Memaparkan catatan dengan label Khutbah Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khutbah Jumaat. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mei 2009

Nifaq penyakit hati


Nifaq adalah penyakit hati yang menyerang hati manusia. Orang yang mempunyai penyakit ini dipanggil munafiq. Maksud nifaq umumnya adalah menzahirkan kebaikan dan menyembunyikan kejahatan. Orang yang munafiq kebiasaannya menyembunyikan kejahatannya dan melakukan kebaikan di hadapan manusia.Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.
-Riwayat Ahmad

Nifaq terbahagi kepada dua iaitu nifaq besar iaitu nifaq dari sudut akidah dan nifaq kecil iaitu dari sudut amalan. Kedua-dua jenis nifaq ini adalah berbahaya dan harus di jauhi.Firman ALLAH:
"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)." (Al-Baqarah : 10)

Orang yang munafiq dari segi akidah ini dapat dilihat dengan perbuatan mempersendakan agama dan mementingkan kerja-kerja lain selain kerja yang diperintahkan oleh ALLAH . Sementara nifaq kecil tidak boleh dianggap ringan kerana ianya boleh membawa kepada nifaq besar dengan hilangnya sifat ikhlas seiring dengan lahirnya rasa riya' dan ujub.Semoga kita dijauhkan oleh ALLAH dari penyakit nifaq.



Menurut Ustaz Cahyadi Takariawan dalam bukunya ‘Iman dan mahabatullah’,  nifaq adalah kondisi dimana keyakinan seseorang itu berbeza dengan perbuatannya, pemilik nifaq ini pula digelar munafik. Nifaq yang merupakan penyakit hati ini dibahagikan pada dua iaitu I’tiqadiy (keyakinan) dan Amaliy (Amalan).


Nifaq I’tiqadiy merupakan satu kondisi dimana seseorang itu pada batin nya tidak beriman kepada Allah SWT, namun pada zahirnya dia menyatakan keimanan. Manusia melihatnya sebagai seorang yang beriman namun hatinya tidak bersama keimanan. Sikap seperti ini dihuraikan oleh Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 11 sehingga 14. Selain itu mereka yang mempunyai nifaq I’tiqadiy juga menzahirkan beberapa sifat, antaranya menolak hukum Allah, menyeru kepada kemungkaran, mengambil orang kafir sebagai wali serta menyatakan permusuhan terhadap orang-orang beriman.



Sedang kondisi nifaq amaliyyah terjadi pada orang yang secara batinnya beriman, tetapi masih melakukan dosa. Antara ciri-ciri mereka yang diterangkan oleh junjungan besar Rasulullah adalah berdusta ketika berbicara, mengingkari janji serta berlaku khianat apabila dipercayai.

"Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka, semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)" (Al-Munafiqun: 4)