Sila baca artikel ini dengan perspektif dan maksud yang berlawanan.
Sebuah Kehidupan
Hidup ini adalah satu yang sia-sia , bosan , dan kosong. Hiduplah tanpa matlamat , tanpa arah , tanpa tahu mengapa dihidupkan. Hidup hanya untuk berseronok , memenuhi tuntutan fizikal , tuntutan perut dan nafsu.
Masa itu banyak
Gunalah masa yang tersisa dengan perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah. Masa terlalu banyak dan tidak berharga. Masa muda adalah masa untuk berseronok dan bersuka-ria. Isilah masa lapang dengan tidur , melayari internet , menonton filem , berborak , dan duduk bersahaja tanpa berbuat apa-apa.
Kesihatan tidak perlu
Masih muda. Inilah peluang untuk mencuba bahan-bahan yang merosakkan kesihatan. Ambillah beberapa batang rokok sehari. Ia tidak menjejaskan kesihatan. Jangan Risau. Jika ada duit lebih ganja dan dadah lain juga boleh di cuba. Pil khayal? . Apa salahnya. Masih muda , kalau ada kesan sampingan pun lama lagi. Lama lagi nak tua.
Perilaku Suka Hatiku
Lakukanlah segala-galanya sesuka hati. Mencarut adalah satu kebanggaan. Nampak lebih ganas dan di'respect' oleh orang lain. Sapa peduli dengan orang tua , guru-guru , dan ibubapa . Tidak perlu di hormati dan tidak perlu dihargai jasa mereka. Aku adalah aku. Tidak perlu hipokrit.
Belajar bererti bosan
Facebook dan friendster lebih menarik. Melihat video di Youtube juga lebih menarik. Ada apa dengan kertas-kertas nota dan buku-buku tebal. Belajar tidak membawa apa-apa keuntungan . Hidup adalah untuk berseronok.
Ibadah itu kolot
Sekarang zaman moden. Tidak perlu solah atau puasa. Lagi pun masih muda. Umur mesti panjang sampai tua. 'Confirm' boleh beribadah lagi. Lihat orang solat saja sudah muak. Mereka ini mesti mahu tunjuk baik. Kebaikan tak perlu ditunjuk. Beribadah senyap-senyap.
6 ulasan:
payah dol nak terbalikkan maksudnya. huhu
senang je lah.
cuba ang try terbalikkan.
aku dah cuba dah
tak dak pun??
saje x nak tunjuk
Catat Ulasan