Saya masih ingat ketika di Pesta Buku KL tahun lalu, membeli
dan menyelak naskah buku 'Kept In Ink' tulisan pemuzik dan penulis, Abang
Francis Wolf. Buku beliau bukan sahaja memuatkan penulisan tetapi
lukisan-lukisan yang beliau sendiri lukis sepanjang pengembaraan beliau. Saya
bertanya tentang lukisan original, dengan tegas beliau katakan "Not for
sale!".
Buku Francis merupakan antara inspirasi kami ketika kami
mula merancang konsep dan isi antologi puisi kami. Pada asalnya kami ingin
berkolaborasi dengan mana-mana artis baru-nak-up untuk memasukkan karya mereka
diselingkan dengan puisi-puisi kami. Namun, ibarat kata pepatah "sediakan
payung sebelum hujan", kami tidak berjaya menjumpai mana-mana artis yang
sudi berkolaborasi dalam masa yang singkat.
Namun itu tidaklah mematahkan semangat kami. Ibarat kata
pepatah "air yang tenang jangan disangka tiada kura-kura". Akhirnya
kami menjumpai seorang artis kecil berusia 4 tahun bernama Amni. Karya-karya
beliau begitu abstrak dan sukar difahami manusia dengan mata kasar. Walaupun tidak
dapat memenuhi konsep asal iaitu selingan antara puisi, karya beliau akhirnya
kami jadikan kulit buku.
Memilih kulit buku bukanlah semudah yang disangka. Designer
kami menghasilkan karya kulit beberapa kali. Cubaan pertama adalah menggunakan
gambar bunga liar dengan sinar low-light. Kemudian konsep corak batik Melayu. Juga
gambar kulit menggunakan hasil fotografi retro dan moden. Namun semuanya
seperti, tiada unsur uniqueness dan personal.
Sehingga lah kami mengambil
keputusan untuk menggunakan karya lukisan Amni. Kini karya lukisan Amni menjadi sebahagian simpanan karya di
Perpustakaan Negara Malaysia melalui naskah antologi puisi kami. Apabila mendapat tahu karya beliau digunakan sebagai kulit buku, kini setiap kali dia melukis dia akan lipat dan masukkan kedalam beg kerja ayahnya sambil berkata "Abi painting ni nanti buat buku, kakak masukkan dalam beg abi".
Mungkin satu
hari nanti kami akan jumpa artis lain yang sudi berkolaborasi, bolehlah kami
terbitkan edisi kedua "updated and revised". Semoga karya kecil kami
ini, memberi sumbangan kepada pembendaharaan puisi negara.
Hari-hari lebih indah dengan puisi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan