Selepas enam bulan akhirnya saya berjaya juga menghabiskan bacaan analisis sejarah setebal 574 muka surat tulisan John Darwin yang bertajuk After Tamerlane: The Rise & Fall of Global Empires, 1400-2000. Di usia tua ini saya memang seorang slow reader. Stamina membaca tidak tinggi.
Walaupun sudah habis membaca, menghadam buku ini belum habis lagi. Menghadam mungkin akan mengambil masa lagi beberapa bulan. Begitulah kita menghadam bacaan, perlu perlahan-lahan dan mengambil masa. Hendak hadam makanan pun perlu kunyah 40 kali, hendak hadam bacaan juga perlu kunyah berkali-kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan