Ad hominem adalah perkataan Latin yang dipendekkan
dari 'Argumentum ad hominem'. Ia merupakan falasi yang digunakan sebagai
strategi perdebatan dimana seseorang itu tidak lagi bercakap berkenaan topik
yang dibahaskan tapi menyerang peribadi individu.
Contohnya ketika berdebat berkenaan dengan pencabulan
autonomi universiti oleh menteri, seseorang yang sudah tiada hujah tidak lagi
berhujah dengan rasional, tetapi akan memilih berselindung disebalik serangan
peribadi.
Sebagai contoh dia akan berkata:
"Kamu ni mentaliti kritik melulu"
"Kamu manusia suka bertikam lidah"
"Kamu ni sekadar nak cari perhatian"
"Kamu ni berani di Facebook jumpa depan senyap"
Semua hujah ini tak relevan dengan topik. Sekadar serangan
peribadi apabila kehabisan idea. Contoh ad hominem paling sempurna. Sangat aneh
mereka yang dahulunya mengaku berminda reformis, tapi apabila kesalahan mereka
dibalas dengan demo, hanya alasan dangkal seperti "demo menganggu
orang lain" dikeluarkan. Padahal puak merekalah yang kuat berdemo
suatu ketika dahulu, diberi stadium pun mahu bersesak ditengah ibu kota
menggangu lalu lintas. Apakah mereka telah buta dengan pangkat?
Padahal falsafah demo adalah untuk disturb the public bagi
mengetengahkan satu isu. Ia mempunyai objektif khusus sebagai direct
action untuk mengubah sesuatu polisi. Ia tidak sama dengan philosophical
debate yang tidak mampu membawa objektif ini. Philosophical debate mungkin
sesuai bagi memperkenal dan menanam ideologi, bukan direct action untuk
mendesak perubahan dalam tempoh singkat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan