Ketika artikel ini ditulis Operation Protective Edge 2014 yang dilancarkan oleh negara haram Israel ke atas Gaza sudah memasuki hari ke 17. Angka kematian kini mencecah 803 orang, dimana kebanyakan mangsa korban merupakan non-combatant yang terdiri dari kanak-kanak.
Sepanjang mengikuti perkembangan kekejaman ini ada satu perkara yang menarik perhatian saya. Ada kelainan pada perkembangan kali ini, ia tidak sama dengan Operation Cast Lead 2008 dan Operation Pillar of Defense 2012. Kelainan yang saya maksudkan adalah dari segi kesedaran masyarakat dunia, seolah-olah tembok pertahanan Israel yang dibina menggunakan pretext anti-semitism kini sudah hancur. Walaupun masyarakat dunia kini mula memberikan kesedaran positif, pemimpin dunia terutamanya negara Islam masih belum mampu melakukan perubahan konkrit, Namun positive shifting toward Palestine politically sebenar nya sedang berlaku, kita di era perubahan, the tide is changing.
Kemunculan media-media alternative, yang mampu menyediakan live image in real time juga mencabar media-media gergasi bias yang dikawal oleh zionis. Peranan social media yang sangat berkesan pada kali ini, sehingga Paul Mason menyatakan bahawa 'Israel is losing the hearts and minds of the world'. Gaza yang telah disekat haknya selama 7 tahun dan menjadi the largest open air prison kini merupakan fakta yang diketahui seluruh dunia. Walaupun angka kematian semakin hari semakin meningkat, kesabaran dan resistance yang ditunjukkan oleh penduduk Gaza yang dipimpin oleh Hamas sebenarnya memberi impak yang positif kepada perjuangan Palestin.
Kesedaran tentang isu Palestin dapat dilihat dengan munculnya reaksi-reaksi dari selebriti, pemain bola sepak, politician, wartawan, scientist, ahli akedemik dari seluruh dunia. Perkara yang tidak kita lihat sebelum ini. Antara yang menarik adalah tweet dari Joey Barton yang membidas pemain bola Israel, Yossi Benayoun.
Ahli-ahli politik terutamanya dari Eropah juga kini lebih terbuka dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin. Antaranya adalah David Ward yang merupakan Member of Parliament (MP) dari Bradford East yang menyatakan sekiranya dia merupakan penduduk Gaza, dia juga pasti akan melancarkan roket kepada Israel. Parti Liberal Democrat kemudian mengeluarkan kenyataan supaya Ward meminta maaf atau dikenakan tindakan disiplin, namun Ward tetap dengan pendiriannya.
Krisis Gaza kali ini melahirkan banyak hero, hero yang mungkin ceritanya tidak akan di tayangkan di layar perak Hollywood. Semua penduduk Gaza adalah hero, mereka merupakan contoh kepada dunia dalam mempertahankan maruah dan hak kebebasan. Today, nearly everything is made from China, except for courage, it's made in Palestine!
Antara hero lain yang amat saya kagumi adalah Dr. Mads Gilbert dari University of North Norway yang datang berkhidmat di Hospital Shifa di Gaza, meninggalkan keselesaan dan mempertaruhkan nyawanya sendiri di lapangan. Saya merasa begitu malu sebagai Muslim, melihat kesungguhan doktor ini membantu mangsa pengeboman atas dasar kemanusiaan. Dalam suratnya kepada dunia yang sangat menyentuh hati, berkenaan dengan situasi di Gaza Dr. Gilbert menulis:
“My respect for the wounded is endless, in their contained determination
in the midst of pain, agony and shock; my admiration for the staff and
volunteers is endless; my closeness to the Palestinian sumud
[steadfastness] gives me strength, although in [some of the] glimpses I
just want to scream, hold someone tight, cry, smell the skin and hair of
the warm child, covered in blood, protect ourselves in an endless
embrace - but we cannot afford that: nor can they."
Sementara itu wartawan dan juga pengacara TV turut menunjukkan solidariti yang mengkagumkan. Antaranya wawancara Jon Snow dan Mark Regev dalam Channel 4 News. Snow dalam wawancaranya dengan tegas menyatakan kepada Regev, apakah tujuan Israel mengebom Hospital Al-Wafa, Regev dalam jawapannya cuba mengelak namun terus diasak Snow. Satiris terkenal, Jon Stewart turut mengetengahkan ketidakadilan dalam krisis Palestin Israel dalam Daily Show beliau, dengan menyindir tindakan Israel memberi amaran agar penduduk melarikan diri dari kawasan pengeboman, dalam masa yang sama Israel dan Mesir menutup pintu keluar dari Gaza.
Sokongan dari medan politik antarabangsa juga meningkat mendadak pada krisis kali ini, satu trend yang tidak dilihat sebelum ini. Antaranya adalah wakil Bolivia ke UN Security Council, Sacha Sergio Llorenti Soliz yang memakai Keffiyeh (Palestinian scarf) semasa ucapannya tanda solidariti terhadap Gaza.
Ketika negara lain teragak-agak untuk memberikan tekanan kepada Israel, Maldives membatalkan 3 perjanjian ekonominya dengan Israel yang ditanda tangani bekas presiden Maldives, Mohamed Nasheed. Dalam masa yang sama, Maldives tidak lagi akan menerima pelaburan dari Israel pada masa hadapan. Sementara itu kerajaan Chile menggantung perjanjian free trade dengan Israel sebagai protes kepada tindakan kejam Israel ke atas penduduk Gaza.
Terdapat banyak lagi reaksi-reaksi masyarakat dunia terhadap krisis ini terutamanya protes dan demonstrasi yang berlaku hampir di setiap bandar utama dunia mengecam tindakan Israel. Negara-negara seperti Jepun, Korea, Filipina juga kini telah membuka mata dan semakin reaktif terhadap isu ini. Semakin hari, semakin banyak penduduk dan kanak-kanakyang terkorban, semakin besar kebencian dunia kepada tindakan jijik Israel. Perkara ini akan sampai ke tahap dimana kerajaan mana-mana negara tidak mampu lagi menyokong tindakan Israel kerana jenayah yang begitu jelas. If you support Israel, then the blood is in your hand.
Perubahan pandangan dunia terhadap krisis ini, merupakan satu lagi batu loncatan positif terhadap perjuangan rakyat Palestin. Ia merupakan perubahan yang baru, yang bakal membawa kepada perubahan yang lebih besar iaitu berakhirnya sekatan ke atas Gaza, dan pembebasan Palestin dari penjajahan zionis Israel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan