Sabtu, 27 Jun 2026

Wacana Resistance Sudah Berbunga di PBAKL 2026


Buku Resistance Sudah Berbunga ini sebenarnya saya tulis ketika Taufan Al Aqsa sedang berkecamuk. Pada ketika itu penjenayah zionis membunuh ratusan manusia setiap hari. Pembunuhan ini sangat kejam dan sadis. Namun, walaupun situasi itu pedih dan getir, saya melihat ketika itu wacana perjuangan kurang diangkat, yang diberi fokus adalah kesedihan. Itulah sebenarnya inti mengapa buku ini saya tulis. Buku ini mahu melihat perubahan perjuangan bangsa Palestin. Dari menggunakan pisau dan batu, kepada perjuangan menggunakan dron, sniper, dan RPG. Saya melihat satu perjuangan pembebasan yang menuju kematangan, mekar dan berbunga.

Buku ini pada asalnya diterbitkan oleh Tochka Press. Terima kasih diucapkan kepada Penerbitan Cakna kerana sudi menerbitkan semula buku ini. Buku ini telah saya wacanakan di PBAKL bersama dengan Presiden Siyasee, Saudari Nik Nurul Hanis. Pada mulanya saya merasakan mungkin tidak akan ramai yang akan datang mendengar. Namun dengan izin Allah, kerusi dewan pada hari itu hampir 80 peratus penuh. Soalan dan interaksi dari hadirin juga sangat memberansangkan.

Tiada ulasan: