Memaparkan catatan dengan label Cerita Kampus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Kampus. Papar semua catatan

Selasa, 28 Julai 2009

Mengharap Redha MU


Telah hampir 1 bulan sejak Farid sampai ke luar negara. Keadaan di tempat baru sungguh berbeza. Suasana berbeza . Manusia juga berbeza.

Farid merasakan kekosongan didalam hatinya . Walaupun dia bersama rakan-rakan namun dia merasakan ada yang tidak sempurna dalam hidupnya. Hari-hari dilalui dengan hambar.

Kini baru dia menyedari bertapa hidupnya dahagakan tarbiyah. Rohaninya perlu diisi. Dia merasakan dia keseorangan dan dia merasakan dia masih belum ada kekuatan untuk mengajak rakan-rakannya duduk bersamanya mengikuti pogram-pogram tarbawi.

Apa yang termampu adalah dengan sedaya upaya menunjukkan sahsiah yang baik dan menegur sedikit sebanyak rakan-rakannya agar mereka tidak lari jauh dari mengingati ALLAH.

Namun disebalik kelemahan dirinya dia tahu ada yang MAHA KUAT. DIA lah tempat paling sesuai untuk meluahkan isi hati. Farid mula mencari ketenangan didalam solat. Memohon ketenangan dengan doa. Meminta kekuatan dari YANG ESA.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)

Kini Farid mula merasakan makna dalam kehidupannya. Dia sedar kini walau kemana dia berada ALLAH S.W.T tetap ada untuk bergantung dan berharap.

Jumaat, 1 Mei 2009

Dare to Dreams


Kelihatan Elrazi dan Fahim sedang mengedit sesuatu di dalam komputer riba. Kasrul masuk ke dalam bilik. Kemudian dia mendekati mereka berdua yang khusyuk dengan kerja mereka.
"Korang buat apa ni?" tanya Kasrul.

"Kitorang tgh buat video..ala macam animasi pendek la." jawab Elrazi. Memasuki jam 2 pagi mereka masih lagi sibuk menghasilkan video mereka. Akhirnya siap. Walaupun durasi video tersebut pendek tetapi mereka puas. Jelas keseronokan terpancar di wajah mereka. Mereka lantas menaik turun hasil kerja tangan mereka ke dalam laman maya.

Keesokan harinya kawan-kawan mereka mula melihat hasil kerja mereka.

"Apa ni sampah" kata Naqiu.

"Ini nenek aku pon boleh buat" kata Syauki.

"Setakat benda ni je korang buat..tak ada apa langsung 'credit' je panjang" kata Kasrul.

"Tak ada isi ngan mesej langsung" kata Akman.

Bukan semua yang mengkritik. Ada juga yang memuji dan memberi semangat. Tetapi kebanyakannya mengkritik mereka.Begitulah respon awal yang mereka terima. Namun Elrazi dan Fahim sedikit pun tidak terjejas dengan kata2 mereka. Malah mereka terus menghasilkan animasi pendek mereka hingga ke episod ke 2.

Ketika Fahim sedang duduk-duduk di kelas. Syakuan menghampirinya. "Eh buat la animasi lagi.. nah guna enset aku tangkap gambar" kata Syakuan. Fahim mendongakkan muka. Dia setuju. Lalu menggunakan handphone Syakuan dia mula membuat beberapa 'shoot' bagi animasinya.
Malam itu ketika dia sedang mengadun animasi datang Gharib . Gharib datang membantu sambil memberi cadangan bernas.

Ketika proses mengadun suara Elrazi seperti biasa datang membantu. "Eh nanti jangan lupa masukkan nama aku" kata Kasrul yang dahulunya mengutuk hebat mereka berdua. "Aik..ko dulu mengutuk sekarang nak masukkan nama pulak? " kata Fahim. "Aku tengok ramai doh orang comment video korang" kata Kasrul.

Fahim tersedar dari lamunannya. "Im jom la cepat perasmian akan bermula 5 minit lagi" panggil Elrazi. "Ok-Ok" jawab Fahim. Hari ini studionya bersama Elrazi akan dirasmikan oleh Perdana Menteri. Dia hanya tersenyum menginggatkan segala kutukan yang mereka hadapi dahulu.

