkang. Ia akan kelihatan tidak ironi jika kita tidak bias pada parti, jika kita melihat dunia dengan warna, bukan hitam putih. Mengkritik korupsi tidak bererti kita perlu bersetuju dengan perpecahan. Saya tak nampak langkah untuk berpecah akan ‘menyelesaikan masalah’.

Saya juga sedar ramai yang menyokong pembangkang bukan kerana mereka percaya kepada pembangkang, tetapi mereka tak punya pilihan lain untuk mengundi. Ini adalah lompong dalam sistem demokrasi, dimana untuk menjatuhkan pihak yang korup kita hanya ada satu pilihan yang lain. Tetapi, jika kita tetap menyokong mereka ketika mereka melakukan kesalahan, apa beza kita dengan macai di sebelah sana? Oleh itu, wajar dalam fikiran saya untuk mengkritik semua strategi yang merugikan rakyat, biar apa pun warna bendera mereka.

Dalam kes Selangor saya hormat dengan keputusan MB untuk mengekalkan PAS dalam pentadbiran kerana ia merupakan mandat yang diberikan rakyat pada pilihanraya lepas. Namun, keputusan ini memberi rasa tidak selesa kepada parti baru sehingga ada pemimpin yang mempersoalkan tindakan MB mengamalkan politik istana yang berbahaya.Tolong terangkan kepada saya berkenaan dengan persoalan ini, bantu saya yang jumud ini memahami. Saya rasa PAS berhak kekal dalam kerajaan walaupun dilabel jumud oleh sesetengah pihak, kerana mereka diberi mandat oleh rakyat. Jika parti baru yang tidak jumud ingin mengambil alih peranan PAS maka tunggulah pilihan raya. Sekiranya rakyat memilih, maka sila gantikan. Pilihanraya merupakan pentas terbaik untuk menguji kebolehan parti baru mengukur sokongan rakyat, tak perlu cuba bermain persepsi ‘politik istana yang bahaya’.

‘Kemudian cari salah dalaman puak lain’. Baik, komen ini agak kelakar sedikit. Saya tidak mencari apa-apa. Saya melihat kita semua masyarakat Malaysia yang mungkin cuma mempunyai cara fikir politik yang berbeza. Untuk pengetahuan, sekiranya seseorang itu menjadi YB, ADUN atau ahli Parlimen, ulasan-ulasan nya akan dilaporkan media dan terpampang di portal media. Anda tidak perlu cari pun, ia akan terpampang sendiri. Jika tak mahu ‘salah dalaman’ ini terbongkar, logiknya senang sahaja. Jangan cari gaduh dan buat ulasan terbuka. Boleh buat mesyuarat tertutup.

Saya tertarik dengan istilah jumud yang sering digunakan ke atas PAS. Saya tak mahu membela PAS, bagi saya PAS perlu jawab setiap kritikan, terutamanya berkenaan pentadbiran di Kelantan. Namun label ini kelihatan selektif. Bila PAS cuba bawa RUU, semua menjerit jumud-jumud. Namun adakah memfitnah bekas MB Selangor tidak jumud? Langkah Kajang yang terbukti tidak berjaya tidak jumud? Oh tidak, ini bukan jumud, ini adalah strategi politik matang dan progressif.

Tajuk artikel ini sebenarnya misleading, saya meniru strategi Malaysiakini dengan meletakkan tajuk misleading untuk menarik minat pembaca. Jika anda membaca sampai habis, terima kasih saya ucapkan. Wajarkah kita menyokong Amanah? Ia terletak kepada kemampuan mereka sendiri membuktikan mereka bukan parti serpihan sementara. Mereka mungkin akan berjaya mengatasi dominasi PAS bagi mendapatkan undi melayu Islam, mereka mungkin juga gagal dan terkubur. Politik bukan berjaya melalui ideologi semata-mata, jika gagal meraih sokongan dan undi, segala slogan progresif tidak ada nilainya. Saya tiada kebolehan menilik masa depan, namun saya kekal skeptik dengan perpecahan ini.


Saya ulang buat kali terakhir, pandangan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi saya yang jumud. Kemungkinan besar ia salah,mungkin juga ia betul, saya serahkan kembali kepada kalian untuk berfikir dan menilai mengikut kadar ilmu masing-masing.

Jumaat, 22 Julai 2016

They lost their gamble and you have to pay for it



Before the DOJ filed their civil complaint about USD1 billion stolen from 1MDB, I've followed closely the AG report leaked by Sarawak Report (SR). Even before the DOJ press conference that rock Malaysia on 21 June 2016, the revelation from AG report is staggering. They are gambling, and they gambled using public money. Billion Ringgit was used from public pension fund, even the bond issued was guaranteed by government. What does government guaranteed bond means? It means that if the company default, government will step in and pay the debt. Bear in mind that government money is taxpayer money, tax from you and me. Now we know why we have to pay 6 percent GST.

Now that they got billion of money from pension fund and government backed bond what did they do? They 'invested' it in various bogus companies. They make a JV with one company, and transfer the money to other company which is not related to the JV, this knowledge is available in AG report published by SR, you can read it yourself.

I agreed with Tun Mahathir that our people is timid, or maybe our people value stability more than integrity. But what stability we got from this mess? If this to happen in other country, revolution will follow, people will flood the street, or in some other countries we saw military took over the government. If this ever happen in Japan, the PM will resign immediately and arrange for public apology. But no, this is Malaysia, we have one strong Bugis fighter who even dare to sell our strategic national asset for his political survival.

But if this DOJ announcement will have any effect, if its succeed to pull down the highest corrupt leader, my wishful thinking is that we should have a major political overhaul, other corrupt officials that has helped to cover this scandal must go down with him. Otherwise it will just be a cycle and we will see another scandal soon enough. But my prediction is that someone will be sacrificed as a black sheep, just like previous scandals.

What sadden me the most is that after the dust has settled, ordinary people is the one who paid the highest price. People lost their job because of the failing economy, divorce rate increased due to unstable family income, some even resort to suicide because of the hardship. There was a time my eyes get watery when I saw school children have to sell kerepek in front of a bank instead of going to school. We have all the natural resources, our talent is limitless, why do we suffer like this? We don't deserve this disaster. 

When my children or grandchildren go to school in the future. I wonder what they will read in the history book. What legacy will be written about our current 'Malaysian official number 1'?