Ahad, 3 Mei 2009

Ingatan tulusku pada para Saudaraku.



Seiring dengan pemberhentian serangan besar-besaran negara haram Israel keatas penduduk Gaza seolah-olah isu Palestin telah selesai. Media juga hanya menggunakan isu Palestin sebagai bahan pelaris ketika berita mengenai serangan masih panas. Namun adakah penderitaan saudara-saudari kita di sana benar-benar telah berakhir apabila media beralih arah?

Dimanakah suara-suara lantang dahulu? Tidakkah kamu mendengar hadis Rasulullah S.A.W:

“Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kepada mereka-mereka yang membaca artikel ini diharap dapat terus menghidupkan isu Palestin yang masih belum selesai melalui forum , blog , web atau mana-mana media sebagai tanda kasih kita yang berada jauh dari mereka. Semoga ALLAH menerima segala amalan kita. WALLAHUALAM.

1 ulasan:

atifgazali@gmail.com berkata...

Macam isu Palestin ini bermusim sahaja.
Pabila ada serangan besar-besaran.Baru nak buka mata.
Semoga Allah sentiasa menimbulkan kesedaran terhadap diri kita.insyaAllah.