Jumaat, 6 Mac 2009

Menunggu hujan berhenti..


"Tik..tik..tik.." ya ALLAH hujan dah turun gumam hati Faizal. Dia telah pun lengkap memakai pakaian sukan . "Ahh..hujan sekejap je ni.." desis hatinya sambil menguak pintu menuju ke bilik2 rakannya untuk mengajak mereka bermain. Setelah tension satu hari belajar Faizal bertekad melepaskan tension bermain futsal.


Pintu bilik Ikhwan dibuka. "Wan jom main futsal.." Ikhwan yang sedang menonton televisyen didepan katilnya melihat keluar tingkap dan menjawab "Ko ni dah gila ke..hujan punyalah lebat kat luar tu". "Alah sekejap je ni nanti berhenti la..kalau ko nak nanti aku mopkan padang futsal tu" balasnya tidak berputus asa. "Hahahaha.. esok je lah" balas Ikhwan.

Faizal kembali kebiliknya. Tingkap bilik dibuka sambil melihat kawasan kampus yang disirami hujan lebat. " Bilalah hujan nak berhenti.." desis hatinya dengan harapan petang itu dapatlah dia beriadah. Akhirnya dia merebahkan diri ke lantai sambil melayang-layangkan fikiran. Dia nekad mahu beriadah petang itu.

Faizal masih tak berputus asa lalu beralih kepada bilik Khasrul. Kelihatan khasrul sedang bermain message diatas katil. "Khas..jom main futsal" pelawa Faizal. "Hujan dow.." balas Khasrul tanpa mengalihkan pandangannya dari talifon bimbit.Faizal tak berputus asa. Dia mencuba pula ke bilik Marwan. Usahanya kali ini berjaya.

Akhirnya Khasrun bersetuju juga untuk menyertai melihat Marwan yang bersemangat mahu bermain. Sebelum bergerak ke padang futsal mereka singgah dibilik Kamal. Kamal juga bersetuju untuk menyertai. Hujan mula beransur reda dan dari lebat berubah renyai2. Petang itu mereka berempat bermain bersama. "Inilah masanya untuk menghabiskan sisa2 masa bermain bersama ..sebelum masing2 membawa diri.." monolog hatinya lagi.

Selasa, 17 Februari 2009

Semoga kamu faham


Farah menela'ah nota fiziknya sambil dia duduk membaca diatas katil disebelahnya Naimah sedang sibuk berbalas 'massage' dengan temannya. Kebiaasan bagi mereka katil dirapatkan bagi menjimatkan ruang billik hostel yang sempit. Dihujung katil terletak dua buah meja 'study'.

Farah bercadang menghabiskan malam itu dengan menyelesaikan 'assignment' fiziknya. "Kreet.."bunyi pintu dikuak dan kelihatan Khadijah masuk dan duduk dimejanya yang terletak di hujung katil.Farah meneruskan bacaan. "Ko dah siap kerja bahasa ke?" tanya Naimah kepada Khadijah. "Argh..!! Malas aku fikir!!" jawab Khadijah dengan nada marah." "Eh marah betul Khadijah ni mungkin dia tengah 'bad mood'" desis hati Farah. Niatnya untuk mengusik Khadijah pada malam itu dimatikan.

Mata Farah kian layu. Akhirnya dia tewas dengan perasaan mengantuk dan mengambil keputusan untuk tidur. Keesokan harinya dia meneruskan harinya seperti biasa kuliah fiziknya bermula seawal jam 8 pagi. Selepas tamat kuliah dia mengambil keputusan untuk balik ke hostel bagi mengambil buku2 bahasanya untuk sesi kelas bahasa German. Setibanya di bilik kelihatan Khadijah sedang sibuk mengemas buku untuk ke kuliah . Mereka saling berpandangan. Namun Farah mengalihkan muka dan terus mengemas bukunya seperti biasa , teringatkan kejadian semalam dia takut untuk menegur Khadijah yang mungkin masih lagi 'bad mood'.

"Eh ko marah kat aku ke?" tanya Khadijah sambil memegang tangan Farah pada sesi rehat tengah hari. "Eh mana ada" balas Farah. "Ko macam merajuk kat aku je? Tengok aku pon tak tegur buat muka seposen je"asak Khadijah lagi. "Tak ade lah aku ok ja engkau ni yang fikir bukan2 kot" balas Farah dan terus berlalu ke surau. Petang dan malam itu Khadijah masih bertanya soalan yang sama . Farah semakin meluat dan malas menjawab soalannya tapi atas dasar persahabatan dan tidak mahu berlaku sebarang ketegangan dia tetap menjawab seikhlas hati bahawa dia tidak pernah marah atau merajuk.

Pagi baru menjelma dan Khadijah yang merupakan 'roomate'nya masih lagi mengasaknya dengan persoalan yang sama. Kali ini Farah sudah tidak tahan tetapi dia cuba juga menjawab secara baik "Ish ko ni tak faham la aku , aku mana ada merajuk ke marah ke , ko yang fikir bukan2 kadang2 aku tak ada apa nak di bualkan aku diam je la , mungkin muka aku nampak menyakitkan hati muka merajuk ke tapi sebenarnya aku ok je , ko yang hari tu macam beremosi je jadi aku tak jadi la nak tegur takut ko marah" ujar Farah. Di hatinya dia berharap agar sahabatnya faham maksudnya dan dia berdoa agar ukhuwwah yang dibina kerana ALLAH ini akan terus kekal.

Sejak hari tu hubungan mereka semakin baik dan Khadijah tidak lagi bertanyakan soalan sama berulang-ulang kali. "Alhamdulillah , faham jugak sahabat aku sorang ni" ujar Farah di dalam hati penuh kegirangan.

Sabtu, 14 Februari 2009

Gagal tak bererti kalah


"Argh..bodoh betul dia ni!!" itu kata2 yang terpacul dari mulut Malik sebaik sahaja keluar dari bilik lecturer. "Abis ko lulus tak? tanya Fendi. "Tak lulus ar kene repeat sekali lagi ntah apa dia tak puas hati lagi" balas Malik sambil menyumpah seranah lecturer itu. Astaghfirullahalazim gumam hati Fendi. Kini tiba pula gilirannya meniti takdir di dalam office lecturernya sama ada lulus atau tidak dalam ujian kefahaman subjek fizik.

"Oit camne korang?" sapa Kamarul. "Sama la kita tak lulus" balas Malik dan Fendi. "Jom ar g makan kat luar " pelawa Kamarul dengan muka stress. Fendi dan Malik tidak membantah mereka pun sama2 menuju ke kereta kancil Kamarul. Kereta Kamarul meluncur laju meninggalkan perkarangan universiti lalu menyelusuri jalan kampung yang senget benget macam cacing kepanasan. "OOooii...slow sket aku tak kawin lagi..tau la stress" tegur Fendi sambil berjenaka apabila Kamarul hampir hilang kawalan kerana pemanduan yang laju. "Kita makan kat restoran Village la" cadang Malik.

Sesampai di restoran mereka pon berborak-borak. Masing-masing menyumpah lecturer fizik yang tidak melepaskan mereka dalam ujian kefahaman. "Ko tak stress ke Fendi?" tanya Malik.
Fendi membuka bicara "Entah la aku tak de la stress sangat..aku pon tak salahkan dia ..aku yang tak prepare betul2..lagipun aku malas nak salahkan orang yang ajar walaupun dia ajar macam tak nak ajar je..tapi aku rasa aku nampak la dia bersusah payah cuba nak terangkan..mungkin dia baru jadi lecturer jadi pengalaman kurang..tak adil la kalau nak samakan dengan doktor yang ajar kita math..dia dah lama jadi lecturer..dah la jangan fikir la yang sudah..lagi pun bukan fail terus..masih boleh repeat."

Mereka terus menjamu selera dan berbual panjang. Setelah selesai mereka terus pulang ke kampus. Dalam perjalanan balik Fendi tercongak-congak mencari punca kegagalannya. Dia berazam untuk berusaha lebih gigih lagi dimasa yang akan datang.