Sabtu, 26 Disember 2009

Cerita Tahun Baru


Dia bangun awal hari ini. Walaupun semalam tidurnya lewat. Sambil melihat update-update di internet dia terasa lapar. "Masak air dululah" cetus hatinya. Dia segera mendapatkan kettle elektrik mengisi ar dan letak di tempat memasak air.


Sambil menunggu air masak dia melihat lihat keluar tingkap. Angin bertiup laju . Terlihat angin membawa pepejal-pepejal kecil berwarna putih terbang mengikut angin. Beberapa ekor burung gagak terbang melayang-layang di depan tingkap. "Selamat pagi" seolah-olah burung berkata kepadanya. "Terima kasih ya ALLAH" cetus hatinya lagi kerana menghiasi paginya dengan burung-burung yang ceria.

Dia mencapai semula mejanya. Menghadap skrin melayan teman-teman jauh di Malaysia sambil tersenyum . Setelah kira-kira setengah jam dia mendapatkan kettlenya semula. "Aik , tak panas pun" ujar hatinya sambil merapatkan tangan ke perut kettle. "La..patut la tak tekan suis on" hatinya berkata lagi sambil tersengih keseorangan.

Dia berfikir. Begitulah yang jadi pada azam-azamnya pada tahun-tahun lalu. Tak banyak azam-azam yang tercapai. Niat memang ada. Usaha pun turut ada. Namun usaha separuh jalan. Usaha yang tidak konsisten dan berterusan. Masakan nak tercapai jika tidak berusaha sehingga habis. Tahun baru bakal muncul. Tahun ini dia membuat dua azam. Azam kedua adalah untuk berusaha sehingga berjaya bagi melihat azam pertama menjadi kenyataan.


"Kena tunggu lagilah baru boleh minum kopi pagi ini" katanya sambil tersenyum.


Senyum sokmo


"I still can live without you because I still have my smile"

Khamis, 24 Disember 2009

Yang ku dapat dari Hujurat


Mengutamakan ALLAH dan RASUL

Sebagai manusia kita tak dapat lari dari masalah dan cabaran. Masalah dan cabaran ini memerlukan kita berfikir dan membuat keputusan. Sebaiknya kita sebagai hamba yang hina mengutamakan ALLAH dan Rasul dalam membuat apa-apa keputusan. Agar keputusan yang dibuat bukan berlandaskan nafsu , emosi , perasaan marah dan sebagainya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului ALLAH dan Rasulnya dan bertakwalah kepada ALLAH. Sunguh ALLAH maha Mendengar , Maha mengetahui" (Al-Hujurat:1)

Menganalisis sebelum mempercayai

Pelbagai media tersedia di sekeliling kita. Internet sebagai contoh merupakan media berkesan kerana 'audience' hanya perlu klik sahaja pada mana-mana bahan yang dikehendaki. Namun seharusnya kita berwaspada dengan sumber-sumber ini . Kerana ia mungkin ditulis oleh sebelah pihak bagi keuntungan agenda mereka. Cara yang terbaik adalah mengambil maklumat dari pelbagai sumber sebelum menerima sesuatu sebagai sahih dan betul.

"Wahai orang-orang beriman ! Jika seseorang yang fasiq datang kepadamu membawa sesuatu berita maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu" (Al-Hujurat:6)

Tidak merendah-rendahkan orang lain

Manusia fitrahnya sama. Bezanya disisi ALLAH adalah ketaqwaan. Namun ada sestengah manusia mula merasa besar , berkuasa , merasa hebat apabila dikurniakan ALLAH sedikit kelebihan berbanding orang lain. Mereka mula memandang orang lain sebagai hina dan tidak setaraf. Lalu mereka merendah-rendahkan orang lain kerana merasa dirinya lebih bagus.

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah sesuatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain , boleh jadi mereka lebih baik dari mereka yang memperolokkan dan jangan pula perempuan-perempuan memperolokkan perempuan yang lain , boleh jadi perempuan itu lebih baik dari perempuan yang memperolokkan .Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain , dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah yang fasiq setelah beriman.Maka siapa yang tidak bertaubat. Mereka itulah golongan yang zalim" (Al_Hujurat"11)




Ahad, 13 Disember 2009

Melaksanakan sabar


"Weh rilek sudah . Sabar je la nak wat camne lagi"

"Sabarlah..sabar kan sebahagian dari iman"

"Jangan dikenang yang pergi ..relakanlah"

Antara kata-kata yang akan kita beri apabila seseorang sahabat atau kenalan kita mengalami sesuatu musibah atau kehilangan. Ungkapan itu diharap dapat meringankan atau mengurangkan tekanan dan kesedihan yang dialaminya.

Namun melaksanakan kesabaran adalah satu yang betul-betul berbeza dibandingkan dengan ungkapan-ungkapan itu. Dalam kata lain tak semudah yang diungkapkan.

Tapi apa yang pasti akan ada gembira di balik luka. Langit tak akan selamanya gelap , nanti akan tiba matahari menyinari semula alam ini.Teringat kertas yang kakak ku berikan di kala aku menangis di sekolah. Di disitu ada tertulis :

"Kadang-kadang ALLAH menghilangkan Matahari dan menggantikannya dengan hujan dan guruh , kita mencari-cari Matahari yang hilang. Rupa-rupanya ALLAH gantikan dengan Pelangi yang indah"

Mungkin kadang kala kita sedih kehilangan sesuatu , namun dalam masa yang sama kita masih mempunyai pelbagai benda dan nikmat yang masih boleh dihargai dan disyukuri. Ingatlah ALLAH bersama orang yang bersabar.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : 'Kami telah beriman' , sedang mereka tidak lagi di uji?" (Al-Ankabut:2)

"Dan taatlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah , yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah . Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar" (Al-Anfaal:46)

Ahad, 6 Disember 2009

Padang pasir menjadi saksi


"Dari ALLAH kita datang dan dari ALLAH kita kembali" itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sang Mujahid Omar Mukhtar apabila diminta kata-kata terakhir apabila perbicaraan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai kepadanya kerana menentang penjajahan Itali di Libya.

Selama 20 tahun berjuang mempertahankan bumi Libya dari penjajahan Itali di era Benito Mussolini akhirnya Sang Mujahid ini ditangkap pada masa Jeneral Rodolfo Graziani mengetuai gerakan ketenteraan di Libya.

Perjuangan Omar Mukhtar sememangnya dikagumi dan digeruni oleh pihak Itali. Sungguh pun sebelum perang tercetus beliau hanya merupakan seorang guru Al-Qur'an.

Pengetahuannya mengenai geografi Libya memberikannya kelebihan bagi melancarkan serangan gerila ke atas angkatan perang Itali. Pihak Itali yang tidak mahir dalam perperangan di padang pasir dan kawasan berbukit di malukan dengan serangan-serangan dari pihak Omar Mukhtar.

Perjuangan Omar Mukhtar pernah di adaptasi kepada filem pada 1981 atas arahan Moustapha Akkad bertajuk "Lion of the Desert".

"Sometimes it is braver not to die" adalah antara quote menarik yang terdapat di dalam filem tersebut.