Jumaat, 10 Jun 2011

Obsesi


Seorang arkitek berjalan di sebuah kotaraya.Dia melalui jalanan dan lorongan.Matanya tidak lepas memerhatikan senibina dan susun atur bangunannya.Keasyikannya kepada senibina membuatkannya berfikir akan konstruksi bangunan itu.Di perhatikan dari tiang hinggalah kepada bentuk dan rekabina dalaman bangunan tersebut.

Seorang pereka fesyen berjalan di sebuah kotaraya.Dia juga melalui jalanan dan lorongan.Lirik matanya mengikuti susuk dan penampilan warga kota.Di lihatnya remaja yang sedang berlibur di pasar besar bagi mencari idea.Jika seseorang tampil dengan gaya yang berbeza matanya dan nalurinya cepat dapat menangkap dan menganalisa.

Itulah obsesi.

Bukan sahaja arkitek dan pereka fesyen sahaja mempunyai obsesi.Mukmin juga mempunyai obsesi.Obsesinya adalah akhirat.Dia tidak pernah lupa akan hakikat penciptaannya.Segalanya dilihat dan dicerna melalui alunan obsesinya yang tersendiri.

Sekiranya dia berjalan di kotaraya dan melihat seorang tua.Ia terus teringat akan saat usianya akan berakhir dan dia perlu bersedia.

Sekiranya dia melihat orang lain berada dalam kesakitan dan kesusahan.Lantas terbayang kesengsaraan di neraka Jahannam dan pantas memotivasikan dirinya untuk beramal bagi menyelamatkan dirinya.

Sekiranya dia melalui lorong gelap pantas dia teringat akan kegelapan di alam kubur.Setiap yang ada di hadapannya terkait dengat akhirat dek kerana obsesinya.

Maka apa pula yang kita dapat dari pemandangan kehidupan kita?

Apakah obsesi kita?

7 ulasan:

dada berkata...

like

aremarl18 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
shameel Iskandar berkata...

Terima kasih atas perkongsian yg menarik. bagi mukmin yg berwawasan akhirat obsesinya sentiasa terarah ke arah redha Allah

visitme@FaTiN cOrNeR berkata...

nice blog..

terus follow sini..

albanaT berkata...

hebat analogi obsesi ni!

shairazi sharizan berkata...

bila engineer berbicra...

Mohamadazhan.com berkata...

obsesi untuk akhirat membuahkan hasil yang berkat...penceritaan yang bersahaja penuh makna