Ahad, 28 Jun 2026

Berpagi-Pagi Sebelum Berpesta

Sepanjang saya duduk bekerja di PBAKL 2026, banyak getusan-getusan rasa yang timbul dalam diri saya. Banyak sebenarnya yang saya mahu tulis tentang buku, pesta buku, orang buku, yang mungkin saya rasa sudah menjadi satu episod istimewa dalam hidup saya sendiri. 

Ada sebuah esei saya dalam buku Dua Sayap Ilmu perihal bagaimana saya masuk ke alam perbukuan ini. Setelah berlalu beberapa tahun, saat dan waktu, saya rasa perlu saya revisit semula esei itu. Kerana saya kini merasakan dunia buku itu bukan satu. Saya merasakan teori “dunia buku kita ni sebenarnya kecik je weyh” sebenarnya boleh dipersoalkan. 

Kerana setiap kali ke pesta buku saya akan merasai perkara yang baru, jumpa orang baru, perasan benda baru. Seolah-olah dunia buku itu sentiasa berkembang dan memberi dimensi baharu. Atau mungkin dunia buku itu banyak pintu, di setiap ragamnya sebenarnya kita boleh sahaja memilih pintu berbeza. Merasai apa yang kita mahu rasa, meninggalkan apa yang kita rasa tidak cocok atau tidak sempurna. Meneroka alam buku yang sebenarnya banyak sisi-sisinya yang belum diteroka. Inilah mikro-anekdot mamai-mamai sebelum saya bergerak ke tapak pesta di satu pagi. Dunia buku kita bukan kecil, cuba tidak habis diteroka lagi.

Tiada ulasan: