Selasa, 16 Jun 2009

Hidup satu Assignment


Persoalan hidup merupakan sesuatu yang besar dan manusia sering kali mencari-cari siapa diri mereka yang sebenar. Mereka mencari identiti. Manusia mencari asal usul. Manusia juga mencari apa yang perlu dilakukan dalam hidup ini.Hidup ini boleh di ibaratkan seperti satu Assignment oleh ALLAH S.W.T .

Buku Teks
bagi menyelesaikan assignment ini adalah Al-Qur'an Al-Karim. Al-Qur'an merupakan sumber ilmu yang menjadi panduan dan rujukan bagaimana hendak menyelesaikan assignment tersebut. Atau dengan kata lain Al-Qur'an adalah panduan bagi mengatur dan menjalani kehidupan.Ibnu Mas'ud ada berkata "Apabila kamu inginkan ilmu pengetahuan maka selidikilah Al-Qur'an, kerana didalamnya ada ilmu orang terdahulu dan orang kemudian". Perkara ini dijelaskan dengan terang oleh ALLAH S.W.T:

Kitab Al-Qur'an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
(Al-Baqarah : 2)

Lecturer atau penunjuk cara bagi menyelesaikan assignment ini pula adalah junjungan besar Rasulullah S.A.W. Baginda merupakan contoh paling ideal bagi kita untuk melaksanakan assignment hidup. ALLAH S.W.T menerangkan dalam firmannya:

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
(Al-Ahzab: 21)



Examination yang akan kita tempuhi pula adalah di hari akhirat nanti. Hari akhirat adalah pasti dan ianya merupakan rukun iman yang ke-5.Peperiksaan ini sangat kritis dan kita sama sekali tidak boleh gagal. Kerana ia bukanlah seperti peperiksaan biasa yang mana calon boleh mengulang semula peperiksaan. Kegagalan di waktu peperiksaan ini akan membawa manusia ke neraka ALLAH.Oleh itu kita harus melaksanakan assignment sebaik-baiknya berpandukan Al-Qur'an dan bercontohkan Rasulullah S.A.W.

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
(Assajdah : 12)

6 ulasan:

Fawwaz Saleh berkata...

peringatan yg amat bermakna..

kadang2 kita lebih takutkan exam dunia hingga mengabaikan exam akhirat..
moga kita tergolong dlm golongan yg menjual dunia utk kebahagiaan akhirat...

Munsyi berkata...

Benar kata anta fathi, fawwaz.

Perlu bersedia lebih untuk ambil exam akhirat. agar pergi dgn well-prepared spt Ammar Zul. Jazakallah untuk segalanya.

abdullah luqman osman berkata...

semoga berjaya di dunia dan akhirat, semoga hidupmu sentiasa dirahmati dan diredhai allah.. nta nak berlepas ke negara orang bukan sebagai pemuda biasa, tanam pada diri, kita dalah duta negara dan yang lebih besar duta islam... semoga apa yang dilaksanakan berlandaskan syariat islam.. insyallah

Syed Ahmad Fathi berkata...

insyaALLAH.

anas berkata...

salam..fathi mabruk sebab dapat pegi rusia..aku doakn ko selamat dunia akhirat..semoga kita dapat berjumpa lagi..hehe

Syed Ahmad Fathi berkata...

InsyaALLAH ANAS.