Selasa, 28 Julai 2009

Mengharap Redha MU


Telah hampir 1 bulan sejak Farid sampai ke luar negara. Keadaan di tempat baru sungguh berbeza. Suasana berbeza . Manusia juga berbeza.

Farid merasakan kekosongan didalam hatinya . Walaupun dia bersama rakan-rakan namun dia merasakan ada yang tidak sempurna dalam hidupnya. Hari-hari dilalui dengan hambar.

Kini baru dia menyedari bertapa hidupnya dahagakan tarbiyah. Rohaninya perlu diisi. Dia merasakan dia keseorangan dan dia merasakan dia masih belum ada kekuatan untuk mengajak rakan-rakannya duduk bersamanya mengikuti pogram-pogram tarbawi.

Apa yang termampu adalah dengan sedaya upaya menunjukkan sahsiah yang baik dan menegur sedikit sebanyak rakan-rakannya agar mereka tidak lari jauh dari mengingati ALLAH.

Namun disebalik kelemahan dirinya dia tahu ada yang MAHA KUAT. DIA lah tempat paling sesuai untuk meluahkan isi hati. Farid mula mencari ketenangan didalam solat. Memohon ketenangan dengan doa. Meminta kekuatan dari YANG ESA.

"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2)

Kini Farid mula merasakan makna dalam kehidupannya. Dia sedar kini walau kemana dia berada ALLAH S.W.T tetap ada untuk bergantung dan berharap.

Tiada ulasan: