Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Ogos 2015

Memetik buah yang tidak matang



Generasi muda adalah generasi yang bersemangat, dalam banyak tindak tanduk mereka akn bertindak dengan semangat melebihi dari berfikir panjang. Semangat anak muda inilah yang menyaksikan mereka mudah digunakan untuk kepentingan mana-mana pihak yang mahu kan perubahan mengikut agenda mereka.

Dalam hal ini peranan media sangat penting. Dalam bukunya, Ryan Holiday menyebut, salah satu teknik pemasaran produk atau event, adalah dengan memanipulasikan perasaan marah. Isu-isu politik di sensasikan, agar perasaan marah ini dapat dinaikkan. Mereka akan mula berkongsikan berita ini tanpa disuruh kerana perasaan marah tadi, akhirnya sesuatu produk atau event akan tersebar lebih pantas dari api yang sedang membakar. Dalam sekelip mata semua orang akan tahu akan nya.

Inilah yang digunakan untuk menggerakkan sebahagian besar anak muda, mereka akan bersama berdemostrasi, tanpa sedar siapa yang sebenarnya dibelakang demonstrasi tadi dan apa tujuan mereka. Mereka berdemonstrasi kerana kemarahan yang tercetus dari pembacaan portal-portal berita online yang memanipulasikan kemarahan.

Sebenarnya perkara ini telah lama digunakan dan menjadi amalan biasa. Dalam banyak siri-siri perperangan dunia, golongan muda disiapkan untuk mati di medan perang. Seorang tentera British ketika di medan tempur bertanya kepada dirinya, "Kenapa aku harus membunuh orang German ini, aku tidak kenal perwatakannya, tetapi dia menjadi musuhku, mungkin kah dia juga mempunyai anak dan keluarga seperti ku?". Ya, anak muda sering dicaturkan, siapa yang menjadi pemain dibelakangnya, ini soalan yang perlu anda jawab dahulu.

Siapa penaja demonstrasi ini? kenapa mereka sudi menaja? Mungkin mereka baik, mereka mahukan kita bebas dari cengkaman pemerintahan yang korup dan penindas. Penaja seperti National Democratic Institute (NDI) , Open Society Institute (OSI) yang mengeluarkan dana melalu National Endowment for Democracy (NED) bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjadi negara yang demokratik, liberal dan moden. Naif!

Mari kita berfikir dan melihat sejarah apa yang dimaksudkan oleh demokrasi ini. Tahun 1991 parti Islam FIS memenangi pilihanraya di Algeria secara demokratik, tahun berikutnya Amerika menyokong tentera menggulingkan kerajaan. Professor John Entelis memberi komentar berkenaan peristiwa ini berkata:

"In short, a democratically elected Islamist government hostile to American hegemonic aspirations in the region was considered unacceptable in Washington."

Peristiwa di Mesir pada tahun 2013 juga masih segar dalam ingatan kita, bagaimana presiden Morsi yang dipilih secara demokratik digulingkan, dan Amerika bahkan merestui penggulingan ini. Dimana NDI, OSI dan NED semasa demokrasi  dibunuh di Mesir?

Jadi anda masih beriman pada demokrasi dan penaja-penaja di belakangnya dengan harapan Islam bakal tertegak di Malaysia satu hari nanti? Anda rela digunakan, dan anda yakin demonstrasi ini bakal menaikkan pemimpin Islam? Teruskan bermimpi.

Timbul satu persoalan.

Dalam negara demokrasi ini. Macam mana cara yang patut kita nak membawa suara tidak puas hati dan menggesa perubahan?

Adakah kita hanya redha dengan keadaan yang ada dan mengatakan ini semua ketentuan ALLAH?

Sebenarnya cara berfikir kita perlu diperbetulkan. Pilihan kita bukan antara kerajaan dan pembangkang sahaja. Saya sangat benci dengan golongan yang berfikir seperti ini, dunia bagi mereka hanya ada dua pilihan, menjadi macai kerajaan atau macai pembangkang. Bagi saya kedua-duanya wajar di kritik apabila salah, dan dipuji apabila berlaku baik.

Perubahan kepada politik yang baik dan sihat bagi saya tidak mutlak hanya pada parti. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan parti anda, maka anda membuat parti baru. Malaysia yang sedia ada telah berpecah akan berpecah lagi, keputusan ini tergesa-gesa. Negara rahmah yang bagai mana yang kita mahu bentuk sekiranya kita terus berpecah. 

Perubahan politik boleh dilakukan diluar parti, melalui pendidikan dan pembinaan kefahaman pada generasi muda. Mendidik barisan-barisan generasi baru agar menjadi penyokong kepada keadilan Islam dan perjuangannya. Ya, ia lambat, perlahan tetapi yakin lah ia selamat dan bernafas panjang.
 
Apa guna kita mampu menumbangkan kerajaan, mendirikan pemerintahan yang adil dan demokratik, tetapi hanya bertahan selama beberapa bulan dan digulingkan semula kemudian kerana tiada barisan yang kuat untuk menyokongnya. Tindakan ini tidak bijak dan gopoh. Kita perlu belajar dari orang lain, belajar dari sejarah, dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita tidak boleh memetik buah yang masih belum matang.

Berfikirlah dahulu sejenak sebelum bertindak, perubahan apa yang akan berlaku selepas selesai pertempuran di jalanan. Sejarah memberitahu kita kegopohan hanya menatijahkan kegagalan. Terpulang pada kita untuk belajar atau mengulangi kesilapan yang sama.

 




Sabtu, 26 Julai 2014

Serangan ke atas Gaza 2014 : Mengapa kali ini berbeza



Ketika artikel ini ditulis Operation Protective Edge 2014 yang dilancarkan oleh negara haram Israel ke atas Gaza sudah memasuki hari ke 17. Angka kematian kini mencecah 803 orang, dimana kebanyakan mangsa korban merupakan non-combatant yang terdiri dari kanak-kanak.

Sepanjang mengikuti perkembangan kekejaman ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Ada kelainan pada perkembangan kali ini, ia tidak sama dengan Operation Cast Lead 2008 dan Operation Pillar of Defense 2012. Kelainan yang saya maksudkan adalah dari segi kesedaran masyarakat dunia, seolah-olah tembok pertahanan Israel yang dibina menggunakan pretext anti-semitism  kini sudah hancur. Walaupun masyarakat dunia kini mula memberikan kesedaran positif, pemimpin dunia terutamanya negara Islam masih belum mampu melakukan perubahan konkrit, Namun positive shifting toward Palestine politically sebenar nya sedang berlaku, kita di era perubahan, the tide is changing.

Kemunculan media-media alternative, yang mampu menyediakan live image in real time juga mencabar media-media gergasi bias yang dikawal oleh zionis. Peranan social media yang sangat berkesan pada kali ini, sehingga Paul Mason menyatakan bahawa 'Israel is losing the hearts and minds of the world'. Gaza yang telah disekat haknya selama 7 tahun dan menjadi the largest open air prison kini merupakan fakta yang diketahui seluruh dunia. Walaupun angka kematian semakin hari semakin meningkat, kesabaran dan resistance yang ditunjukkan oleh penduduk Gaza yang dipimpin oleh Hamas sebenarnya memberi impak yang positif kepada perjuangan Palestin.

Kesedaran tentang isu Palestin dapat dilihat dengan munculnya reaksi-reaksi dari selebriti, pemain bola sepak, politician, wartawan, scientist, ahli akedemik dari seluruh dunia. Perkara yang tidak kita lihat sebelum ini. Antara yang menarik adalah tweet dari Joey Barton yang membidas pemain bola Israel, Yossi Benayoun.


Ahli-ahli politik terutamanya dari Eropah juga kini lebih terbuka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Antaranya adalah David Ward yang merupakan Member of Parliament (MP) dari Bradford East yang menyatakan sekiranya dia merupakan penduduk Gaza, dia juga pasti akan melancarkan roket kepada Israel. Parti Liberal Democrat kemudian mengeluarkan kenyataan supaya Ward meminta maaf atau dikenakan tindakan disiplin, namun Ward tetap dengan pendiriannya. 

Krisis Gaza kali ini melahirkan banyak hero, hero yang mungkin ceritanya tidak akan di tayangkan di layar perak Hollywood. Semua penduduk Gaza adalah hero, mereka merupakan contoh kepada dunia dalam mempertahankan maruah dan hak kebebasan. Today, nearly everything is made from China, except for courage, it's made in Palestine!

Antara hero lain yang amat saya kagumi adalah Dr. Mads Gilbert dari University of North Norway yang datang berkhidmat di Hospital Shifa di Gaza, meninggalkan keselesaan dan mempertaruhkan nyawanya sendiri di lapangan. Saya merasa begitu malu sebagai Muslim, melihat kesungguhan doktor ini membantu mangsa pengeboman atas dasar kemanusiaan. Dalam suratnya kepada dunia yang sangat menyentuh hati, berkenaan dengan situasi di Gaza Dr. Gilbert menulis:

“My respect for the wounded is endless, in their contained determination in the midst of pain, agony and shock; my admiration for the staff and volunteers is endless; my closeness to the Palestinian sumud [steadfastness] gives me strength, although in [some of the] glimpses I just want to scream, hold someone tight, cry, smell the skin and hair of the warm child, covered in blood, protect ourselves in an endless embrace - but we cannot afford that: nor can they."



Sementara itu wartawan dan juga pengacara TV turut menunjukkan solidariti yang mengkagumkan. Antaranya wawancara Jon Snow dan Mark Regev dalam Channel 4 News. Snow dalam wawancaranya dengan tegas menyatakan kepada Regev, apakah tujuan Israel mengebom Hospital Al-Wafa, Regev dalam jawapannya cuba mengelak namun terus diasak Snow. Satiris terkenal, Jon Stewart turut mengetengahkan ketidakadilan dalam krisis Palestin Israel dalam Daily Show beliau, dengan menyindir tindakan Israel memberi amaran agar penduduk melarikan diri dari kawasan pengeboman, dalam masa yang sama Israel dan Mesir menutup pintu keluar dari Gaza.

Sokongan dari medan politik antarabangsa juga meningkat mendadak pada krisis kali ini, satu trend yang tidak dilihat sebelum ini. Antaranya adalah wakil Bolivia ke UN Security Council, Sacha Sergio Llorenti Soliz yang memakai Keffiyeh (Palestinian scarf) semasa ucapannya tanda solidariti terhadap Gaza.

Ketika negara lain teragak-agak untuk memberikan tekanan kepada Israel, Maldives membatalkan 3 perjanjian ekonominya dengan Israel yang ditanda tangani bekas presiden Maldives, Mohamed Nasheed. Dalam masa yang sama, Maldives tidak lagi akan menerima pelaburan dari Israel pada masa hadapan. Sementara itu kerajaan Chile menggantung perjanjian free trade dengan Israel sebagai protes kepada tindakan kejam Israel ke atas penduduk Gaza.


Terdapat banyak lagi reaksi-reaksi masyarakat dunia terhadap krisis ini terutamanya protes dan demonstrasi yang berlaku hampir di setiap bandar utama dunia mengecam tindakan Israel. Negara-negara seperti Jepun, Korea, Filipina juga kini telah membuka mata dan semakin reaktif terhadap isu ini. Semakin hari, semakin banyak penduduk dan kanak-kanakyang terkorban, semakin besar kebencian dunia kepada tindakan jijik Israel. Perkara ini akan sampai ke tahap dimana kerajaan mana-mana negara tidak mampu lagi menyokong tindakan Israel kerana jenayah yang begitu jelas. If you support Israel, then the blood is in your hand.

Perubahan pandangan dunia terhadap krisis ini, merupakan satu lagi batu loncatan positif terhadap perjuangan rakyat Palestin. Ia merupakan perubahan yang baru, yang bakal membawa kepada perubahan yang lebih besar iaitu berakhirnya sekatan ke atas Gaza, dan pembebasan Palestin dari penjajahan zionis Israel.

Selasa, 15 Februari 2011

Salam maulidur rasul



Bersyukur kepada Allah SWT kita dapat lagi hidup sehingga ke saat ini.Merasai nikmat yang bukan setiap manusia dapat merasainya.

Selawat dan salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW kerana dengan titik peluh dan darah perjuangan baginda dan para sahabat , Islam dapat sampai kepada kita hari ini.

Merentas seluruh dunia. Ummat Islam menyambut kelahiran junjungan besar dengan cara tersendiri mengikut kesesuaian setempat. Namun apa signifikan sambutan ini sebenarnya?

Kita melihat ramai yang membuat status di facebook dan laman-laman sosial lain menunjukkan bertapa mereka menyambut dan membesarkan hari kelahiran nabi. Namun adakah ini semua cukup? Adakah begini sambutan yang sepatutnya?

Sekali setahun memperingati dan menghayati perjuangan junjungan besar amat tidak berpatutan.Kerana baginda menghabiskan hampir semua hidup baginda sebagai tanda kasih sayangnya kepada ummat menyebarkan Islam sampai kepada kita.

Sambutan yang sepatutnya adalah yang membuahkan kesedaran. Dan kesedaran itu pula adalah sia-sia jika tidak membuahkan amalan dan tindakan. Sebagai tanda hormat sayang dan kasih kita kepada Rasulullah seharusnya kita mengikuti dan mengamalkan ajaran beliau setiap hari.

Bukan hanya menyambut sekali setahun tetapi setiap hari.

Ambil sedikit masa . Tanyalah pada diri sendiri. Apa nilai hari ini yang kita lalui. Adakah selari dengan apa yang diperjuangkan oleh nabi?

Salam maulidur rasul.

Ahad, 19 April 2009

Sekitar KLIBF 2009


Alhamdulillah setelah mencari2 ruang dan waktu untuk membolehkan diri pergi ke KLIBF 2009 akhirnya diperkenankan ALLAH. Rancangan awalnya hendak pergi bersama rakan2 tetapi mereka semua sibuk mengulangkaji pelajaran akhirnya pergi bersama ibu tercinta. Sungguh indah perancangan ALLAH S.W.T.

Di 'Book Fair' kali ini sambutannya memang luarbiasa . Mungkin hari ahad jadi rakyat jelata mencurah-curah datang. Booth pertama yang disinggahi adalah booth Galeri ilmu. Hendak melihat hasil tulisan Hilal Asyraf. Boothnya senang sahaja untuk ditemui. Berdekatan main entrance. Sebenarnya datang ke KLIBF 2009 sudah ada target buku yang hendak dibeli. Kerana 'budget' pun tidaklah mencukupi . Jadi tak belilah buku karangan penulis muda ini (Maaflah Hilal insyaALLAH ada budget nanti ana beli). Tetapi melihat sambutan yang hangat di booth Galeri ilmu rasanya tak jadi masaalah.

Buku Hilal di Booth Galeri Ilmu.

Kebanyakan remaja wanita kelihatan memenuhi ruang Booth Alaf 21 . Mungkin bahagian novel lebih digemari perempuan. Book fair kali ini memang berbaloi pergi. Carilah buku apa pun insyaALLAH ada. Banyak sangat buku yang menarik. Kalau ikut hati memang banyak yang mahu dibeli. Semuanya menarik. Namun cukuplah hanya 2 buku. Kalau beli banyak2 pun tak tentu ada masa nak baca semuanya. (More Photos)

Sabtu, 11 April 2009

Kem Penghayatan Solat SRIK 2009



"Hey budak2 ni ajar budak darjah satu lagi senang , dah darjah 5 pun perangai tak ubah-ubah" kata Ustaz Fatah selepas sesi LDK1 melihat pelajar2 belari-larian. Riuh rendah jadinya sekolah dek budak2 yang tak reti duduk diam. Maklumlah budak2.

Kumpulan LDK saya pelajarnya pintar2 semuanya. Salah seorangnya merupakan adik classmate saya waktu di sekolah ini. Semuanya sudah pandai belaka menghafal bacaan2 solat. Tetapi sewaktu LDK hanya ALLAH je yang tau kenakalan budak2 ni. Panjat sana , lari sana ..tapi tak terasa marah pun di hati. Yang ada cuma gembira . Terdetik di hati "Haha..dulu pun aku macam ni la".

Kem ini sangat penting dalam memastikan pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam agama. Kerana solat melupakan tiang Ad-Deen. InsyaALLAH pelajar yang mempunyai asas ini akan lebih terjaga dan tidak terpengaruh dengan pengaruh2 dahsyat yang melanda pelajar2 sekolah di Malaysia.

