Saya
teringat satu perbincangan saya dengan Kathrine Lim (bukan nama sebenar) dalam
satu mesyuarat bagi penganjuran satu program kesenian di pejabat. Setelah semua
perkara habis dibincangkan, Kat bertanya kepada saya.
"Berapa umur anak awak?"
Yang
kedua empat bulan dan yang pertama empat tahun jawab saya. Kat sedikit
terkejut, kerana dengan usia yang begitu muda saya mempunyai dua orang anak.
Kat menceritakan bahawa dia dan suaminya tidak mahu mempunyai anak, kerana ia
satu beban yang besar dan dia tak rasa dia mampu. Namun beban tersebut bukan
beban keewangan, lebih kepada beban penjagaan, mereka mampu dari segi wang,
tapi lebih gemar menggunakan duit untuk bercuti bersama di luar negara.
"Saya dah 40-an. Is it too late? Mesti
awak nak kata saya akan menyesal di hari tua."
"Life start at fourty" jawab
saya sedikit berjenaka. Saya katakan bahawa setiap orang mempunyai pilihan
masing-masing. Saya tak tahu kecenderungan orang lain dan tak tahu sama ada dia
akan menyesal di hari tua atau tidak.
Sebab
saya tak pandai sangat bercakap (saya lebih selesa menulis dari bercakap), saya
cadangkan dia membaca buku Tuesday with
Morrie. Kerana saya rasa banyak nasihat yang baik tentang keluarga dan
anak-anak dalam buku tersebut.
Tapi
jika saya diberi peluang semula untuk memberi nasihat.
Hanya
Tuhan sahaja yang tahu bertapa bahagia dan gembiranya apabila mendengar suara
anak menjerit kegembiraan menyambut kepulangan kita dari kerja, segala penat
lelah dan kerungsingan hilang sebentar melihat wajah ceria mereka memeluk kaki
kita kegembiraan. “Abi dah balik!”.
Saya
akan katakan, ya, anak-anak memang mengambil masa dan tenaga kita. Kadang kita
penat mereka ajak bermain, kita nak tidur dia ajak kita baca buku, dompet
tertinggal tapi dia suruh kita beli belon, kita suruh pakai baju merah dia nak
pakai baju biru, dan bermacam lagi kisah suka, duka, dan kelakar bersama
anak-anak.
Tapi
selepas semua masa dan tenaga kita habis. Dan mereka pun akhirnya tertidur.
Kita melihat dan merenung wajah mereka yang bersih tidur dengan tenang, kita
pun diselubungi tenang, kita kucup pipi mereka tanda selamat malam, dan kita
merasa bahagia.
Kita
tidak dapat menukar ganti perasaan bahagia itu, dengan sebesar dunia pun tidak
bisa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan