Dunia ini sememangnya indah. Pelbagai warna mewarnai dunia. Jikalau semuanya merah pasti tidak menarik. Kalau semua hijau juga pasti membosankan. Jadi variasi warna membentuk satu planet yang menarik dan kita namakannya sebagai bumi.
Terdapat pelbagai hidupan di bumi seperti haiwan , bakteria , tumbuhan dan manusia. Dan dikalangan manusia pula terdapat pelbagai bangsa atau dalam bahasa Inggeris 'race'. Garis pemisah antara pelbagai bangsa ini dengan ketara dapat dilihat. Pertama dari sudut fizikal . Ada yang dilahirkan dengan mata bewarna hazel dan ada yang biru. Ada juga yang dilahirkan dengan kulit yang berwarna coklat sementara yang lain bewarna putih.
Perbezaan yang kedua adalah dari segi bahasa dan budaya. Setiap bangsa ada identiti tersendiri. Mereka mempunyai budaya yang sesuai dengan keadaan geografi setempat. Jika bangsa itu hidupnya di kawasan pegunungan maka budayanya mungkin berbeza dengan bangsa yang tinggal di pantai atau pulau.
Seiring dengan putaran bumi masa juga berputar dengan pantas. Putaran masa mencipta lipatan-lipatan sejarah dan membawa dunia ke era baru . Era globalisasi . Di era ini sempadan-sempadan bangsa mula mengecil . Pelbagai bangsa mula hidup dalam satu komuniti. Wujudnya 'multi-racial community' . Hampir semua negara di dunia kini dihuni lebih dari satu bangsa dan Malaysia tidak terkecuali.
Oleh sebab itu kita kini perlu melihat manusia bukan lagi di garisan bangsa. Kerana pemikiran seperti ini melahirkan insan yang obses dengan bangsa sedangkan semua bangsa adalah manusia sama yang mempunyai kelemahan dan kebaikan. Namun bukanlah bererti dengan lahirnya persamaan kita melupakan adat dan budaya.
Maka garis mana yang harus kita ambil jika tiada lagi garis bangsa?
Semestilah garis yang dapat menyatukan semua bangsa. Tidak lain dan tidak bukan , Islam sebagai agen penyatuan. Dalam konsep penyatuan ini tiada lagi masalah 'racist' kerana Islam memandang semua manusia sebagai makhluk ALLAH yang sama. Dan Islam tidak mengajar penganutnya membenci agama lain tetapi menghormati mereka dan mengajak mereka kepada kebenaran. Satu kisah untuk dikongsi.
Di lapangan terbang kelihatan sekumpulan pelajar yang sama bangsa mereka. Mereka bersama-sama mahu pulang ke kampung dan negara asal. Di lapangan terbang itu juga terdapat seorang pelajar berbangsa lain tetapi dari negara yang sama. Mereka dapat bertutur dalam bahasa yang sama. Oleh kerana terdapat perbezaan mereka tidak bergaul dan tinggallah pelajar yang berlainan bangsa tadi keseorangan menanti waktu pelepasan.
Apakah perasaan pelajar yang berseorangan itu ?
Fikir-fikirkanlah.
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, bukan yang lebih keturunan atau bangsanya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuan-Nya akan keadaan dan amalan kamu" (Surah Al-Hujarat:13)
1 ulasan:
pepecahan dan kesatuan
Sejak awal penciptaan manusia,telah terjadi perpecahan.Dinyatakan dalam satu firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Telah Aku jadikan manusia itu berbilang bangsa dan suku kaum supaya mereka saling mengenali antara satu sama lain dan yang paling baik antara mereka adalah yang bertakwa"
Jadi perpecahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.pepecahan melangkaui sempadan negara,bangsa,agama dan lain-lain.Kita selalu mendegar seruan bersatu! bersatu! bersatu!,tetapi kesatuan kita atas dasar apa?Adakah kesatuan kita disebabkan oleh persamaan bangsa,negara dan agama?Manusia itu akan berhijrah kepada kumpulan @ kelompok yang mereka rasa cocok dengan jiwa dan fitrah mereka.Bukankah Allah berfirman"mereka yang bertakwa"?jadi penghijrahan yang paling baik adalah kepada kelompok yang bertakwa.Tiada satu negara,bangsa dan agama dalam dunia ini yang bersatu,kerana mereka semua mempunyai citra yang berbeza.Pepecahan yang sebenar adalah penghijrahan daripada yang batil kepada yang hak.Berpecahlah daripada golongan yang berpaling, bersatulah kepada golongan yang mengharap redha Ilahi.Bagaimana pula mahu mengetahui golongan itu berpaling dan megharap redha Ilahi?Jawapannya ada di dalam kitab Al-Quran,kitab yang memperincikan perihal manusia yang beriman kepada seluruh isi kitabnya @ mengambil sebahagian daripadanya dan menolak sebahagiannya lagi.(mereka ini adalah golongan yang menurut hawa nafsu).Jadi kita semua di dalam golongan mana?Tepuk dada tanya iman.
N/B: Tulisan ini bukan untuk menghukum sesama manusia,sekadar untuk berkongsi cetusan minda yang lahir di tengah-tengah kemelut umat.Sesungguhnya ilmu itu datang dari Allah.Nyatakan kebenaran walaupun pahit,kerana yang pahit itu boleh jadi ubat bagi yang mahu menerimanya.Setiap sesuatu ada jawapannya, bergantung kepada sesiapa yang mahu mencarinya.Jangan kita butakan mata dan pekakkan telinga kerana kita semua akan dipertanggungjawabkan di hadapanNya nanti.
Catat Ulasan