Selasa, 20 Disember 2011

Mencarut sebagai jalan penyelesaian

Fitrah manusia mahu menegakkan apa yang dirasakan mereka benar. Apa yang dirasakan adil dan apa yang mereka rasakan perlu . Apatah lagi bagi seorang manusia yang beriman. Manusia yang iman mendasari hati mereka. Sudah semestinya dorongan iman tidak akan pernah membenarkan kezaliman dan pendustaan .

Tegakkanlah sesuatu kebenaran kerana ianya benar. Bukan kerana kita mempunyai kepentingan peribadi disebalik perjuangan menegakkan kebenaran itu.

Setuju dengan ungkapan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :
"Mahasiswa tanpa mengira bangsa apa yang berpolitik secara bodoh macam mana sekali pun, adalah jauh lebih baik daripada mahasiswa yang hidup seperti binatang ternak pada memikirkan makan, minum, kuliah, rehat, kahwin. Sikap peduli kepada kezaliman dan salah laku pentadbiran perlu untuk melakar sempadan hidup iman."
 
Cuma dalam memperjuangkan apa yang dirasakan adil dan benar perlulah menggunakan cara yang benar juga. Jika makan mempunyai adab dan cara yang betul , berjuang dan berhujah juga mempunyai adab dan cara yang betul. 
 
Jika pihak lawan menggunakan kata-kata kesat , carutan dan makian dan anda menggunakan cara yang sama. Maka apakah bezanya? Dimanakah kebenarannya?
 
Mungkin anda merasakan carutan itu menegaskan hujah anda. Anda merasakan makian itu menandakan anda begitu serious dengan apa yang anda pegang. Carutan itu dirasakan dapat merendahkan pihak lawan seterusnya menaikkan suara anda.
 
Namun di mata masyarakat yang matang , sihat dan mampu berfikir dengan baik. Carutan ini sebenarnya merendahkan martabat pencarut tersebut. Masyarakat melihat anda sebagai penghujah mentaliti kelas bawahan.
 
Tidak salah berpolitik. Tidak salah berbeza pendapat. Tidak salah berhujah. Tidak salah menegakkan apa yang anda rasa betul. Tidak salah juga menghormati pihak lawan anda.

Ahad, 4 Disember 2011

Monolog

Aku lahir dan tumbuh dikalangan jutaan manusia.
Hidupnya mereka mengejar dunia.

Ku cuba mencari diri cuba mengenali jiwa.
Kemana hendak dituju arah mana hendak dibawa .
Patutkah aku mengikut arus manusia.

Mungkinkah ia akan membawaku kepada bahagia.
Ku cuba menghayati helaian kisah lama.
Saat manusia hidup tanpa dunia sebagai  tujuannya.
Hanya rasul dan tuhan dihati mereka.

Terdetik di hatiku inilah jalannya.
Jasad mereka telah tiada kisah mereka tinggal cerita.

Dan aku.
Aku kini dipentas dunia.
Aku sedar jalan mana perlu ditempa.

Menghidupkan cerita yang wataknya mungkin kini berbeza.
Cerita yang pasti hujungnya bahagia.
Ini jalanku anda bagaimana?

Versi video.

Ahad, 13 November 2011

Orang kata



Orang kata hidup hanya sekali.Jadi kena enjoy.

Orang kata kubur lain-lain.Jadi tak payah sibuk hal orang lain.

Orang kata biar luaran terdedah janji dalam hati baik.

Orang kata couple cara Islam takpa janji tak buat maksiat.

Orang kata kalau tension try la dua tiga batang.

Orang kata kalau tak bangun solat takpa nanti boleh qada.

Orang kata kau pun sama macam aku tak payah nak tunjuk alim.

ALLAH kata?

Jumaat, 11 November 2011

Atur langkah segera



Sedih hati kadangkala.Pilu dan sayu terasa bila melihat generasi seusia yang penuh dengan potensi diri hanyut hilang di bawa arus dunia. Potensi yang ada tidak disalurkan ke jalan yang membina.Masa usia muda masa emas yang seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk mendaki puncak tertinggi hilang dengan perkara sia-sia.

Sebagai generasi yang sedar maka harus ada pemuda dan pemudi yang berusaha membaiki keadaan ini. Atau mungkin keadaannya sudah tidak lagi dapat dibaiki , tetapi boleh di kawal agar tidak membarah dan membesar. Pemuda dan pemudi ini mungkin bukanlah terbaik dari segi akademik. Juga mereka mungkin tidak sempurna dari sudut peribadi diri.

Namun mereka seharusnya sedar bahawa mereka bukanlah yang terburuk. Harus dipupuk keberanian dan disusun langkah perubahan. Kita tidak memerlukan mereka yang sempurna untuk memulakan gelombang perubahan pada generasi muda di tempat kita. Kerana tiada manusia lahir sempurna.

Kehadiran pemuda dan pemudi ini seharusnya membawa ombak-ombak kecil perubahan yang penuh kasih sayang. Dengan keyakinan , usaha dan tawakkal Inshaallah ombak tadi akan membesar dan terus bergerak meskipun hayunan pertama yang mencetuskannya telah tiada.

Mulakanlah langkah dengan hati yang ikhlas. Kerana keikhlasan ini akan menjadi ukuran disisi ALLAH dan keikhlasan ini akan menjamin konsistensi apabila datang ujian dan cubaan. Jangan pernah takut dengan sindiran dan kata-kata. Jangan biarkan ejekan melenturkan harapan. Pohonlah kepada ALLAH akan kekuatan.

Biarlah pemuda dan pemudi ini dicampak dimana pun. Ke kolej atau ke universiti , ke dalam atau ke luar negara , biar sepekat dan sehitam mana pun masyarakat di sekelilingnya. Yakinlah pemuda dan pemudi ini mampu dan perlu memberi impak positif. Jangan di benci pelaku dosa , senyum dan selamilah hati mereka. Mereka juga seperti kita cuma mungkin tidak pernah lagi berpeluang memahami apa yang kita fahami. Merasai apa yang kita pernah rasai.Yang harus di benci adalah dosanya bukan orangnya.

Pemuda dan pemuda ini adalah mereka yang faham akan tujuan dan tanggungjawab mereka. Mereka yang akan mengembalikan keceriaan pada ummat ini.Bersih dan jujur hati mereka. Pemuda dan pemudi yang mahukan masyarakat dan komuniti mereka bertambah baik. Berusahalah untuk menjadi pemuda dan pemudi ini. Atur langkah segera kerana masa tidak menunggu kita.

Rabu, 2 November 2011

Mencari


Kadang kadang rasa seperti di puncak dunia.
Gembira , bahagia dan ketawa.
Semua kelihatan indah dan nyaman udara terasa.

Tiba tiba rasa sedih , kosong , sunyi dan sepi.
Walaupun berada ditengah orang ramai tetap rasa bersendiri.
Menangis kerana tidak difahami.

Kitaran hidup membawa kita merasai pelbagai perasaan.
Yang mungkin tidak berjaya diungkap dengan perkataan.

Jumaat, 30 September 2011

Malu



Kadang-kadang termenung sendiri di luar tingkap. Memandang ciptaan ALLAH yang maha agung. Musim berganti musim. Daun luruh dan tumbuh. Semuanya sesuai dengan aturannya.

Bila memandang diri terasa malu dan hina. Selepas mandi di lautan taubat terjun semula ke lumpur maksiat. Berulang kali berdoa memohon ampun dosa yang sama.

Sampai bila akan begini.

Nikmat tak pernah terhenti meski hati berulang kali mati. Perasaan malu makin tebal setiap hari.

Mencemar hati setiap hari. Membersih dan mengotorinya kembali.

Ya ALLAH ampunilah diri ini.

Jangan engkau tarik nyawa ini saat ianya sakit atau mati. Jangan engkau tarik hidayah yang telah diberi.

Terasa bahagia saat indah melihat salju turun buat kali pertama. Harap indah juga saat pengakhiran nanti disana.

Khamis, 22 September 2011

Satu hari nanti



Satu hari nanti anda akan sedar bahawa bangun melawan rasa mengantuk menghadap pencipta tidak sia-sia. Saat itu anda akan gembira jika dahulu anda pernah mengorbankan sedikit tidur untuk melaksanakan kewajipan.

Satu hari nanti anda akan sedar keseronokan yang anda lepaskan berbaloi. Kerana ada keseronokan berkekalan akan menanti anda disana.

Satu hari nanti akan ada kebahagiaan yang akan memadam semua kekecewaan dan kesedihan anda. Biarlah anda ditolak dan tidak diterima sekarang tetapi yakinlah akan hari itu dan teruskan usahamu.

'Satu hari nanti' itu akan tiba mesti pun anda tidak suka. Berusaha dan berdoalah sekarang agar pada hari itu anda diterima dan gembira.

Khamis, 28 Julai 2011

Taujih Ruhiyah




Judul : Taujih Ruhiyah-Pesan-pesan spiritual Penjernih hati.
Penulis: Abdul Hamid Al-Bilali.
Penerbit: An-Nadwah.
Bahasa: Indonesia.

Seperti yang kita semua sedia maklum hati itu sifatnya mudah berbolak-balik.Atau dalam kata lain mudah berubah dan mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Sifat ini sememangnya sudah terbukti. Contohnya dalam percintaan antara manusia. Mencintai seseorang hari ini tidak menjamin dia akan mencintainya esok hari.Lalu muncullah istilah-istilah seperti 'cinta beralih arah' , 'cinta tak kesampaian' dan macam-macam lagi.

Tetapi tidak dinafikan terdapat pasangan yang bercinta sehingga ke akhir usia. Sampai ke tua cinta yang disimpul masih erat terikat kuat. Rahsianya adalah cinta itu dijaga.Sentiasa diperbaharui , diingati kemanisannya. Ia sentiasa dibaja dan dijaga sehingga akhirnya ia bisa setia.

Begitu juga dengan hati yang cinta kepada akhirat. Ia perlu dijaga dan dibaja agar kekal setia. Agar cinta itu terus subur , tidak pudar dan tidak beralih arah. Bajanya adalah peringatan kepada hati tentang kemanisan cinta kepada akhirat.

Maka buku ini tampil memberi motivasi dan peringatan.Sarat dengan kisah sahabat dan tabi'n sebagai contoh bagai mana mereka dapat menjaga kesuburan cinta mereka kepada akhirat. Juga sebagai motivasi kepada kita untuk terus beramal hingga ke garisan penamat yang kita tidak tahu bila dan dimana.

Semoga bermanfaat.

Selamat menyambut Ramadhan Mubarak.

Rabu, 13 Julai 2011

Surah Yusuf Ayat 103-108


"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya.Dan engkau tidak meminta balasan apa pun kepada mereka (terhadap seruanmu ini) , sebab (seruan) itu adalah pengajaran bagi seluruh alam.Dan berapa banyak tanda (kebesaran ALLAH) di langit dan di bumi yang mereka lalui namun mereka berpaling darinya.Dan kebanyakan mereka tidak beriman kepada ALLAH , bahkan mempersekutukan-NYA. Apakah mereka merasakan aman dari kedatangan siksa ALLAH yang meliputi mereka , atau kedatangan hari Kiamat kepada mereka secara mendadak , sedang mereka tidak menyedarinya? . Katakanlah (Muhammad) 'Inilah jalanku , aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada ALLAH dengan YAKIN , Mahasuci ALLAH dan aku tidak termasuk dalam golongan orang yang Musyrik".


(Yusuf:103-108)

Sedikit tadabbur.

Ayat-ayat ini merupakan pujukan kepada golongan pendakwah dan penyeru. Pendakwah ini bukanlah dimaksudkan mereka yang mengambil kursus sarjana atau diploma dalam bidang dakwah di kolej mahupun universiti. Juga bukanlah golongan yang telah mendapat tauliah dari badan-badan kerajaan atau jabatan agama negeri sebagai pendakwah bebas. Juga tidak terbatas kepada golongan-golongan ustaz dan ustazah sahaja.

Mungkin anda hanya pelajar biasa sahaja. Tidak menyambung pengajian dalam bidang agama. Mungkin bidang yang diceburi adalah perusahaan , undang-undang , farmasi , perubatan dan sebagainya. Atau mungkin anda hanya seorang pekerja biasa di mana-mana syarikat.

Tapi anda di beri hidayah oleh ALLAH untuk merasakan kondisi masyarakat yang semakin parah. Lalu ALLAH campakkan kesedaran di hati untuk cuba membantu melaksanakan perubahan dan pembaikan di dalam masyarakat.

Meskipun usaha anda , anda rasa kecil. Misalnya mengajak teman serumah solah berjemaah. Atau mengajak teman sekerja berpuasa sunat atau menghadiri kuliah di surau. Atau menegur perbuatan maksiat teman anda secara berhikmah. Inshaallah jika niatnya bersih kerana ALLAH dan ingin melihat lahir satu generasi yang lebih baik. Anda adalah pendakwah. Inshaallah usaha kecil itu pasti diganjari.

Jadi , ayat 103-107 ini ALLAH tujukan untuk anda. Ianya merupakan motivasi dan bekalan berharga buat anda. Kerana hati manusia mudah bersedih dan bertukar arah apabila berdepan dengan ujian. Dalam ayat-ayat ini ALLAH menekankan tugas kita hanya menyampaikan. Menyeru , memimpin dan berusaha. Sekiranya ajakan anda di tolak atau tidak berhasil , jangan bersedih kerana urusan hati adalah milik ALLAH SWT.

Di ayat 108 ALLAH mengesyorkan agar kita terus yakin akan jalan yang kita pilih ini. Sememangnya mengajak manusia kembali kepada Islam bukanlah tugas mudah.Ianya tidak semudah berkata-kata atau menulis blog . Ia memerlukan pengorbanan masa , tenaga , waktu tidur , wang ringgit dan sebagainya.Sememangnya sukar dan keyakinan adalah bekalan penting untuk memastikan kita terus kekal tanpa jemu meski berhadapan duri cubaan yang sukar ini.

Wallahualam.

Jumaat, 10 Jun 2011

Obsesi


Seorang arkitek berjalan di sebuah kotaraya.Dia melalui jalanan dan lorongan.Matanya tidak lepas memerhatikan senibina dan susun atur bangunannya.Keasyikannya kepada senibina membuatkannya berfikir akan konstruksi bangunan itu.Di perhatikan dari tiang hinggalah kepada bentuk dan rekabina dalaman bangunan tersebut.

Seorang pereka fesyen berjalan di sebuah kotaraya.Dia juga melalui jalanan dan lorongan.Lirik matanya mengikuti susuk dan penampilan warga kota.Di lihatnya remaja yang sedang berlibur di pasar besar bagi mencari idea.Jika seseorang tampil dengan gaya yang berbeza matanya dan nalurinya cepat dapat menangkap dan menganalisa.

Itulah obsesi.

Bukan sahaja arkitek dan pereka fesyen sahaja mempunyai obsesi.Mukmin juga mempunyai obsesi.Obsesinya adalah akhirat.Dia tidak pernah lupa akan hakikat penciptaannya.Segalanya dilihat dan dicerna melalui alunan obsesinya yang tersendiri.

Sekiranya dia berjalan di kotaraya dan melihat seorang tua.Ia terus teringat akan saat usianya akan berakhir dan dia perlu bersedia.

Sekiranya dia melihat orang lain berada dalam kesakitan dan kesusahan.Lantas terbayang kesengsaraan di neraka Jahannam dan pantas memotivasikan dirinya untuk beramal bagi menyelamatkan dirinya.

Sekiranya dia melalui lorong gelap pantas dia teringat akan kegelapan di alam kubur.Setiap yang ada di hadapannya terkait dengat akhirat dek kerana obsesinya.

Maka apa pula yang kita dapat dari pemandangan kehidupan kita?

Apakah obsesi kita?

Rabu, 1 Jun 2011

Bahtera penyelamat



Judul buku : Bahtera penyelamat dalam kehidupan penda'wah
Judul asal : Qawarib Al-Najat Fi Hayat Al-Du'ah
Penulis : Fathi Yakan
Penterjemah : Ustadh 'Abdul Ghani Shamsuddin dan Ustadz Zawawi Hj. 'Ali
Penerbit : Dewan Pustaka Fajar.

Buku istimewa yang ditulis oleh Fathi Yakan ini secara umumnya menyentuh keperluan dan bekalan yang perlu ada pada setiap individu Muslim secara umum dan kepada setiap pendakwah secara khusus. Isinya dibahagikan kepada empat bahagian.

Bahagian pertama : Rintangan perjuangan dalam kehidupan penda'wah.
Sebagai mana yang diketahui jalan dakwah yang dipilih secara sukarela tidak pernah menjamin keselesaan , kemewahan mahupun kesenangan. Bahagian ini membahaskan secara terperinci berkenaan rintangan yang akan dihadapi dari mukmin , golongan munafiq , orang-orang kafir , syaitan dan nafsu.

Bahagian kedua : Ciri-ciri keimanan.
Membahaskan ciri-ciri yang perlu ada pada golongan yang mengaku beriman.Sifat-sifat yang perlu dijaga.

Bahagian ketiga : Bekalan para da'i.
Oleh kerana jalan yang bakal ditempuh adalah jauh , sukar , meletihkan dan memudarkan semangat . Para da'i perlukan bekalan agar sentiasa segar dan konsisten dalam jalan yang dipilihnya. Bekalan ini akan memastikan mereka tidak mudah putus asa dan tidak mudah mengalah apabila dilanda ujian yang menyakitkan.

Bahagian keempat : Bahtera penyelamat untuk para da'i.
Bahtera-bahtera yang mampu menjaga para da'i agar sentiasa selamat . Ianya meliputi Ma'rifatullah , Ibadatullah , Zikrullah , Al-Khaufu Minaallah , Muraqabatullah , Hubullah , Redha dan Hubburasul.

Sedikit huraian:
Sekiranya ingin menghuraikan semua apa yang dibahaskan didalam buku ini sememangnya panjang.Jadi lebih baik anda mendapatkannya dan membacanya sendiri.Apa yang ingin dikongsi adalah hanya cebisan sahaja dari semua isi yang dibahaskan iaitu menghulurkan sedekah sambil merahsiakannya.

Infaq (sedekah) adalah merupakan bukti bahawa hati seseorang itu sihat dan bersih dari penyakit kikir dan bakhil. Ia juga merupakan satu latihan untuk mengubat perasaan cinta dunia dan harta yang ada dalam diri kita.

Banyak ayat-ayat Al-Qur'an yang menceritakan tentang iman dikaitkan dengan infaq.Seperti ayat ketiga dari Surah Al-Baqarah. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa dengan berinfaq kita dapat menilai tahap kesihatan iman kita.

Tangan yang dermawan ini menandakan kekayaan jiwa seseorang manakala tangan yang bakhil menggambarkan kesempitan dan kemiskinan jiwa.

Namun infaq perlulah didasari niat yang bersih suci.Bukan mencari populariti atau ingin budi disanjungi. Cukuplah apa yang diberi dirahsiakan dari orang ramai bagi menelak riya' dan diterima sebagai amal yang baik dan diredhai.

Khamis, 19 Mei 2011

Terdengar atau terbaca



"Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada kami dalam keadaan berbaring , duduk dan berdiri , tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya dia kembali (ke jalan yang sesat) , seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk bahaya yang telah menimpanya.Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan."

(Yunus:12)



Pernah anda terdengar atau terbaca? Bacalah dan fahamilah Al-Qur'an seolah-olah ia diturunkan khas buatmu.

Terkesan sampai kepada ayat ini.Kita manusia sering terlupa yang kita dahulu pernah berdoa dengan penuh harapan untuk sesuatu.Dan ALLAH yang Maha Mendengar dan Mengetahui mengabulkan doa itu atas kasih sayang dan rahmatnya.

Jadi jika sampai kepada satu saat ingin melakukan kemaksiatan ingatlah bahawa tidak malukah kita melakukan kesalahan kepada DIA yang pernah mengasihi kita dengan kasih sayang dan rahmatnya.

Pernahkah anda terdengar atau terbaca? Sekiranya anda berniat untuk melakukan kemaksiatan tangguhkanlah ia sehingga anda mungkin terlupa akannya.Tetapi jika anda ingin melakukan sesuatu amal baik maka segerakanlah ia.

Ahad, 8 Mei 2011

At-Taubah ayat 40



Mafhum ayat ke 40 Surah At-Taubah:

"Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya: "Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita." Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

Apabila sampai kepada ayat ini tersentuh di hati alangkah indahnya hidup menempuh perjuangan ini andai ada seorang sahabat disisi.Sahabat yang sentiasa memberi motivasi.

Memahami dan membisik ke telinga tentang adanya ALLAH bersama saat hati sudah kecewa sedih dan berputus asa.

Sabtu, 30 April 2011

Bagaimana menyentuh hati




Penerbit : Era Intermedia
Judul asal : At-Thariq ilal quluub
Penulis: Abbas As-Siisy

Buat mereka yang telah sedar. Buat mereka yang telah faham. Akan kewajipan membina semula bangunan Islam yang telah jatuh . Dengan membina semula pemuda-pemudi yang bakal menjadi batu-bata asas bangunan ini.

Maka Syeikh Abbas As-Siissy telah menulis buku indah ini sebagai bekalan , nasihat dan pengajaran kepada kita. Sarat dengan kisah-kisah yang terkesan di hati bagi menempuh jalan yang panjang ini.

Sebuah pembentangan yang menitik beratkan pentingnya kasih sayang dan cinta dalam seni membina pemuda-pemudi. Merungkai bertapa pentingnya membasahkan hati yang kering dengan siraman cinta dan kasih sayang bagi menyampaikan mesej suci.

Semoga bermanfaat.

p/s: Terima kasih Abg Zul bagi pinjam buku.Moga ALLAH redha.

Isnin, 25 April 2011

Agak-agak 10 peratus sampai tak?

Justin Bieber datang Malaysia.

Sibuk dengan para artis dan hiburan melampau.
Itukah Muslim?

Aurat bukan sahaja didedahkan bahkan dijaja disana sini.
Nama masih Muslim.

Perkataan dan percakapan dihiasi carutan , kotor dan lucah.
Tapi masih mengaku Muslim.

Solat lima waktu juga tidak lengkap 35 kali seminggu.
Muslim? Mestilah Muslim.

Hidup seharian penuh maksiat dan dosa tanpa ada penyesalan dan rasa untuk bertaubat.
Tapi Muslim tetap Muslim.

Langsung tidak menghargai ilmu dan menghormati guru.
Tetap juga mengaku pelajar Muslim.

Jadi berapa peratus nilai Muslim yang ada dalam diri?

Bukan kah title Muslim itu perlu diapplikasi dan dipamerkan dalam segenap aspek kehidupan? Dari buka mata di pagi hari sehingga lelap di malam hari.

Atau peratusan Muslim yang ada dalam diri mungkin satu peratus iaitu pada nama.
Jadi jika hanya satu peratus sahaja yang Muslim masih layakkah memegang title Muslim?

Ahad, 10 April 2011

Tak salah menegur yang salah mungkin caranya


Mempunyai rakan, sahabat , kawan dan teman merupakan satu nikmat yang tidak ternilai besarnya. Ia merupakan sesuatu yang manis dan berharga lebih-lebih lagi jika dasar persahabatan itu adalah keterikatan dua hati yang ikhlas dan jujur bersahabat hanya untuk mencari redha ALLAH SWT.

Sebagai rakan semestinya kita ingin melihat sahabat kita sentiasa bahagia dan gembira. Bertapa bahagianya kita jika senyuman yang diukir sahabat kita itu adalah hasil usaha kita.Kitalah yang meletakkan senyuman itu di wajahnya.

Sebagai rakan juga kita harus menegur perbuatannya jika ia lari dari landasan Islam. Sebagai tanda kasih sayang ingin bercinta hingga ke syurga. Namun teguran ini haruslah kita salurkan dengan baik , tidak terburu-buru dan berhati-hati agar persahabatan yang dibina terpelihara.

Tidak wajar kita menegur sahabat kita secara terbuka sehingga mengaibkannya di hadapan orang ramai. Begitu juga tidak wajar kita menjadikan teguran itu bahan lawak dan ejekan. Seharusnya ia di selitkan dengan berhati-hati agar ia lebih berkesan dan mudah diterima.

Hayatilah bingkisan sirah bagaimana cucu kepada Rasulullah SAW ingin membetulkan wudu' seorang lelaki tua. Beliau tidak terburu-buru menyatakan kesalahan lelaki tua tersebut tetapi meminta izin lelaki tua itu memeriksa wudu'nya. Dengan itu lelaki tua tersebut dapat mengetahui cara wudu' yang sebenar tanpa ada perasaan diperkecilkan. Inilah seni memberi nasihat yang kita harus dalami.

Jika niat untuk menegur itu sudah betul maka caranya juga harus betul. Semoga kita sama-sama dapat terus merasakan kemanisan ukhuwwah.

Selasa, 29 Mac 2011

Aku juga pernah menangis



Aku tidak selalu kuat , itu aku akui.
Aku juga pernah menangis saat aku bersendiri.

Aku ingin sekali jika kita bersama melangkah ke syurga.
Aku ingin memaksa dan menarik mu bersama.
Namun soal hati bukan aku yang punya.

Juga saat aku lemah.
Aku mengharap kau bisa memangku ku semula ,
keluar dari lembah yang hina.

Saat dirimu melakukan kemungkaran di depanku.
Hanya DIA yang tahu perasaanku.
Lebih pedih dari besi yang menusuk dan menembusi jasadku.

Alangkah indahnya jika kita semua dapat bersama.
Berjuang di bawah satu panji yang sama.
Sungguh aku ingin engkau disisi ku dalam satu barisan.
Dengan cinta sebagai ikatan.

Isnin, 28 Mac 2011

Hendak mati


Larilah sejauh mana pun mati tetap akan berada di sisi mu. Terbanglah setinggi mana pun mati tetap juga akan menjemput mu. Sejuta harta juga tidak dapat menyelamatkan mu. Begitu juga pangkat dan kuasa.Bila tiba masanya kita harus pergi juga.

Yang menarik mengenai mati adalah ia suatu yang pasti dan tidak pasti.Mati pasti akan menjemput kita. Tetapi yang kita tak pasti adalah bila dan di mana.

Kerana mati itu pasti maka pastilah juga kita hentak mati dalam keadaan yang diredhai dan di terima disisi ALLAH SWT. Oleh kerana kita tidak pasti bila kematian itu akan sampai maka perlulah kita menjaga amalan setiap masa.

Berusaha sedaya upaya agar tidak jatuh dalam kemaksiatan.Sentiasa kembali bertaubat apabila melakukan kemaksiatan dan menjaga niat dalam amalan. Takut-takut kematian itu tiba pada masa mana kita sedang melakukan maksiat kepada ALLAH.

Sabda Rasulullah yang di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sebuah hadis yang panjang maksudnya "..Demi ALLAH yang tiada ilah melainkannya , ada diantara kalian melakukan amalan ahli syurga sehingga jaraknya dengan syurga tinggal sehasta namun telah ditetapkan dia beramal dengan amalan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam api neraka , sesungguhnya ada di antara kalian yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak dia dengan neraka tinggal sehasta namun telah ditetapkan dia beramal dengan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga".

Jumaat, 4 Mac 2011

Buktikanlah




"Faham ke murid-murid?" tanya cikgu selepas selesai menerangkan pelajaran yang ingin di sampaikan. Sambil melihat kepada semua murid-muridnya.

"Ok ada soalan tak?" tanya cikgu lagi inginkan kepastian adakah murid-muridnya faham apa yang telah diajar. "Kamu macam ada soalan je Leya" tanya cikgu kerana melihat muka muridnya itu seperti ada soalan yang terbuku.

"Tak ada cikgu" jawab Leya ringkas.


Setelah sekian lama tiba lah musim peperiksaan bagi menguji kefahaman murid-murid sekalian. Setelah musim peperiksaan berlalu. Guru-guru pun menanda kertas murid-murid dan memulangkannya semula.

"Leya mari sini sekejap" panggil cikgu apabila tiba gilirannya mengambil markah.

"Cikgu tengok dalam banyak-banyak soalan satu je yang kamu jawab betul.Betul ke kamu faham apa yang cikgu ajar nih? soal cikgu kepadanya.

"Alamak nak cakap apa nih" gumam hati Leya.

Begitulah contoh ringkas mengenai perlunya amalan bagi membuktikan kefahaman. Jika kita faham akan sesuatu perkara kita akan membuktikannya dengan amalan dan perilaku.

Sekiranya pemahaman di dalam kelas di buktikan ketika menjawab peperiksaan begitu juga kefahaman dan kesedaran kita terhadap agama Islam yang perlu di buktikan dengan amalan dan perilaku harian.

Sekiranya kita faham mengenai suruhan dan juga larangan ALLAH bukti kefahaman kita adalah dengan melakukan segala apa yang diperintahkan dan menjauhi segala yang di larang. Ambil sedikit masa untuk termenung. Betulkah kita telah benar-benar faham. Jika kita yakin kita sudah faham maka di mana pula buktinya?

Selasa, 15 Februari 2011

Salam maulidur rasul



Bersyukur kepada Allah SWT kita dapat lagi hidup sehingga ke saat ini.Merasai nikmat yang bukan setiap manusia dapat merasainya.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW kerana dengan titik peluh dan darah perjuangan baginda dan para sahabat , Islam dapat sampai kepada kita hari ini.

Merentas seluruh dunia. Ummat Islam menyambut kelahiran junjungan besar dengan cara tersendiri mengikut kesesuaian setempat. Namun apa signifikan sambutan ini sebenarnya?

Kita melihat ramai yang membuat status di facebook dan laman-laman sosial lain menunjukkan bertapa mereka menyambut dan membesarkan hari kelahiran nabi. Namun adakah ini semua cukup? Adakah begini sambutan yang sepatutnya?

Sekali setahun memperingati dan menghayati perjuangan junjungan besar amat tidak berpatutan.Kerana baginda menghabiskan hampir semua hidup baginda sebagai tanda kasih sayangnya kepada ummat menyebarkan Islam sampai kepada kita.

Sambutan yang sepatutnya adalah yang membuahkan kesedaran. Dan kesedaran itu pula adalah sia-sia jika tidak membuahkan amalan dan tindakan. Sebagai tanda hormat sayang dan kasih kita kepada Rasulullah seharusnya kita mengikuti dan mengamalkan ajaran beliau setiap hari.

Bukan hanya menyambut sekali setahun tetapi setiap hari.

Ambil sedikit masa . Tanyalah pada diri sendiri. Apa nilai hari ini yang kita lalui. Adakah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh nabi?

Salam maulidur rasul.

Rindu




Andai lenaku terlalu panjang hingga tak sedar mentari bersinar.
Aku mengharap ikhlas mu menggoncang tubuhku agar kembali sedar.

Andai lorong yang ku pilih menuju kelam gelita.
Harap diri mu sudi memimpin tanganku bak cahaya pelita.

Aku tahu diri ini tak gagah laksana perwira di medan perang.
Juga bukan menteri yang bijak bersuara lantang.

Cukup aku insan biasa.
Mengharap teguran setiap masa.

Jangan engkau lepaskan tanganku membiar aku terjatuh.
Saat daku degil tidak menerima nasihat kerana angkuh.

Saat aku sudah buta tak mampu berbicara.
Harap ada yang sudi membisik harapan sebagai saudara.

Ingatkan aku kecilnya nilai sejuta harta.
Andai dahi tidak melekat di tanah menyembah pencipta.

Ingatkan aku gelak tawa dan hiburan akan terhenti.
Kerna akhir kita ke kubur juga nanti.

Ku rindu dakapanmu semua erat.
Ku rindu kalian wahai sahabat.

Isnin, 24 Januari 2011

Susah susah sahaja



Tengah tension ke? Stress? Kenapa tak hisap rokok?
Tak nak rokok ada shisha?

Rasa kesunyian? Ingin merasa dicintai dan mencintai?
Kenapa tak couple je?

Tiap-tiap hari pergi kelas? Balik kelas ulangkaji lagi?
Tak penat ke? Kenapa tak ponteng je sekali sekala?

Kenapa susah-susah nak pergi Masjid hari jumaat?
Masjid dah la jauh sesak pulak , kenapa tak solat kat rumah je?

Kenapa semangat sangat bangun awal pagi pergi jogging?
Layan sambung tidur sampai petang kan sedap?

Kenapa tak pakai short je main bola? Kenapa semangat
sangat nak tutup lutut?

Kenapa nak susah-susah usrah sana sini? Kenapa tak baca buku agama
sorang-sorang je kat bilik?

Kenapa tak makan je dekat McDonald? Kenapa tak makan je burger ayam
atau daging? Walaupun tak sembelih ayam tetap ayam kan , bukanya babi?

Kenapa pening-pening nak jaga waktu solat? Kenapa tak jama' je semua?



Kerana hidup ada tujuan.

Rabu, 19 Januari 2011

Memandang sebuah kehidupan




Sepuluh tahun yang lalu aku hanya seorang budak sekolah . Hidup berlegar disekitar sekolah.Ilmu yang diterima lebih kepada suapan.Apa yang diajar oleh guru di sekolah itulah ilmu yang di telan. Banyak perkara yang diajar dihadam lebih melalui hafalan berbanding pemahaman. Dan kadangkala apa yang dihafal itu tidak pun di fahami.

Sepuluh tahun sebelum sepuluh tahun di sekolah pula aku hanya seorang anak kecil. Saat itu yang aku kenal hanya ibu dan ayah. Kakak dan adik. Hidup berlegar-legar di rumah dan berkepit dengan ibu. Bila rasa ibu tak ada atau rasa tidak selamat yang aku tahu adalah menangis. Selepas menangis keadaan akan kembali tenang bagi ku.

Aku telah melepasi sepuluh pertama dan juga sepuluh yang ke dua. Kini aku berada di permulaan sepuluh yang ketiga.Sepuluh yang ketiga adalah waktu yang tidak kurang pentingnya kerana di tempoh ini akan berlaku banyak perubahan yang akan menentukan kehidupan pada sepuluh yang keempat.

Di tempoh ini akan bermula pelbagai perkara baru yang tidak ada pada sepuluh pertama dan sepuluh kedua. Di tempoh ini akan bermula percintaan , pekerjaan , perkahwinan. Bermula kesedaran tentang keewangan , kehendak kepada permilikan harta dan material. Di tempoh ini kita akan berdepan dengan pilihan dan keputusan yang harus dipilih sendiri tanpa ada lagi suapan.

Kerana pentingnya hidup pada sepuluh yang ketiga ini maka lebih penting lagi bagi kita untuk memahami hakikat sebenar kehidupan. Kerana jika tidak jelas hakikat ini maka kita akan tersasar semasa membuat pilihan dan keputusan. Terjatuh dan mungkin tersesat pada sepuluh yang seterusnya.Maka apakah hakikat kehidupan kita?

Hakikat kehidupan kita terkandung dalam Surah Az-Zariyat ayat ke 56. Bacalah ayat ini dengan pemahaman yang matang dan serius.Bukan pemahaman ketika di sepuluh yang pertama atau kedua. Pentingnya kita jelas akan hakikat ini bukan sahaja dapat menjamin kehidupan kita sepuluh tahun lagi.Bahkan dapat menjamin kehidupan kita beratus ribu tahun lagi. Wallahualam.

Sabtu, 8 Januari 2011

Agar tidak menjadi debu.


Andai engkau telah sampai ke peluh yang terakhir.
Lengkapilah titisan-titisan peluh itu dengan tawakkal dan harapan.

Andai di hujung jalanmu adalah kekecewaan.
Ketahuilah bahawa setiap peluh yang terhasil tidak sia-sia.
Andai tulus niat di permulaan.

Andai esok engkau di takdirkan gagal.
Teruskanlah usahamu pada hari lusa dan seterusnya.

Andai kata engkau merasakan putus asa.
Sedarlah semula bahawa DIA sentiasa ada.

Andai dihujung jalanmu adalah kegembiraan.
Ketahuilah bahawa ia bukan dari peluh-peluh mu itu.
Tapi dari rahmat dan kasih sayang NYA.

Andai esok engkau ditakdirkan berjaya.
Jangan engkau lupa jasa mereka yang membantumu.

Moga segala yang engkau korbankan disimpul bersama ikhlas.
Kerana tanpa simpulan ikhlas usahamu bak debu.

Moga segala keputusan dapat diterima dengan simpulan redha.
Kerana simpulan redha adalah tanda keimananmu.






Ahad, 12 Disember 2010

Bodoh sombong dan berjaya


Sebastian (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang rajin. Belajar siang malam. Pergi mana-mana bawa buku.Sebastian dengan buku boleh diumpamakan bagai pasangan yang hangat bercinta. Selalu melekat bersama. Dia juga tak pernah 'miss' kelas. Hormat guru. Memang lengkap lah. Namun dia tak pernah berdoa kepada ALLAH untuk memohon kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori satu iaitu sombong.

Lain pula kisahnya dengan Allen (juga bukan nama sebenar). Dapat masuk universiti kerana nasib baik. Di kelas Allen macam 'chipsmore' sekejap ada sekejap tiada. Kalau nak tengok Allen ni study memang satu usaha yang sia-sia. Tak pernah nak berusaha. Kerja rumah semua tiru. Boleh kata usaha memang 'zero percent' . Malas punya Allen nih bukan takat usaha , nak berdoa minta kejayaan pun malas. Kita kategorikan dia dalam kategori dua iaitu bodoh sombong.

Si Martin (nama samaran) juga berbeza kisahnya. Nak cerita alimnya Martin nih pagi berdoa , tengahari berdoa lagi , petang pon doa juga . Sebelum tidur pun Martin berdoa mengharap pertolongan dan kejayaan dari ALLAH. Tapi yang kurangnya Martin ini adalah usaha. Walaupun pagi petang siang malam Martin berdoa satu helai 'page' pun dia tak pernah baca. Macam mana nak baca sebab buku teks pun tak ada. Tak pinjam kat perpustakaan. Kita kategorikan dia dalam kategori tiga iaitu bodoh.

Yang tinggal adalah Robbie (juga nama samaran). Robbie nih kalau nak dikatakan pandai tak juga. Sebab selalu dapat markah average sahaja. Tapi jika dilihat usaha yang Robbie buat memang boleh tabik. Tumpuan dalam kelas seratus peratus. Balik hostel buat revision. Robbie juga sentiasa berdoa kepada ALLAH agar menerima segala peluh yang terhasil dari penat usahanya diterima ALLAH sebagai ibadah. Robbie juga berdoa agar dia dikurniakan kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori empat iaitu berjaya.

Jumaat, 26 November 2010

Setiap saat yang berlalu


"Sedar-sedar dah pukul 5 pagi"

Mungkin itu satu dailog yang biasa bagi seseorang apabila melakukan sesuatu perkara. Atau dengan kata lain 'doing something that you enjoy'. Keadaan minda akan terasa masa berlalu dengan pantas apabila sibuk melakukan sesuatu perkara. Sebaliknya ia berjalan dengan perlahan jika dihabiskan dengan tidak membuat apa-apa.Contohnya ketika menunggu sesuatu atau seseorang.Masa akan terasa panjang. Ia akan menjadi lebih panjang apabila yang ditunggu adalah sesuatu yang mendebarkan.

Namun secara realiti dan logik akal ,masa yang dirasakan lama dan pendek itu adalah sama. Jika masa menunggu sesuatu adalah 1 jam ia tetap sama 1 jam jika masa itu digunakan untuk melakukan sesuatu perkara.Tidak akan ada perubahan dari segi nilai minit dan saat yang terkandung dalam 1 jam.

Kita dapat lihat pelbagai ungkapan mengenai masa bagi mendefinisikan masa seperti "Masa adalah kehidupan" . "Time you enjoy wasting is not a wasted time". Namun dengan definisi ini kita masih belum dapat menghargai masa sebagaimana yang sepatutnya. Seperti kita tidak dapat menghargai kesihatan hingga kita jatuh sakit. Dan adakah kita akan dapat menghargai masa hanya bila kita sudah tiada masa? Dengan kata lain sudah terlambat atau dalam bahasa Inggeris "When your life is at the end , what would you feel if you were given another tomorrow?"

Isu masa sangat kritikal kerana setiap saat yang sudah terlepas mustahil dapat diraih semula.Atau dengan kata mudah "There's no second chance". Jadi pastikan ada sesuatu yang berharga dan dapat diraih seiring dengan masa yang berlalu.

"Ponder every second you have , because you'll never feel it again. You only got one shot "

Jumaat, 29 Oktober 2010

Selamat pagi


Sebelum matahari bersinar bukalah matamu. Hari baru telah tiba.

Mandikanlah dirimu dengan kekhusyukan dan ketenangan Solat Subuh.

Gosokkan hatimu dengan alunan ayat-ayat Al-Qur'an. Moga gosokan itu berjaya melunturkan segala kehitaman.

Buanglah segala najis-najis dendam dan juga najis-najis dengki . Semoga perutmu terasa lega dengan kemaafan.

Pakaikanlah dirimu dengan keindahan baju taqwa.

Semburlah dirimu dengan haruman iman dan akhlak yang mulia. Agar dapat menempuh hari baru dengan berjaya.

Moga hari baru yang bakal ditempa menjadi bekalan di akhirat sana.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Langkah kecil


Mari dengar cerita buat sesiapa yang ada kelapangan.

Ada seorang budak. Dia belajar di Malaysia oleh itu dia terpaksa mengikuti sistem pembelajaran di Malaysia. Kerana dia sudah berumur 17 tahun maka terpaksalah dia mengambil peperiksaan bertulis iaitu SPM.

Budak bukanlah seorang murid yang pandai. Dia tidak bijak. Tidak selalu di puji guru-guru. Tidak menjadi murid kesayangan cikgu. Apatah lagi menjadi pelajar harapan sekolah. Akhlaknya pon boleh dikatakan biasa sahaja. Nakal pun ada. Senang kata budak sekolah biasa.

Tapi kerana dia takut akan peperiksaan yang bakal dialami di penghujung tahun. Dia mengambil satu langkah positif kecil . Setiap kali kelas dia akan bertanya kepada cikgu 1 soalan. Walaupun dia faham semua yang di ajar dia akan cuba juga sedaya upaya bertanya 1 soalan. Dan mendapatkan penerangan.

Nak dipendekkan cerita sejak dia memulakan langkah kecil itu. Dengan izin ALLAH budak tersebut lebih mudah faham apa yang cikgu-cikgu ajar. Dan nak jadikan lagi pendek budak tersebut berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan untuk menyambung pembelajaran di universiti. Di universiti budak tersebut masih meneruskan langkah kecil yang di mulakanya di bangku sekolah.

Dengan izin ALLAH budak tersebut terus mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat automotif di eropah selepas menamatkan pengajian tingginya dengan cemerlang.

Angin menghembus laju. Budak tersebut kini bukan lagi seorang budak. Sudah menjadi seorang lelaki dewasa. Dia menutup tingkap dan merenung ke luar. Musim sejuk kini makin hampir. Namun dia terus merenung sambil fikirannya melayang ke zaman sekolah.

Dia tersenyum. Dahulu dia selalu di ejek kawan-kawan kerana terlalu banyak bertanya dan membuatkan dia sakit hati. Namun kini semuanya manis malah dia merindui rakan-rakan yang selalu menyakatnya. Dia tak pernah menyangka langkah kecilnya dulu sudah membawanya jauh beribu-ribu batu. Tanpa disedari ketulan salji kecil mula jatuh hinggap ke tingkap.

.............................

Sudut renungan . Beberapa peribahasa :

1. Make that small step. You'll never know where it will take you.
2. A million miles journey start with a single step.
3. Orang hanya boleh berkata-kata kamu yang bertindak dan membuat keputusan.




Jumaat, 8 Oktober 2010

Tidak ku cinta


"Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum kamu saling cinta mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu kerjakan , nescaya kamu akan saling cinta mencintai? - Sebarkanlah salam di kalangan kamu."

(HR Muslim)

.........


Tidak ku cinta kamu sahabatku melainkan kerana ALLAH.

Jumaat, 3 September 2010

Banyak sangat ke?


Kadang-kadang bila kita bersedekah atau memberi infaq terdetik perasaan kita sudah melakukan amalan besar. Sedangkan apa yang kita lakukan teramatlah sedikit. Detikan-detikan hati ini perlu kita jaga agar amalan yang kita lakukan tidak rosak dan sia-sia.

Persoalannya bagaimana kita mahu merasakan apa yang kita beri hanya sedikit lantas mematikan detikan-detikan ini?

Salah satu caranya adalah menoleh semula kepada sirah Rasulullah SAW bersama para sahabat.
Ketika Abu Bakar bersedekah. Yang ditinggalkan untuk diri dan keluarganya hanya ALLAH dan Rasul. Bagaimana pula dengan kita?

Adakah jika kita mempunyai RM100 di dalam akaun bank akan kita keluarkan semuanya untuk memberi sedekah? Atau hanya memberi RM10? Atau RM20?

Sekiranya Abu Bakar mempunyai akaun bank ketika itu tentu sahaja tiada lagi baki simpanan didalam akaun beliau. Oleh itu sama-sama lah kita menjaga kualiti amal kita agar mendapat redha ALLAH SWT.

p/s : Tingkatkan amalan di bulan Ramadhan ini.



Sabtu, 21 Ogos 2010

Nak pergi mana?


Toleh sana toleh sini.
Yang kelihatan pemuda-pemudi yang hilang akhlaknya. Sedikit sahaja rasa hormat.

Baca sana baca sini.
Yang didapati reputnya sikap amanah pemimpin. Yang dikejar dua tiga juta harta dunia tanpa dikira segala amanat.

Pergi sana pergi sini.
Yang dijumpai hanya hiburan. Cinta tanpa penghayatan. Rosak sistem keluarga dan masyarakat.

Dengar sana dengar sini.
Di radio dengar bayi dijumpai. Di televisyen bayi sudah jadi mayat.


Apakah ini insan-insan yang ada pendidikan?

Adakah ini masyarakat yang bertamadun?

Adakah ini negara yang moden?

Apa pula nilai pendidikan tanpa akhlak?

Apa pula maksud ketamadunan ?

Apa itu kemodenan?



Jumaat, 6 Ogos 2010

Masamu kan terhenti


Akan tiba masa saat airmata
tidak mampu lagi memadamkan dosa.

Saat maaf tidak lagi diterima.

Saat pintu sudah tidak lagi dibuka.

Saat usaha tidak lagi dikira.

Saat itu kita hanya mampu
menunggu dan menerima.

Saat pengakhiran hanya dua.

Sementara saat itu belum tiba
aturlah langkah anda segera.

Membuang rasa


Syukri (bukan nama sebenar) pergi ke pusat membeli belah bersama rakannya Salim (bukan nama sebenar juga) . Mereka berjalan-jalan sambil melihat pakaian untuk dibeli bagi bergaya di Aidilfitri nanti. Sampai ke satu kedai Syukri mencadangkan kepada Salim satu baju kepada Salim. Baju itu agak lawa . Salim berkata " Apalah ang nih baju takde brand langsung , segan ar aku nak pakai , kita tengok belah depan sana sket ar " .

Maka ada manusia meletakkan maruah pada gaya dan nilai material.

Lepas membeli belah mereka pun segera ke basement tempat kereta di parking . Lalu menuju ke restoran di taman perumahan berhampiran. Masuk dikedai Syukri ternampak Azhar (Pun bukan nama sebenar) . "Eh tu macam Azhar , join dia la jom ". Sambila makan mereka berborak. Maklumlah kawan sekolah lama tak jumpa. "Ko belajar mana Azhar?" tanya Salim. Sambil membetulkan baju Azhar menjawab dengan penuh bangga " Hey aku belajar kat London ar amek Master in Mathematics ".

Maka ada manusia meletakkan maruah pada prestasi dan pencapaian diri.

"Fuh mantap ar ko Azhar " balas Salim. " Haa.. standard aku ar . Sana awek pun cun elaun pun banyak , haha. " sambung Azhar dengan bangga yang belum habis lagi. "Elaun ko berapa?" giliran Syukri pulak menyoal. Sambil membetulkan baju sekali lagi Azhar membalas" 3-4 ribu ringgit jugak la".

Maka ada manusia meletakkan maruah pada harta dan kekayaan.

Habis makan Azhar meminta diri awal. Katanya ada dia perlu berjumpa dengan doktor kerana ada appointment. Syukri dan Salim kemudian kembali ke kereta. Syukri membelok ke kiri dan menghala ke Petaling Jaya. Sambil menukar-nukar channel radio di penel depan kereta Salim bertanya "Eh ko kat UKM takde masuk kelab mana-mana ke?" . "Eh apa plak takde aku presiden kelab gotong royong kut kat UKM , aku punya tempat memang bawah sikit je dari Dekan" .

Maka ada manusia meletakkan maruah pada pangkat dan kekuasaan.


Hayati sejenak :

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian menutup aurat kamu , dan pakailah perhiasan , dan pakaian yang berupa Taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda ALLAH supaya mereka mengenangnya" (Al-A'raf:26)

Maka kita seharusnya meletakkan maruah kita pada taqwa dan keimanan.

Namun tidak bermakna kita menolak material , prestasi , harta , mahupun pangkat secara bulat-bulat. Kerana ianya merupakan nikmat dan kurnia dari ALLAH. Cuma tidak perlu ia dijadikan keutamaan atau tujuan. Cukuplah kita mengingati ia sebagai pinjaman dari ALLAH yang pada bila-bila masa dapat diambil semula. Wallahualam.




Isnin, 5 Julai 2010

Hazel , coklat dan biru


Dunia ini sememangnya indah. Pelbagai warna mewarnai dunia. Jikalau semuanya merah pasti tidak menarik. Kalau semua hijau juga pasti membosankan. Jadi variasi warna membentuk satu planet yang menarik dan kita namakannya sebagai bumi.

Terdapat pelbagai hidupan di bumi seperti haiwan , bakteria , tumbuhan dan manusia. Dan dikalangan manusia pula terdapat pelbagai bangsa atau dalam bahasa Inggeris 'race'. Garis pemisah antara pelbagai bangsa ini dengan ketara dapat dilihat. Pertama dari sudut fizikal . Ada yang dilahirkan dengan mata bewarna hazel dan ada yang biru. Ada juga yang dilahirkan dengan kulit yang berwarna coklat sementara yang lain bewarna putih.

Perbezaan yang kedua adalah dari segi bahasa dan budaya. Setiap bangsa ada identiti tersendiri. Mereka mempunyai budaya yang sesuai dengan keadaan geografi setempat. Jika bangsa itu hidupnya di kawasan pegunungan maka budayanya mungkin berbeza dengan bangsa yang tinggal di pantai atau pulau.

Seiring dengan putaran bumi masa juga berputar dengan pantas. Putaran masa mencipta lipatan-lipatan sejarah dan membawa dunia ke era baru . Era globalisasi . Di era ini sempadan-sempadan bangsa mula mengecil . Pelbagai bangsa mula hidup dalam satu komuniti. Wujudnya 'multi-racial community' . Hampir semua negara di dunia kini dihuni lebih dari satu bangsa dan Malaysia tidak terkecuali.

Oleh sebab itu kita kini perlu melihat manusia bukan lagi di garisan bangsa. Kerana pemikiran seperti ini melahirkan insan yang obses dengan bangsa sedangkan semua bangsa adalah manusia sama yang mempunyai kelemahan dan kebaikan. Namun bukanlah bererti dengan lahirnya persamaan kita melupakan adat dan budaya.

Maka garis mana yang harus kita ambil jika tiada lagi garis bangsa?

Semestilah garis yang dapat menyatukan semua bangsa. Tidak lain dan tidak bukan , Islam sebagai agen penyatuan. Dalam konsep penyatuan ini tiada lagi masalah 'racist' kerana Islam memandang semua manusia sebagai makhluk ALLAH yang sama. Dan Islam tidak mengajar penganutnya membenci agama lain tetapi menghormati mereka dan mengajak mereka kepada kebenaran. Satu kisah untuk dikongsi.

Di lapangan terbang kelihatan sekumpulan pelajar yang sama bangsa mereka. Mereka bersama-sama mahu pulang ke kampung dan negara asal. Di lapangan terbang itu juga terdapat seorang pelajar berbangsa lain tetapi dari negara yang sama. Mereka dapat bertutur dalam bahasa yang sama. Oleh kerana terdapat perbezaan mereka tidak bergaul dan tinggallah pelajar yang berlainan bangsa tadi keseorangan menanti waktu pelepasan.

Apakah perasaan pelajar yang berseorangan itu ?

Fikir-fikirkanlah.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu" (Surah Al-Hujarat:13)


Selasa, 4 Mei 2010

Sebab kenapa


Ada ketika dalam melayari bahtera kehidupan kita kehilangan sebab atau tujuan. Atau dengan kata lain mengapa kita lakukan sesuatu.

Kalau kita mencintai seseorang kerana kecantikannya satu hari kecantikan itu akan hilang. Jika kita menyukai seseorang kerana hartanya satu hari nanti hartanya akan habis dan kita tidak lagi menyukainya.

Andai kita belajar dan menuntut ilmu dengan tujuan semata-mata mahu kerja yang bagus dan gaji yang besar jika diakhir pembelajaran itu semua tidak kita kecapi kita akan menyesal dan mula hilang sebab dan tertanya pada diri "Mengapa lah aku bersungguh-sungguh belajar".

Dan jika kita sentiasa bersenam dan membina badan. Dengan harapan mendapat bentuk badan idaman serta kesihatan yang berpanjangan tapi di akhirnya kita jatuh sakit kita akan mula mengeluh hilang sebab dan tertanya pada diri "Sia-sia lah usaha aku selama ini".

Bila kita bersahabat dengan harapan kita akan mendapat keuntungan atau apa-apa faedah atas persahabatan yang dijalinkan dan akhirnya kita di khianati . Kita mula menyalahkan sahabat kita hilang sebab dan tertanya pada diri "Buat apa lah aku kawan dengan dia nih".

Pergi ke kedai kita memilih barang yang paling berkualiti tidak kira mahal harganya asal dapat bertahan lama dan cantik luarannya . Tapi di akhirnya barang tersebut rosak juga akhirnya. Kita mula hilang sebab dan tertanya pada diri "Baik aku beli yang murah je tadi , sia-sia betul".

Tetapi jika kita lakukan semua perkara itu kerana ALLAH. Dengan niat yang suci dan tidak dicemari insyaALLAH sebab itu tidak akan hilang walau bagaimana pun akhirnya. Mencintai seseorang kerana ALLAH , maka ALLAH ada selama-lamanya maka tidak akan hilang sebab itu.


Ahad, 4 April 2010

Kearah Kesedaran


"Ramai manusia yang bangga dengan nama dan status sebagai orang Islam namun Islam tiada dalam tuturkata , tindakan , mahupun hati mereka"
Assyahid Dr. Abdul Kadir Audah


Rata-rata remaja hari ini sudah pudar dalam hidup mereka warna-warna Islam. Tidak bersinar Islam dalam perjalanan harian mereka. Leka dengan arus hiburan yang melampau. Namun semua ini bukanlah kesalahan mutlak mereka semata-mata. Sistem hidup mereka yang di program sebegitu.Dari mana datangnya sistem ini?

Jatuhnya sistem khilafah di muka bumi menyaksikan kemasukan imperialisme ke negara-negara Islam lantas meracuni penduduk setempat dengan idea sekularisme. Sekularisme disanjung serta dikaitkan dengan kemodenan dan ketamadunan sehingga ia menjadi dominan dan sukar di ubah semula.

Idea ini pantas merebak ke dalam perundangan negara , pendidikan remaja dan budaya masyarakat. Masyarakat yang selama ini jernih kini keruh dengan pelbagai penyakit sosial berkat dari idea sekularisme yang kini diteruskan pimpinan tempatan yang sudah dididik oleh penjajah. Kesannya dahsyat. Bukan merosakkan satu atau dua individu. Tetapi lahir satu sistem yang mendidik generasi. Dari satu generasi ke generasi yang lain. Idea asal kini bukan lagi idea tetapi sudah berevolusi menjadi budaya dan tradisi. Timbul soalan apa itu sekularisme?


Sekularisme adalah idea yang memisahkan kehidupan seharian seperti perundangan dan pendidikan dengan keagamaan. Islam cuma hidup di masjid. Tiada Islam di waktu kerja. Tiada Islam dalam subjek-subjek sains yang di ajar di sekolah. Tiada Islam dalam sistem pentadbiran , parlimen mahupun perundangan. Undang-undang sivil mengatasi undang-undang syariah. Maka lahirlah masyarakat yang buta Al-Qur'an. Remaja yang hilang identiti. Manusia yang tiada hala tuju hidup.

Maka di mana ubat bagi generasi remaja masa kini? Disinilah timbulnya pentingnya kesedaran Islam semula. Perlu ada didikan Islam bagi menjernihkan semula hati. Disinilah titiknya dimana perlunya usrah ,halaqat atau apa saja namanya yang membawa hati-hati remaja ini mengenali semula identiti mereka. Mereka adalah remaja Islam yang sihat , cergas dan bebas merdeka. Merdeka dari semua masalah sosial. Merdeka pemikiran dan minda.

Isnin, 29 Mac 2010

Hope



Hope sees the invisible, feels the intangible and achieves the impossible.

Khamis, 18 Mac 2010

Semakin hari semakin


Satu hari seorang pakcik membeli sebuah kereta baru. Kereta yang cantik berkilat . Warna biru. Kereta itu di jaga dengan baik. Sentiasa di bersihkan dan di polish.

Pakcik menggunakan kereta tersebut hari-hari. Kerana dia hanya mempunyai satu kereta. Ke kedai dia membawa kereta biru itu. Ke pajabat . Ke taman bunga. Ke musium. Ke pejabat pos. Ke restoran. Semuanya menggunakan kereta yang sama. Kereta berwarna biru.

Kereta berwarna biru itu sangat kerap di gunakan . Pelbagai cuaca ia redahi. Panas. Sejuk .Mendung. Hujan renyai-renyai. Hujan lebat. Oleh itu semakin hari warna biru kereta itu semakin pudar. Pakcik yang dulunya sering polish dan bersihkan kereta tersebut kini sudah tidak lagi. Mungkin disebabkan perasaan malas atau tidak ambil kisah lagi.

Semakin hari semakin pudarlah warna kereta tersebut. Dek kerana tiada penjagaan lagi kereta biru itu semakin parah. Dan kini mula timbul karat. Semakin hari semakin bertambah karatnya. Pakcik kini tidak kisah lagi. Dia mahu beli kereta baru.


Begitu sedikit perumpamaan mengenai hati. Hati yang diberikan kepada kita hanya satu. Dan dengan satu hati ini kita menyimpan takwa kita. Tiap-tiap hari kita akan melalui pelbagai keadaan yang akan memberi kesan kepada hati. Secara umum dan jelas suasana hari ini tidak membawa kepada penyucian dan penjagaan hati. Sebaliknya memudarkan iman di hati . Malah lebih parah mengaratkan hati .


Oleh itu secara sedar dan faham kita perlu sentiasa menjaga hati dengan menjaga hubungan dengan ALLAH dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang menjurus kepada dosa. Suasana yang teruk hari ini akan menjejaskan hati. Biarpun kita berusaha keras menjaga hati. Dengan satu hati inilah kita akan pulang kepada ALLAH. Dan mempersembahkan satu hati tersebut. Cuma bezanya hati dengan kereta biru adalah kita tidak dapat membeli hati yang baru.
Jagalah hati kerana disitu terletaknya pandangan ALLAH.

"Pada hari anak-anak dan harta tidak lagi berguna. Kecuali orang yang mengadap ALLAH dengan hati yang bersih" (Asy-Syuara': 88-89)

Selasa, 16 Februari 2010

Itu adalah cinta

Sofya melihat ke dalam mata jernih berwarna 'hazel'. Bayi seberat 2.5 kg itu di peluk erat. Dia mengharapkan anaknya itu membesar dengan sihat. Tiada ibu yang waras menginginkan keburukan kepada permata hatinya.

Aizat membesar sebagaimana kanak-kanak lain. Nakal, manja, suka bermain. Segala-galanya normal. Belajar juga normal baginya. Dari tadika ke sekolah rendah. Dari sekolah menengah ke universiti. Kasih sayang ibu berkorban bagi melihat anaknya berjaya dalam hidup. Biar pun membesarkan seorang anak bukanlah mudah seperti membela ikan atau kucing.

Segala budi pekerti, akhlak dan peribadi dibentuk. Kesusahan mencari rezeki tidak pernah di ungkapkan mahu pun di tunjukkan kepada Aizat .

Entah dimana silapnya. Bukan kehendak seorang ibu mahu disisihkan. Bukan juga seorang ibu itu mahu jasa tulus ikhlasnya di balas dengan kemewahan. Cukuplah secebis kasih sayang sebagaimana layaknya seorang ibu.

Memang sifat manusia mudah lupa. Meningkatnya usia manusia tidak lagi mengingati peristiwa pengorbanan seorang ibu di kala dia bayi dan kanak-kanak. Apabila bertemu pasangan hidup Aizat merasakan hidupnya telah sempurna. Cinta seorang wanita. Itulah cinta yang di rasakan pelengkap hidupnya walaupun cinta itu baru dijumpai.

Sedangkan cinta dan kasih sayang ibu selama belasan tahun langsung dilupakan. Seolah-olah tidak pernah berlaku. Kini Sofya termenung di rumah orang tua-tua. Termenung di mana silapnya mendidik seorang anak. Memikirkan di mana nilai cinta yang di curahkan selama ini. Cintanya kepada anaknya tidak pernah pudar. Kerana cinta ibu bukan cinta biasa. Cinta ibu lah yang meletakkan Aizat di tempatnya sekarang. Itulah cinta.

Selasa, 19 Januari 2010

Hari-hari penuh senyuman


Ambil roti dalam peti
Makan roti sambil cicah kaya
Jangan menangis walaupun gagal hari ini
Kerana gagal adalah langkah untuk berjaya


Pandulah kereta menepati had laju
Kerana terlalu laju sangat bahaya
Jangan sedih dengan perkara lalu
Kerana tidak ada yang boleh mengubahnya


Pergi bercuti di Bangkok
Singgah sebentar di Pattani
Siaplah untuk esok
Kerana semua orang boleh mencorak esok hari


Jangan suka bertangguh
Nanti menyesal kemudian
Berusahalah bersungguh-sungguh
Kemudian bertawakkal bagi kejayaan

Adik main kejar-kejar
Berhenti sebentar makan gula-gula
Kalau penat belajar
Berehat sebentar sebelum bermula semula


Amin seorang pelajar yang kreatif
Dia juga pelajar aktif
Selalulah fikir positif
Walaupun suasana tidak kondusif

Sabtu, 16 Januari 2010

Sabtu, 9 Januari 2010

Tali mengikat manusia


"The state of being friend ; association as friends : to value a person's friendship."

Phrase diatas adalah salah satu maksud yang diberi oleh laman web Dictionary.com mengenai persahabatan. Manakala dari sudut pandangan Islam ia disebut sebagai Ukhuwwah. Nabi mengungkapkan mengenai Ukhuwwah dalam satu hadith riwayat Muslim "Tidak sempurna iman seseorang bila ia tidak mengasihi (mahabbah) antara sesamanya"

Berjalan bersama

Antara cara dari pelbagai cara bagi mengeratkan persahabatan adalah dengan berjalan atau bermusafir bersama. Melalui kaedah ini kita dapat memahami sahabat kita dengan lebih mendalam. Kita akan mengetahui apa respondnya terhadap sesuatu. Bagaimana dia menyelesaikan masalah. Pandangannya terhadap perkara. Lantas memudahkan lagi interaksi.

Bercakap bersama

Bercakap atau bertutur adalah asas komunikasi. Ia diajar sejak manusia kecil lagi oleh ibubapa atau pun guru tadika. Dan ia juga berupakan asas kepada satu hubungan. Dengan bercakap bersama pelbagai pemahaman dapat kita ketahui mengenai sahabat kita.

Bergaduh bersama

Jika dikatakan bersahabat mestilah umum memahami bahawa ia terdiri lebih dari satu orang atau lebih dari satu subjek. Contohnya ada manusia yang membela haiwan dan menganggapnya sebagai teman. Dari segi interaksi manusia juga ia melibatkan dua atau lebih manusia bagi wujudnya persahabatan.

Fitrah manusia berbeza antara satu sama lain. Identical twins sekali pun mempunyai perbezaan masakan dua insan yang berlainan ayah dan ibu. Atas faktor ini akan wujud perbezaaan pendapat dan perbalahan. Sesuatu persahabatan tidak akan lari dari pergaduhan.Pergaduhan dalam persahabatan terbahagi kepada positif dan negatif.

Pergaduhan positif adalah sesuatu yang normal dan common dalam hubungan manusia. Ia akan mengakrabkan lagi hubungan apabila setelah selesai bergaduh , peserta pergaduhan kembali memohon maaf dan bertoleransi. Dengan ini mereka akan mengetahui apa yang tidak di sukai sahabat dan berusaha mengelakkannya. Maka persahabatan akan lebih kukuh dan teguh.

Pergaduhan negatif juga adalah sesuatu yang common namun tidaklah begitu normal dalam hubungan manusia. Pergaduhan seperti ini lebih berasaskan dendam dan tidak mahu lagi kepada persahabatan. Pergaduhan seperti ini di tegah oleh Islam.

Berfikir bersama

Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir sejauh mana tahap Ukhuwah kita. Sama-sama kita membina persahabatan yang dapat memberi 'mutual benefit '. Agar kita dan sahabat kita dapat sama-sama dekat kepada ALLAH. Dalam mencapai tujuan sebenar sesuatu persahabatan iaitu Keredhaan ALLAH S.W.T. Wallaualam.