Sabtu, 30 Ogos 2008
ALLAH tahu apa yang terbaik buatmu.
Jumaat, 29 Ogos 2008
Semoga Perantauan Kalian Diredhai ALLAH
Tetapi semasa menghantar Fawwaz x sempat nak bersalaman kerana dibatasi kelas pada sebelah petang.Namun, Alhamdulillah sempat juga melihatnya dan mengucapkan selamat jalan.
Apa2 pun semoga kalian dirahmati ALLAH selalu dan walau apa pun bidang yang anda ceburi semoga dipermudahkan dan diberi kejayaan oleh ALLAH swt.
Selasa, 26 Ogos 2008
Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.
Saudara-saudari,
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Saudara-saudari,
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam
Sabtu, 23 Ogos 2008
Have a Go0d Start.
Untuk mendapatkan hari yang cemerlang dan optimum permulaannya juga perlulah cemerlang. Mulakan lah hari anda dengan bangun diawal pagi. Puji lah ALLAH dengan berdoa dan bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang bagi beribadah.
Bersihkanlah diri dan tunaikanlah solat sunat. Bagi menjadikan hari anda diberkati solahlah Subuh secara berjemmah dan bacalah beberapa pot0ng ayat Al-Qur'an bagi menenangkan hati dan mententeramkan jiwa.
Berdoalah kepada ALLAH agar hari itu menjadi hari yang cemerlang dan diterima sebagai hari yang akan memberatkan timbangan kebaikan dia Akhirat nanti.
Dan jangan lupa untuk mengambil sarapan pagi! Semoga Anda diberkati ALLAH sepanjang hari.