Ahad, 6 Disember 2009

Padang pasir menjadi saksi


"Dari ALLAH kita datang dan dari ALLAH kita kembali" itulah kata-kata yang keluar dari mulut Sang Mujahid Omar Mukhtar apabila diminta kata-kata terakhir apabila perbicaraan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di khalayak ramai kepadanya kerana menentang penjajahan Itali di Libya.

Selama 20 tahun berjuang mempertahankan bumi Libya dari penjajahan Itali di era Benito Mussolini akhirnya Sang Mujahid ini ditangkap pada masa Jeneral Rodolfo Graziani mengetuai gerakan ketenteraan di Libya.

Perjuangan Omar Mukhtar sememangnya dikagumi dan digeruni oleh pihak Itali. Sungguh pun sebelum perang tercetus beliau hanya merupakan seorang guru Al-Qur'an.

Pengetahuannya mengenai geografi Libya memberikannya kelebihan bagi melancarkan serangan gerila ke atas angkatan perang Itali. Pihak Itali yang tidak mahir dalam perperangan di padang pasir dan kawasan berbukit di malukan dengan serangan-serangan dari pihak Omar Mukhtar.

Perjuangan Omar Mukhtar pernah di adaptasi kepada filem pada 1981 atas arahan Moustapha Akkad bertajuk "Lion of the Desert".

"Sometimes it is braver not to die" adalah antara quote menarik yang terdapat di dalam filem tersebut.

11 ulasan:

Unknown berkata...

menarik kan bendera libya??

Syed Ahmad Fathi berkata...

Ha..simple je.

Unknown berkata...

kagum ngn dia,,,tgk sket citer Lion of the Desert 2,,

Unknown berkata...

skang ko bangga ngn bangsa itali???

Syed Ahmad Fathi berkata...

Org Italy bkn sume jahat..haha

Hamba Allah berkata...

salam alaik//

lme x npk...
kaihafal?

erm.. teruskan thabat dan istiqomah.. salam perjuagan!

enta sblm ke oversea, enta kelulusan ape? SPM?

Syed Ahmad Fathi berkata...

Wslm..sihat sejahtera je..
sebelum g oversea kelulusan
spm..kemudian persediaan di MIAT setahun.

Hamba Allah berkata...

oh.. bgs2.. teruskan perjuagan..
kuatkan iman di sana.. doakan ana ya..

salam ukhuwah

nedd berkata...

oh~ trimas atas kisah ini~ brtmbh sikit ilmu~

Tanpa Nama berkata...

yup..sabar2..
ckp sng..
nak melaksanakan payah..
tp kna kuat gak kan..
ha..
tkpela..He knows..

:]

Syed Ahmad Fathi berkata...

haha..terima kasih.