Memaparkan catatan dengan label Teladan melalui penceritaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teladan melalui penceritaan. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Julai 2012

Esok masih belum terlambat


Begitu tekun Fitri membetulkan cermin ditandas. Sibuk dan tekun dia menebuk lubang di dinding untuk memasang pemegang cermin . Muncul Yusuf yang kebetulan lalu di koridor. Yusuf berhenti sebentar dan memerhati , wajahnya menampakkan riak kehairanan.

"Eh kau bukan tinggal lagi setahun aje ke? Kenapa semangat sangat pasang cermin tandas nih?" soal Yusuf.

Fitri membalas soalan adik juniornya dengan senyuman.

" Haha , saje tinggalkan jasa sikit , tahun depan berjasa kat tempat lain plak" tambah Fitri berseloroh.

............................................................

Ada hadis yang berbunyi begini :

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]
Sebenarnya tiada istilah terlambat dalam melakukan kebaikan. Hadis ini jelas memberikan motivasi yang besar kepada kita untuk melakukan kebaikan walaupun kita tahu esok adalah hari yang tidak lagi kita dapat beramal . Jangan berhenti dari melakukan amal hanya kerana kita tak dapat melihat kesannya.
Sekecil-kecil amal seperti menanam benih  pun tidak boleh ditinggalkan walau tidak nampak hasilnya inikan pula amal-amal besar seperti dakwah sebagai contoh. Walau pun kadang kala kita tidak nampak ajakan kita disambut , bosan mengajak benda yang sama , nasihat berulang kali namun tiada perubahan. Jangan berhenti! Kerana hasil bukan kita yang menentukannya. Tuntutan ke atas kita adalah usaha. 
Terlalu tua untuk berubah? Ada sesetengah orang berpendapat dia sudah begitu sebati dengan maksiat yang dilakukan. "Dari dulu dah memang macam tu". Ermm tidak logik. Selagi ada umur tidak pernah terlambat untuk berubah.
Hari ini ketika saya bersama seorang Ustaz dari Uzbekistan di Masjid datang seorang lelaki dalam lingkungan 30-an . Lelaki tersebut belajar 'Alif Ba Ta' , baru hendak mengenal huruf Al-Qur'an di usia 30-an! Dia berazam mahu belajar membaca Al-Qur'an. Hati saya menangis gembira melihat kesungguhannya. Sungguh perubahan tidak mengenal usia!

Ahad, 12 Disember 2010

Bodoh sombong dan berjaya


Sebastian (bukan nama sebenar) merupakan seorang yang rajin. Belajar siang malam. Pergi mana-mana bawa buku.Sebastian dengan buku boleh diumpamakan bagai pasangan yang hangat bercinta. Selalu melekat bersama. Dia juga tak pernah 'miss' kelas. Hormat guru. Memang lengkap lah. Namun dia tak pernah berdoa kepada ALLAH untuk memohon kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori satu iaitu sombong.

Lain pula kisahnya dengan Allen (juga bukan nama sebenar). Dapat masuk universiti kerana nasib baik. Di kelas Allen macam 'chipsmore' sekejap ada sekejap tiada. Kalau nak tengok Allen ni study memang satu usaha yang sia-sia. Tak pernah nak berusaha. Kerja rumah semua tiru. Boleh kata usaha memang 'zero percent' . Malas punya Allen nih bukan takat usaha , nak berdoa minta kejayaan pun malas. Kita kategorikan dia dalam kategori dua iaitu bodoh sombong.

Si Martin (nama samaran) juga berbeza kisahnya. Nak cerita alimnya Martin nih pagi berdoa , tengahari berdoa lagi , petang pon doa juga . Sebelum tidur pun Martin berdoa mengharap pertolongan dan kejayaan dari ALLAH. Tapi yang kurangnya Martin ini adalah usaha. Walaupun pagi petang siang malam Martin berdoa satu helai 'page' pun dia tak pernah baca. Macam mana nak baca sebab buku teks pun tak ada. Tak pinjam kat perpustakaan. Kita kategorikan dia dalam kategori tiga iaitu bodoh.

Yang tinggal adalah Robbie (juga nama samaran). Robbie nih kalau nak dikatakan pandai tak juga. Sebab selalu dapat markah average sahaja. Tapi jika dilihat usaha yang Robbie buat memang boleh tabik. Tumpuan dalam kelas seratus peratus. Balik hostel buat revision. Robbie juga sentiasa berdoa kepada ALLAH agar menerima segala peluh yang terhasil dari penat usahanya diterima ALLAH sebagai ibadah. Robbie juga berdoa agar dia dikurniakan kejayaan. Kita kategorikan dia dalam kategori empat iaitu berjaya.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Langkah kecil


Mari dengar cerita buat sesiapa yang ada kelapangan.

Ada seorang budak. Dia belajar di Malaysia oleh itu dia terpaksa mengikuti sistem pembelajaran di Malaysia. Kerana dia sudah berumur 17 tahun maka terpaksalah dia mengambil peperiksaan bertulis iaitu SPM.

Budak bukanlah seorang murid yang pandai. Dia tidak bijak. Tidak selalu di puji guru-guru. Tidak menjadi murid kesayangan cikgu. Apatah lagi menjadi pelajar harapan sekolah. Akhlaknya pon boleh dikatakan biasa sahaja. Nakal pun ada. Senang kata budak sekolah biasa.

Tapi kerana dia takut akan peperiksaan yang bakal dialami di penghujung tahun. Dia mengambil satu langkah positif kecil . Setiap kali kelas dia akan bertanya kepada cikgu 1 soalan. Walaupun dia faham semua yang di ajar dia akan cuba juga sedaya upaya bertanya 1 soalan. Dan mendapatkan penerangan.

Nak dipendekkan cerita sejak dia memulakan langkah kecil itu. Dengan izin ALLAH budak tersebut lebih mudah faham apa yang cikgu-cikgu ajar. Dan nak jadikan lagi pendek budak tersebut berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan ditawarkan untuk menyambung pembelajaran di universiti. Di universiti budak tersebut masih meneruskan langkah kecil yang di mulakanya di bangku sekolah.

Dengan izin ALLAH budak tersebut terus mendapat tawaran kerja di salah sebuah syarikat automotif di eropah selepas menamatkan pengajian tingginya dengan cemerlang.

Angin menghembus laju. Budak tersebut kini bukan lagi seorang budak. Sudah menjadi seorang lelaki dewasa. Dia menutup tingkap dan merenung ke luar. Musim sejuk kini makin hampir. Namun dia terus merenung sambil fikirannya melayang ke zaman sekolah.

Dia tersenyum. Dahulu dia selalu di ejek kawan-kawan kerana terlalu banyak bertanya dan membuatkan dia sakit hati. Namun kini semuanya manis malah dia merindui rakan-rakan yang selalu menyakatnya. Dia tak pernah menyangka langkah kecilnya dulu sudah membawanya jauh beribu-ribu batu. Tanpa disedari ketulan salji kecil mula jatuh hinggap ke tingkap.

.............................

Sudut renungan . Beberapa peribahasa :

1. Make that small step. You'll never know where it will take you.
2. A million miles journey start with a single step.
3. Orang hanya boleh berkata-kata kamu yang bertindak dan membuat keputusan.




Selasa, 16 Februari 2010

Itu adalah cinta

Sofya melihat ke dalam mata jernih berwarna 'hazel'. Bayi seberat 2.5 kg itu di peluk erat. Dia mengharapkan anaknya itu membesar dengan sihat. Tiada ibu yang waras menginginkan keburukan kepada permata hatinya.

Aizat membesar sebagaimana kanak-kanak lain. Nakal, manja, suka bermain. Segala-galanya normal. Belajar juga normal baginya. Dari tadika ke sekolah rendah. Dari sekolah menengah ke universiti. Kasih sayang ibu berkorban bagi melihat anaknya berjaya dalam hidup. Biar pun membesarkan seorang anak bukanlah mudah seperti membela ikan atau kucing.

Segala budi pekerti, akhlak dan peribadi dibentuk. Kesusahan mencari rezeki tidak pernah di ungkapkan mahu pun di tunjukkan kepada Aizat .

Entah dimana silapnya. Bukan kehendak seorang ibu mahu disisihkan. Bukan juga seorang ibu itu mahu jasa tulus ikhlasnya di balas dengan kemewahan. Cukuplah secebis kasih sayang sebagaimana layaknya seorang ibu.

Memang sifat manusia mudah lupa. Meningkatnya usia manusia tidak lagi mengingati peristiwa pengorbanan seorang ibu di kala dia bayi dan kanak-kanak. Apabila bertemu pasangan hidup Aizat merasakan hidupnya telah sempurna. Cinta seorang wanita. Itulah cinta yang di rasakan pelengkap hidupnya walaupun cinta itu baru dijumpai.

Sedangkan cinta dan kasih sayang ibu selama belasan tahun langsung dilupakan. Seolah-olah tidak pernah berlaku. Kini Sofya termenung di rumah orang tua-tua. Termenung di mana silapnya mendidik seorang anak. Memikirkan di mana nilai cinta yang di curahkan selama ini. Cintanya kepada anaknya tidak pernah pudar. Kerana cinta ibu bukan cinta biasa. Cinta ibu lah yang meletakkan Aizat di tempatnya sekarang. Itulah cinta.

Ahad, 1 November 2009

Secara Analogi


Pagi itu cerah. Cahaya oren matahari membasahi tubuh Yuko . Cahaya yang menyiraminya dari tingkap bilik menyedarkannya dari lena tidurnya. Lantas Yuko bangun dan melihat ke luar tingkap. Pagi ini cerah dan terang. "Baik aku keluar melihat dunia " getus hati Yuko. Bukan senang nak dapat cuaca baik seperti ini di musim luruh ini.

Setelah bersiap-siap , Yuko pantas mencapai jaketnya dan keluar. Bersiar-siar di taman pasti menyegarkan . Kakinya terus melangkah menuju ke taman berdekatan dengan hutan simpan. Walau pun taman ini agak sunyi namun permandangannya sangat indah.

Sambil menikmati udara pagi disertai melodi kicauan burung mencari rezeki , Yuko ternampak sesuatu di sebatang pokok. Kelihatan seperti kotak dari kejauhan. Kakinya lantas melangkah bagi mengetahui objek tersebut.

"Ahh..sebuah mesin" teka Yuko. Terdapat banyak butang pada objek tersebut. Pelbagai warna.
Lantas Yuko menekan pada butang merah. "Pap!". Mesin tersebut mula beroperasi. Kelihatan skrin LED mesin tersebut bercahaya. Yuko semakin seronok mahu mengoperasikan mesin tersebut. Sungguh pun dia tidak mengetahui caranya.

Kali ini butang jingga pula ditekan Yoko. "Pap!" sebuah buku keluar dari sisi kiri mesin tersebut. Seolah-olah disket yang di'eject' dari komputer. Yuko mencapai buku tersebut. Dibelek dan dibaca tajuknya. 'Panduan mengoperasi Penstabil Koordinasi' . "Urh..tajuk saja sudah bosan" lantas Yuko melepaskan buku tersebut dan terus kembali ke mesin hitam tersebut. Buku itu terus menuju ke bumi lantas dari tarikan graviti.


Yuko semakin ghairah. Semakin banyak butang di tekannya. Satu per satu.Kesemuanya Yuko klik tanpa mengetahui yang mana satu perlu di klik dahulu. Tangannya semakin pantas . Kali ini tombol di kanan mesin dipulasnya. Masih statik. Mesin tersebut masih statik. "Ahh.." Yuko terlihat satu butang berbentuk petak. Berwarna kuning. Disebelahnya tertulis " Press in unstable condition" . Namun Yuko tidak mengetahui maksudnya. Dia tidak faham bahasa Inggeris. Dia juga tidak membaca penerangan pada buku manual.


"Pap!" butang itu ditekannya. Skrin LED mula berkelip-kelip kemerah-merahan. Di skrin LED juga tertulis "Stabilizing in 2 minutes. Safe distance 2 metres". Yuko yang langsung tidak memahami apa yang tertulis semakin seronok bermain. Mesin yang berubah dari statik kepada berkelip-kelip menambahkan minatnya.

"Pap!" saluran kecil muncul di sudut bawah mesin . Yuko semakin seronok . Tangannya cuba menyentuh saliran itu. "Pap!" saluran tersebut melepaskan gas panas. "Argh...!" jerit Yuko. Jari-jarinya pedih. Air matanya mula turun dari kelopak mata mengalir mengikut aliran di hidung. Sakitnya tidak dapat digambarkan. Yuko mengerang kesakitan.

Secara analogi:

Yuko - Manusia
Mesin Hitam - Hidup
Buku Panduan - Al-Qur'an Al-Karim

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sayang Rasulullah


Cerita 1

Ahmad merupakan seorang Muslim. Namun hidupnya seperti manusia-manusia lain. Manusia 'normal'. Orang belajar dia belajar , orang bekerja dia bekerja , rutinnya juga sama seperti orang lain. Kemudian terdengar berita di Media massa bahawa orang kafir memperolok Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Hatinya panas dia pun menyertai bantahan-bantahan. Segala demonstrasi dia sertai bagi menyatakan kemarahan serta bantahan terhadap hinaan kepada nabi. Di alam maya pula dia rajin mem'foward'kan massage dan berita dalam segala bentuk email dan laman sosial. Namun setelah isu itu kembali 'sejuk' maka marahnya turut sejuk. Hidupnya kembali 'normal' hanyut tanpa ada mengikut sunnah.

Cerita 2

Akmal merupakan seorang Muslim. Hidupnya disibukkan dengan belajar dan bekerja. Namun tanggungjawabnya sebagai Muslim dijaga dengan rapi. Sedaya upaya dia cuba mengaplikasikan Sunnah dalam hidupnya walaupun belum semua Sunnah berjaya dia realisasikan. Dia sering berselawat kepada baginda di Hari Jumaat dan selepas Solah Fardhu. Buku-buku hadis menjadi rujukan dan bahan revisi. Ketika mendengar berita mengenai penghinaan terhadap Rasulullah hatinya kecewa. Dia menghebahkan berita itu bagi memberi kesedaran kepada rakan-rakan dalam skala sederhana. Apabila Isu penghinaan terhadap Junjungan Besar Rasulullah semakin dilupakan , hatinya tetap tidak dapat melupakan cinta dan sayangnya kepada Nabi. Hidupnya terus di'hidup'kan dengan Sunnah.

Jumaat, 5 Jun 2009

Simple things that warm others


Peperiksaan semester tiga memang memenatkan . Faris bersyukur akhirnya dia dapat juga merasai cuti. Hari ini dia ingin keluar dengan kawan sekolahnya. Setelah 'graduate' dari sekolah rendah dulu , telah lama rasanya tidak bersua dan berborak dengan Azim.

Sewaktu dia dalam perjalanan ke rumah Azim , Faris terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sewaktu menunggu di persimpangan kereta terlalu banyak membuatkan dia menunggu lama . Setelah lama menunggu mujur ada kereta yang di pandu oleh seorang pakcik yang prihatin lalu memberhentikan kenderaannya dan memberi laluan kepadanya. Faris mengangkat tangan sebagai isyarat terima kasih kepada pakcik tersebut. Orang itu tersenyum.

Setelah sampai ke rumah Azim mereka mula mencari warung di sekitar Selayang. Nampaknya tidak banyak yang buka malam itu. Di dalam kereta mereka saling bertanya khabar dan berborak-borak mengenai masa lalu. Cerita2 sekolah rendah. Cikgu2 lama . Kawan2 yang dah 'lost contact' . Perkembangan terbaru masing2.

Akhirnya mereka memilih untuk makan diwarung kecil di tepi jalan sahaja. Walaupun warung itu nampak 'simple' sahaja namun bilangan 'customer' memang memberangsangkan. Kehadiran mereka disambut dengan senyuman oleh pekerja gerai . Faris memesan nasi goreng thai dan 'fresh oren' manakala Azim meng'oder' nasi goreng cili padi dan teh o ais. Sambil makan mereka berborak lagi.

Selesai makan mereka ke kaunter bagi membayar makanan yang dipesan. Pada mulanya Azim mengeluarkan duit tetapi Faris segera membayar dahulu. Azim mengucapkan terima kasih. Setelah menerima bayaran dari Faris pekerja gerai itu mengucapkan terima kasih tanda penghargaan kerana memilih warungnya sambil tersenyum. Faris juga turut tersenyum.

Dalam perjalanan pulang mereka mengambil keputusan untuk pergi ke 'uptown' dahulu. Lama tidak bersua . Apa salahnya meluangkan masa bersama. Bazar larut malam itu sesak. Sedang mereka berjalan-jalan tiba-tiba ada seseorang memberi salam . Mereka menjawab salam . Mereka tersenyum.

Rupa-rupanya Kamal juga berada disitu. Mereka bertiga satu sekolah rendah. Lama juga mereka berborak bersama. Seolah-olah malam itu mereka mengadakan 'reunion'. Akhirnya Kamal meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat. Ibunya risau katanya. Mereka bersalaman sebelum berpisah. Kamal tersenyum.


Faris dan Azim turut mengambil keputusan untuk pulang. Faris menghantar semula Azim dirumahnya . Sebelum berpisah mereka bersalaman . Faris mengucapkan terima kasih kepada Azim kerana sudi menemaninya makan pada malam itu. Azim tersenyum.

Dalam perjalanan pulang Faris tersenyum. Banyak perkara yang menjadi punca kegembiraannya malam itu selain dapat berjumpa sahabat2 lama. "Banyak perkara2 kecil dan mudah yang dapat menggembirakan hati orang lain" gumam hatinya.

Ahad, 12 April 2009

Belajar dan bersaing


Kisah 1

Kamal merupakan pelajar yang pintar. Di kelasnya dia selalu mendapat 'highest' dalam setiap mata pelajaran. Tetapi Kamal seorang yang terlalu suka bersaing. Hatinya akan panas melihat orang lain mendahuluinya dalam pelajaran. Oleh sebab itu dia tidak suka mengajar kawan2nya walaupun dia faham apa yang diajarkan oleh guru2. Sikapnya yang terlalu suka mendahului itu sehingga satu hari dia telah menyorokkan buku rakannya agar dia tidak dapat berjaya. Setelah peperiksaan tamat dan keputusan diketahui ternyata dia mendapat no 1 . Tetapi kawan2nya jauh ketinggalan sehingga ramai yang gagal.

Kisah 2

Sufian Merupakan pelajar yang sederhana pandai.Keputusan peperiksaannya sekadar memuaskan atau dalam bahasa lain dia merupakan 'average boy' . Tetapi Sufian mempunyai sikap suka membantu rakan2. Apabila dia faham sesuatu tajuk dia akan membantu rakan2nya .
Dia tak pernah lokek dalam berkongsi ilmu sungguh pun dia bersaing dengan rakan2nya. Dia ingin mendapat nombor 1 tetapi hatinya tidak terguris sekali pun rakannya yang berjaya mendapat nombor 1. Dia gembira apabila sama2 berjaya. Sehingga tiba saat2 selepas peperiksaan dia hanya mendapat tempat kedua tetapi rakan2nya yang lain tetap berjaya dan tidak ada yang gagal.


Konklusi


Kisah 1 menunjukkan persaingan belajar yang tidak adil dan merugikan dimana hanya terdapat seorang sahaja dipuncak kejayaan manakala pesaing lain berada di lembah kegagalan. Situasi persaingan seperti ini hanya mempunyai satu pemenang . Manakala dalam kes Sufian dia bersaing menggunakan konsep yang betul dan mewujudkan " Win Win Situasion" dimana semua pesaing berjaya sungguhpun terdapat orang yang lebih berjaya (No 1) .

Khamis, 26 Mac 2009

Ji Feng


Pada zaman dahulu terdapat seorang saudagar kaya bernama Ji Feng. Beliau terkenal kerana mempunyai banyak kapal dagang serta perdagangannya berkembang ke pelusuk dunia. Ji Feng tinggal di rumah yang mewah , kehidupannya penuh dengan kemewahan dan keseronokan.

Pada satu hari dia telah pergi berlayar untuk berdagang ke kepulauan Jawa. Dalam perjalanan tersebut kapal yang dinaikinya telah dihempas oleh ombak besar menyebabkan kapalnya hancur lalu karam. Dengan izin ALLAH dia telah selamat apabila sempat berpaut pada serpihan kayu kapal.


Berhari-hari dia berada ditengah lautan. Perut mula menyanyi-nyanyi kelaparan sementara kerongkong terasa kering dan haus. Pada suatu pagi ketika Ji Feng tersedar dari tidur dia mendapati dia tidak lagi berada di lautan. Tetapi dia berada diatas sebuah katil yang keras. Di dalam sebuah bilik.

"Kamu berada dirumahku" kata seorang lelaki yang memasuki bilik tersebut apabila menyedari Ji Feng telah sedar. "Jangan takut, siapa nama kamu?" sambung lelaki itu. "Ji Feng " balasnya lemah dan pendek. "Namaku Hasan , mari kita makan , kamu terlalu lemah kerana sudah lama tidak makan, selepas makan nanti bolehlah kamu ceritakan apa yang terjadi" pelawa Hasan.

Apabila berada didepan hidangan Ji Feng berkata "Aku tidak mahu makan , makanan ini tidak sedap..berikan aku makanan yang lain." Hasan menjawab dengan tenang "Adakah kamu selalu makan makanan yang sedap?" . "Ya " jawab Ji Feng . "Adakah kamu merasa kesedapan itu lagi?" . "Tidak " jawab Ji Feng lagi. "Saudaraku ketahuilah bahawa makanan itu sedapnya hanya seketika , saat ia melepasi kerongkong kesedapan itu akan hilang, makanlah wahai saudaraku".

Ji Feng masih tidak mahu menjamah makanan . Ditenungnya ikan kering serta ulam-ulaman yang sebelum ini tidak pernah dijamahnya. Melihat keadaan itu Hasan bertanya lagi "Adakah makanan sebelum ini yang kamu makan mahal dan terkenal?" . " Makananku makanan yang berkualiti sedap dan mewah" kali ini jawapannya panjang. "Saudaraku adakah kamu kenyang apabila makan semua itu? tanya Hasan lagi. "Tentu aku kenyang" jawabnya lagi. "Maka begitu juga aku , aku juga kenyang maka dimana letaknya kemewahan itu??"

Ji Feng terdiam. Dia mula berfikir. Benar juga kata-kata orang ini. Tangannya mula menjamah makanan. Hasan tersenyum. "Sedap juga" kata Ji Feng setelah beberapa suap. Hasan tertawa. "Sedap itu bukan terletak pada harga wahai sahabatku" seloroh Hasan. Hasan makan bersama sambil mendengar cerita dan asal usul Ji Feng.

Kini Ji Feng berada di atas kapal semula. Setelah beberapa minggu di rumah Hasan dia nekad untuk mengikuti rombongan dagang balik ke negerinya. Dia bersyukur kerana ditemukan Hasan . Banyak perkara yang dipelajarinya . Dia kini sedar kemewahan bukanlah segala-galanya. Dan yang paling penting mulai saat itu dia bukan lagi Ji Feng tapi Muhammad Idris Feng.