Alhamdulillah ALLAH bagi sedikit masa untuk menjadi fasilitator dalam program ini. Walaupun tidak mengikuti program sepenuhnya kerana kekangan kerja tapi masa yang sedikit ini rasanya sangat berharga.Lama sudah rasanya tak balik ke sekolah rendah. Walaupun pelajar2 dan guru2 sudah berganti tapi ustaz2 lama yang ada menyegarkan semula memori sekolah rendah.

Bersembang dengan Ustaz Fatah mengenai memori2 lama membuatkan saya terasa rindu kepada kawan2 lama. Sudah 6 tahun berlalu. Kawan2 yang dah 'lost contact' pon ada. Apabila berada dalam posisi ustaz2 melihat budak2 berlari2 barulah faham patut la ustaz selalu marah2 dulu. Apa pun di doakan agar Sekolah Rendah Ibnu Kathir dapat terus komited melahirkan pelajar2 cemerlang akademik dan akhlak. InsyaALLAH.

Isnin, 16 Februari 2009

Himpunan Pertahan Kerajaan Perak 15 Febuari 2009


"Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya (mereka berkata) Ya Tuhan kami , kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia) nescaya kami akan mengerjakan kebajikan . Sungguh kami adalah orang2 yang yakin" (As-Sajadah:12)

Ayat Al-Qur'an ini menjadi pemula bicara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Himpunan Pertahan Kerajaan Perak pada 15 Febuari 2009 di Markas Pas Pusat Taman Melewar. Hadir sama dalam majlis ini Saudara Misbahul Munir , SU MB Perak serta YB Salahudin Ayub , Ketua Pemuda Pas Pusat.

Bukanlah saya hendak meyebarkan fahaman politik atau mengutuk mana2 pihak. Cuma saya tertarik dengan ucapan Tuan Guru yang begitu menarik , terlihat digaris2 wajahya sinar keikhlasan dalam memperjuangkan ISLAM sebagai agama yang syumul di negara ini.

Beliau menekankan bahawa bertapa ISLAM seharusnya menjadi tunjang dalam kehidpan sama ada berkerja mahu pun berpolitik. Tidak perlu menimbulkan kekecohan derhaka kepada Raja sedangkan ramai pemimpin yang menderhaka kepada ALLAH. Menolak sistem ISLAM. Tidak kira golongan Raja atau Rakyat wajib patuh kepada ALLAH.Solah wajib keatas Raja juga wajib keatas rakyat.

Antara kata2 beliau yang amat menyentuh hati adalah beliau berkata 'Sebodoh-bodoh rakyat di negerinya mereka masih mengenal halal haram , masih tahu syurga neraka , dan masih dapat membezakan dosa pahala sedangkan sesetengah pemimpin langsung membelakangkan soal halal haram dalam urusan hidup. Apa guna kaya di dunia sedangkan di akhirat nanti papa kedana.'

Dan dalam kehidupan masyarakat majmuk. Mengapa perlu dibezakan bangsa Tiong Hua dan India sedangkan contoh kita yang agung tidak membezakan manusia melalui perbezaan bangsa dan warna. Rasulullah membahagikan rakyat kepada orang2 Islam , orang2 kafir dan orang2 munafik.Islam agama yang universal melangkaui batasan bangsa dan warna.

Dan di akhir ucapannya beliau berdoa agar ISLAM dimenangkan oleh ALLAH di Malaysia , Palestin , Iraq dan diseluruh dunia.Semoga doa ini di terima oleh ALLAH S.W.T dan kegemilangan ISLAM akan kembali semula. InsyaALLAH.

Sabtu, 10 Januari 2009

Rapat Umum Selamatkan Gaza 10 Januari 2009

Rapat Umum yang diadakan di Stadium Melawati , Shah Alam ini menunjukkan semangat dan sifat perpaduan rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya tindakan kejam Zionis Laknatullah ke atas penduduk bumi gaza.



Penaklukan dan pendudukan haram ini merupakan antara jenayah kemanusiaan terbesar dalam sejarah. Keadaan bertambah buruk apabila pemimpin2 boneka di negara arab bukan sahaja tidak membantu perjuangan Hamas bahkan memberi bantuan kepada Yahudi laknatullah
melakukan pembunuhan beramai-ramai. Mereka bukan sahaja mengkhianati penduduk
gaza dengan tidak memberi tahu lebih awal rancangan serangan bahkan menutup pintu sempadan negara bagi menghalang bantuan makanan dan ubat-ubatan sampai ke Gaza.




Setelah sekian lama mereka membekalkan air bersih dan gas asli ke Negara haram Israel. Mereka tetap menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan negara bukan Islam seperti Venuesvela telah menghalau kedutaan Israel. Tidakkah mereka berasa malu??




Rapat umum kali ini disertai persatuan-persatuan Islam dan parti politik antaranya Haluan, Abim , Isma , Umno , Pas dan Pkr. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Maslis diakhiri dengan doa oleh imam besar Masjid Shah Alam.

Perarakan Bantahan Kekejaman Israel 9 Januari 2009




Alhamdulillah pada 9 Januari 2009 saya sempat bersama rakyat malaysia berarak di Jalan Tun Razak bagi menyatakan bantahan kepada kekejaman zionis terhadap saudara2 kami di palestin.Walaupun usaha ini hanya usaha kecil dan mungkin dianggap tidak memberi kesan.
Namun inilah sekadar apa yang termampu dan mungkin lebih baik dari orang2 yang hanya
berkata2 tapi langsung tidak melakukan apa2.



Pada demonstrasi ini juga dilancarkan kempen memboikot barangan USA dan Yahudi bagi menandakan sokongan rakyat Malaysia yang menyokong perjuangan barisan Mujahid Hamas di sana.Walaupun bilangan yang membanjiri Jalan Tun Razak tidaklah begitu ramai tetapi golongan yang hadir merangkumi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan mahasiswa dan mahasiswi yang turut perihatin terhadap saudara seakidah mereka.Semoga ALLAH menerima usaha kecil ini sebagai ibadah dan memberi kemenangan kepada sahabat Hamas yang sedang berjuang..Ameen.

Isnin, 3 November 2008

Sahabatku pergi lagi

Setelah Fawwaz , Abdul Muhaimin pula berlepas ke Tanah Mesir bagi menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Bersamanya adalah Imran Mohamed abang kepada Muslim Mohamed yang turut menyambung pelajaran ke sana.Alhamdulillah sebelum Muhaimin berlepas saya bersama Radhi dan Luqman sempat melawatnya.

Dari kiri Luqman , Imran , Saya , Radhi dan Muhaimin. Kemudian yang terbaru adalah Abdullah Luqman yang berlepas ke Sudan . Waktu hantar Albo paling meriah sekali sebab ramai yang turun. Antara yang hadir Tengku Fahmi , Najmi , Afifi , Qayyim Hamdan , 'Afif , Ihsan Zakaria , Aiman Mahzuz , Umar Muhajir , Amin Roseli , Syahmi dan tidak dilupakan Muslim . Semoga Sahabat yang belajar diluar negara sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH S.W.T.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Semoga Perantauan Kalian Diredhai ALLAH

Alhamdulillah setakat ini dah 6 orang sahabat telah melanjutkan pelajaran ke Luar negara dan telah sampai ke destinasi Masing2. Bermula dengan Rijal , Hamdi , Syafiy dan Rahimi bertolak ke Syria. Kemudian diikuti oleh Saudara Annas bin Norkefli pada 2 August 2008 ke Mesir. Dan yang baru menyusul ialah Saudara Afiq Fawwaz yang melanjutkan pelajaran ke Jordan pada 26 August 2008 dibawah tajaan JPA.

Anas Norkefli




Rahimi, Hamdi , Syafiy dan Rijal di Jame'k Muawi


Tetapi semasa menghantar Fawwaz x sempat nak bersalaman kerana dibatasi kelas pada sebelah petang.Namun, Alhamdulillah sempat juga melihatnya dan mengucapkan selamat jalan.




Ucapan Selamat Jalan





Fawwaz tiba di destinasi.




Apa2 pun semoga kalian dirahmati ALLAH selalu dan walau apa pun bidang yang anda ceburi semoga dipermudahkan dan diberi kejayaan oleh ALLAH swt.